Friday, November 15, 2013

Pemuda Berzikir Tiba-Tiba Mengamuk Larikan Lancer Polis

Published by Unknown on Friday, November 15, 2013  | No comments

Pemuda Berzikir Tiba-Tiba Mengamuk Larikan Lancer Polis

Maran: Seorang pemuda pada mulanya berzikir di atas motosikal di tengah jalan raya tiba-tiba bertindak di luar dugaan apabila menyerang dan merampas sepucuk pistol milik anggota polis sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara.
Dalam kejadian berdekatan susur keluar Lebuhraya Pantai Timur di Plaza Tol Chenor, di sini, jam 12.45 tengah malam kelmarin, lelaki berusia 22 tahun itu kemudian bertindak lebih agresif apabila melarikan kereta peronda polis lebuh raya (HMPV) Mitsubishi Lancer.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, suspek dikenali sebagai Muhd Nasrulfahmi Abdul Nasir dipercayai mengalami masalah mental.

Menurutnya, selepas dikejar polis selama empat jam, HMPV dipandu suspek terbabas dan melanggar perhentian bas di Kilometer 107, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Kampung Bukit Lada, Pekan Awah, di sini.

SULAIMAN menunjukkan HMPV dilarikan suspek yang remuk akibat terbabas, semalam.

“Polis menahan suspek jam 4.30 pagi (semalam) dan segera membawanya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, selepas dia parah di kepala.



Sumber

Filed in :
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top