Monday, November 25, 2013

Saya Bersara - Sharnaaz Ahmad

Published by Unknown on Monday, November 25, 2013  | No comments

Saya Bersara - Sharnaaz Ahmad


Nampaknya berbekas betul di hati pelakon ini dek segala fitnah dan gossip yang melanda dirinya sepanjang lima tahun bergelar anak seni ini. Sharnaaz Ahmad memaklumkan yang beliau nekad untuk meninggalkan dunia lakonan dan kembali ke pekerjaan lama.

Melalui Berita Harian semalam, Sharnaaz Ahmad berkata yang drama berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingan bersama Nelydia Senrose akan menjadi drama terakhir beliau dan keputusan untuk bersara di'ambil selepas berfikir panjang.

"Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip & kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak akan terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang," ujarnya.

Pelakon yang pernah bergelar kekasih Shila Amzah ini turut memaklumkan yang beliau tidak menyesal dengan keputusan ini dan akan kembali ke bidang kerja lamanya selepas ini.

"Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas seperti dulu. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka"

"Tidak guna duit berkepuk, tetapi hati tidak bahagia. Saya juga manusia biasa, saya mahukan ketenangan hidup," tambah Sharnaaz Ahmad lagi.

Filed in :
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top