Showing posts with label setia. Show all posts
Showing posts with label setia. Show all posts

Friday, December 20, 2013

thumbnail

Ciri-Ciri Suami Romantik++Wanita Tolong Jangan Abaikan Artikel Ini

Posted by Unknown  | No comments


                                                   
                                                      gambar sekadar hiasan

Ciri-Ciri Suami Romantik++Wanita Tolong Jangan Abaikan Artikel IniSUAMI : Melihat isteri baring awal, biasa waktu macam ni menonton Semanis Kurma. Duduk di sisi isterinya, rasa belakang tangan di leher dan dahi isterinya, panas... "Demam ni.."

ISTERI : Pegang tagan suaminya.. "Abangg, maaf x larat nak bangun. Saya dah panaskan lauk, saya hidang kejap yea, abang nak makan kan..."

SUAMI : "Awak niii.. Baring yea, sekejap" berlalu keluar dari bilik...

Kembali semula dengan kain basah, air masak dan ubat paracetemol. Bangunkan isteri, sandar di kepala katil, berinya ubat.

SUAMI : "Duduk sekejap, abang buatkan sup. Kita makan sama2 kt sini yea.."


Selesai makan, tidurkan isterinya, dalam tangan masih di genggam erat... Kehadiran suami sangat buat dirinya rasa disayangi.

NOTA : Isteri ni, kalau demam pun dia masih gagahkan diri buat semua kerja rumah. Sebagai suami, cubalah ambil alih buat semua kerja, sempatkan walaupun kerja, walaupun tak tahu, buatlah juga dan pastikan adanya kita di sisinya. Kerana isteri pasti sangat hargai dan ingat sampai bila-bila!

Best Dapat SUAMI mcm nie.. Tau2 je nak wat pe..  

Luv you, Abang.. (◠‿◠✿)



sumber
Read More»

Sunday, December 15, 2013

thumbnail

Cinta Bunga Mawar Merah=-=Kisah Suami Isteri (kisah benar)

Posted by Unknown  | No comments

Cinta Bunga Mawar Merah=-=Kisah Suami Isteri (kisah benar) | Tom Shovelton yang berusia 87 tahun telah menjalani pernikahaannya bersama isterinya Joan yang Berusia83 tahun selama 60 tahun. Selama waktu pernikahannya, Tom seperti biasa menjadikan rutin hariannya dengan memberikan ungkapan cinta dengan memberikan sekuntum bunga mawar merah di tempat tidur isterinya setiap hari selama 60 tahun sejak kali pertama pernikahan mereka, sungguh luar biasa bukan?


                                                        cinta suci walau beribu tahun masih setia


Mungkin cerita ini hampir sama dengan sebuah cerita drama atau wayang yang berkisar tentang percintaan yang terlalu puitis, namun jangan salah anggap dan samakan cerita ini merupakan dongeng semata kerana ianya kisah benar.

Salah satu contoh kesetiaan dan kasih sayang yang abadi seperti yang diidamkan oleh ramai wanita pada umumnya. Pasangan ini berasal dari Pentre Halkyn di Flintshire, North Wales
Mungkin cerita ini hampir sama dengan sebuah cerita drama atau wayang yang berkisar tentang percintaan yang terlalu puitis, namun jangan salah anggap dan samakan cerita ini merupakan dongeng semata kerana ianya kisah benar.

Salah satu contoh kesetiaan dan kasih sayang yang abadi seperti yang diidamkan oleh ramai wanita pada umumnya. Pasangan ini berasal dari Pentre Halkyn di Flintshire, North Wales

Read More»

Friday, December 13, 2013

thumbnail

Kisah Pelik Yang Berlaku Pada Seorang Anak Setelah Kematian Ibu..

Posted by Unknown  | No comments


Kisah Pelik Yang Berlaku Pada Seorang Anak Setelah Kematian Ibu | Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun... namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri.


Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.

sumber:Anak jati malaya
Read More»

Saturday, December 7, 2013

thumbnail

23 Gambar Yang Menyentuh Hati

Posted by Unknown  | No comments

Kadang-kadang ada kenangan yang sukar untuk dilupakan sebab mempunyai nilai estetika yang tersendiri (cewah). Kadang-kadang kenangan itu amat pahit, malah ada juga yang mengembirakan. Sesetengah orang mengabadikan kenangan dalam sekeping gambar. Jom tengok..



1.  Lucas Hembree (Pesakit Sindrom Sanfilippo) memeluk anjingnya Juno


2. Mangsa terselamat dari gempa bumi menjumpai album gambar milik keluarganya dari sisa runtuhan di Sichuan, China.


3. Luka, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini mempunyai penyakit Muscular Dystrophymengimpikan untuk menghabiskan masa seperti kanak-kanak lelaki lain. Tetapi Luka tidak mampu melakukannya oleh kerana penyakit yang dihadapi. Namun, seorang jurugambar :- Matej Peljhan telah berjaya merealisasikan impian Luka.



4. Hawkeye (seekor anjing) sentiasa di sisi tuannya sepanjang upacara memperingati kematian tuannya, seorang Tentera Laut Seal.


5. Perasaan seorang askar baru pertama kali menemui anak perempuannya yang baru lahir.


6. Arnulfo Castorena memenangi pingat emas pertama dalam acara renang mewakili Mexico untuk Kejohanan Paralimpik.


7. Anjing yang sudah tua ini dibawa oleh tuannya berehat di dalam air untuk mengurangkan kesakitan Arthritis yang dihadapi oleh anjing tersebut.


8. Seorang lelaki mengajar abjad kepada teman wanitanya yang hilang ingatan.


9. Christian Golczynski, kanak-kanak berusia 8 tahun menerima bendera untuk ayahnya Marine Staff Sgt. Marc Golczynski yang meninggal ketika berkhidmat di Iraq.


10. Guru di India mengajar kanak-kanak yang tidak berumah.


11. Seorang suami yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan nyawa isterinya.


12. Apabila seorang kanak-kanak menemui kawan baiknya…..


Terpaksa mengucapkan selamat tinggal dan melepaskannya.


13. Brian O’Driscoll, seorang pemain Rugby Irish, berkongsi kemenangannya pada Heineken Cup dengan salah satu peminat ciliknya.


14. Wanita tersebut mencium kereta mayat yang membawa mayat sepupunya yang berusia 20 tahun di makam pengebumian tentera.


15. Saat indah  Dean Oldt, seorang pakar menembak yang bekerja untuk 101 Airborne berjumpa bapanya.


16. Pesakit kanser yang melukis harapan dan impiannya pada cermin.


17. Sarjan Frank Praytor memberi makan kepada anak kucing berusia 2 minggu setelah ibunya terbunuh.


18. Nick Vujicic memberi inspirasi kepada kita tentang kehidupan kerana beliau hidup tanpa anggota yang sempurna.




19. Seorang lelaki menngenang kembali kenangan bersama isterinya yang telah mati.


20. Sudah menjadi rutin harian, wanita tua ini akan makan bersama suaminya setiap hari.


21. Seorang ibu yang tenat tidak dapat menghadiri perkahwinan anak perempuannya  cuma berpeluang menyaksikan majlis itu melalui Skype.


22. Cinta itu buta? Taylor dan Danielle Morris membuktikan cinta sejati itu kekal!


23. Budak lelaki yang tenat ini kemungkinan tidak akan merasai musim sejuk pada tahun hadapan. Kerana kasih saying, ibunya cuba meraikannya. Apabila Mason melihat ada Winter Wonderland. Beliau sangat gembira dan teruja.


Dengan bantuan beberapa orang kawannya, Melodie William (ibu) mengubah tamannya. Beberapa syarikat tempatan juga ada memberi sumbangan.



Amacam? Ada goose bump (meremang bulu roma) x? hehehe

Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top