Showing posts with label Pedoman. Show all posts
Showing posts with label Pedoman. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

thumbnail

KISAH NGERI SEORANG USTAZ MEMANDIKAN JENAZAH ORANG KAYA YANG MENGAIBKAN

Posted by Unknown  | No comments

                     kisah ngeri
                                                 gambar sekadar hiasan

KISAH NGERI SEORANG USTAZ MEMANDIKAN JENAZAH ORANG KAYA YANG MENGAIBKAN | Kisah yang paling terbaru ini pula adalah berkisah tentang seorang ustaz yang mengalami pengalaman ngeri dalam mengurus seorang jenazah lelaki yang baru meninggal dunia. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini..
Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.
Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.
Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajakmereka mambantu saya dan mereka setuju.
Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut,kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.
Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.
Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.
Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah.Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.
Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.
Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebesen banyaknya. Besen itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.
Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.
Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.
Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”
Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul,jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.
Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan,beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.
Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:
“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”
Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak muridsaya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.
Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.
Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.
Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.
Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.
Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.
Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu.Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.
Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.
1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini. Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita..
Wallahualam


sumber
Read More»

thumbnail

PILU...Makan Tanah Liat Untuk Meneruskan Kehidupan

Posted by Unknown  | No comments

                                          rakyat miskin

PILU...Makan Tanah Liat Untuk Meneruskan Kehidupan | Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh Nya untuk meneruskan sisa-sisa hidup kita yang belum pasti penghujungnya. Alhamdulillah juga kerana kita masih mampu menyara hidup dengan makanan-makanan mewah tak kira siang malam pagi petang pasti perut terisi dengan segala jenis mak nenek makanan.
Tapi sedarkah kita tatkala kita menikmati makanan yang enak dan cukup lengkap sehingga berlebih-lebihan pon ada, namun di segenap benua sana iaitu di Haiti penduduknya cukup daif. Mereka tidak memiliki keperluan asas yang cukup dan lengkap. Bukan kata tempat perlindungan bahkan keperluan makanan pon mereka tidak mencukupi. Tahukah anda mereka makan biskut yang bahan utamanya diperbuat daripada tanah liat dan dicampur dengan garam, gula dan serbuk perasa berasaskan sayuran dan rasa tanah kekal di lidah buat jangka waktu agak lama?
                           biskut tanah liat Allahu Rabbi   Tanah Liat Dijadikan Biskut Untuk Dimakan Di Haiti
Sedih bukan? Untuk pengetahuan anda lagi, Penduduk Haiti adalah antara yang paling miskin di dunia dan hampir kesemua penduduknya makan tanah untuk terus hidup. Dilaporkan, pendapatan purata penduduk pulau terbabit kurang RM6 sehari. Justeru mereka tidak mampu untuk membeli beras, akibatnya 80% penduduk memakan ‘mud cookies’ atau biskut tanah liat. 
Allahu Rabbi. Bersyukur kita dapat menikmati hidup dengan penuh keselesaan. Ingat, kalau kita susah, ada orang yang lebih susah dari kita. kalau kita miskin, ada orang yang jauh lebih miskin dari kita. Jadi berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapat rezeki dari Nya dan bersyukurlah dengan pemberian Nya.
orang miskin Allahu Rabbi   Tanah Liat Dijadikan Biskut Untuk Dimakan Di Haiti
Hehe dah macam khutbah pulak kan. Semoga artikel ini memberi 1001 pengajaran buat kita semua dan semoga mereka dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat oleh Nya.
Read More»

Friday, December 20, 2013

thumbnail

(WAJIB BACA) Tanda-Tanda Kematian Yang Kita Tak Tahu

Posted by Unknown  | No comments

                                                    
                                                            gambar sebagai hiasan


(WAJIB BACA) Tanda-Tanda Kematian Yang Kita Tak Tahu | 
>100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

>60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

>40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

>7 hari : Mengidam makanan.


>5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.


>3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.


>2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.


>1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.




sumber
Read More»

Thursday, December 19, 2013

thumbnail

MESTI BACA!!! Ketahui Tanda-Tanda Anda Mempunyai Saka

Posted by Unknown  | No comments

                                                            
                                                       gambar sebagai hiasan

MESTI BACA!!! Ketahui Tanda-Tanda Anda Mempunyai Saka" Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan."

Gejala waktu tidur
  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Read More»

Wednesday, December 18, 2013

thumbnail

MESTI BACA!!! Baru Berusia 23 Tahun Sudah 4 Kali Mengandung Anak Luar Nikah (KISAH BENAR)

Posted by Unknown  | No comments

                                              
                                                      gambar sekadar hiasan

MESTI BACA!!! Baru Berusia 23 Tahun Sudah 4 Kali Mengandung Anak Luar Nikah (KISAH BENAR)“LEPAS lahir saja bayi itu, saya nak buang di mana-mana. Tidak kiralah dalam longkang ke, atau ke dalam hutan sekali pun, saya sanggup. Sudah puas saya makan buah nanas, naik pecah-pecah bibir dan mulut. Minum arak dan ragi, tetapi ia terus melekat di situ. Saya tidak mahukan anak ini. Buat apa saya kendong ke sana ke mari selama sembilan bulan kalau ia memang membebankan? Saya hanya inginkan keseronokan, bukannya menyusahkan hidup saya.”

Itulah pengakuan ikhlas Maria (bukan nama sebenar). Terlalu muda, enggan membela anak hasil perbuatan zina tanpa di ketahui mana satu bapanya, mendorong Maria bertindak begitu. Maria tidak tahu apa-apa mengenai kehamilan, termasuk aspek keselamatan, tetapi atas nasihat doktor, dibantu pula pembantu rumah yang ‘simpati’ nasibnya, Maria hanya mengikut.

Gugurkan kandungan itu dan rahsia ini kita simpan baik-baik,” janji pembantu rumahnya, Kak Sarah (bukan nama sebenar) memberikan harapan kepadanya untuk tersenyum kembali.

Malangnya tidak seinci pun pengalaman itu menginsafkan, walaupun ia meninggalkan rasa sakit akibat ‘dicuci’. Sebaliknya Maria memutuskan, kalau dia hamil lagi, jawapannya mudah, iaitu menggugurkan kandungan itu. Dengan pelbagai teknologi tersedia di hospital atau klinik swasta, janji sediakan wang secukupnya

Maria kini berusia 23 tahun, tetapi pengalamannya dalam dunia maksiat hampir separuh daripada usianya itu. Dua kali hamil anak luar nikah, tetapi tidak pernah mengingini anak itu. Padanya walaupun perbuatan itu salah dan berdosa, tidak sekelumit pun menimbulkan rasa insaf di hatinya.

Katanya, kesal yang timbul mungkin hanya seketika cuma, selepas kandungan hilang atau perut kembali kempis, wanita yang hanya mengejar keseronokan dunia akan berterusan melakukan zina.

“Ketika saya hamil fikiran saya berserabut. Malu, takut dan sebagainya silih berganti, malah pernah berdiri di koridor rumah untuk terjun membunuh diri. Rasa terlalu takut menghantui diri. Saya hanya fikir bagaimana untuk membunuh kandungan sampai kesihatan diri pun saya tidak endahkan. Saya langsung tidak fikirkan kesan buruk pengguguran atau hukuman menunggu pesalah membuang anak.
Lebih malang bila saya tanggung sendiri tanpa lelaki bergelar suami,” katanya.
Maria anak bongsu daripada tiga adik beradik, bukan tidak berpendidikan, jauh pula anak orang miskin, sebaliknya dimanjakan oleh ibu bapa dengan kemewahan dan keseronokan dunia.
Telefon bimbit, internet dan seorang pemandu untuk memudahkan pergerakannya ke sana ke mari, apa yang diingini Maria, akan cuba dipenuhi ibu bapa tanpa banyak soal.

Baik di sekolah dan cemerlang dalam pelajaran, hanyalah topeng, mengelakkan perbuatan sumbangnya daripada dihidu ibu bapa, sekali gus ‘menutup’ kesan arang yang sudah sekian lama ‘dilumurkan’ ke muka orang tuanya yang tidak pernah bertanya, jauh sekali menyelidik kegiatannya ketika ibu bapanya keluar bekerja.

“Semua kemudahan diberikan mereka saya gunakan untuk menjahanamkan diri sendiri. Telefon saya gunakan untuk merakam benda lucah. Begitu juga internet. Saya selalu memasuki laman sembang berbau lucah. Malah kerap melihat rakan-rakan sembang melakukan seks menerusi web cam di komputer, menjadikan saya ketagih,” katanya.

Menyorot kisah hitamnya, Maria berkata, dia mula melakukan hubungan terlarang sejak berusia 14 tahun.

“Di tingkatan dua saya berkenalan dengan pelajar tingkatan tiga sekolah sama. Suatu hari dia mengajak saya ke rumahnya. Di sanalah saya melakukannya ketika dia menunjukkan cerita lucah.

“Saya pulang dengan rasa bersalah dan menangis. Terbayang-bayang di depan mata wajah mak dan ayah, tetapi bila pulang tidak ada sesiapa yang berkongsi cerita dengan saya, kecuali pembantu rumah. Walaupun ada rasa kesal, rakan sekelas seolah-olah menggalakkan saya melakukannya. Dan sejak itu kami kerap bersama hampir setiap hari di rumah teman lelaki,” katanya.

Memburukkan keadaan apabila Maria menyatakan ibu bapanya bagaikan memberikan sepenuh kebebasan kepadanya untuk melakukan segala-galanya.

“Bayangkan, mak dan ayah jarang sekali berkomunikasi dengan saya, jauh lagi untuk ambil tahu apa yang saya buat di luar rumah. Saya bagaikan berada di rumah sewa yang bebas melakukan apa saja. Mungkin disebabkan pelajaran saya agak baik, menjadikan ia topeng paling baik untuk saya.

“Selepas bersama teman lelaki kira-kira setahun, akhirnya kami putus. Ketika berada di tingkatan empat bersama rakan-rakan ‘sekepala’, saya kerap ponteng sekolah dan melepak dengan kumpulan lelaki yang lebih berusia, mat-mat motor.

Seingat saya sudah lebih 10 orang saya tiduri, tetapi semuanya saya lakukan tanpa pengetahuan ibu bapa, sebab mereka terlalu sibuk dengan urusan dunia dan pejabat.

“Suatu hari saya demam. Ditemani pembantu rumah saya ke klinik dan ketika itu saya sudah hamil tiga bulan. Klinik itu memberitahu tempat yang boleh saya gugurkan kandungan. Ketika itu saya berusia 16 tahun. Kak Sarah (pembantu rumah) orang yang paling terkejut. Tetapi dengan bantuannya kami sepakat menggugurkan kandungan itu di sebuah klinik di Kajang.

“Selepas semalam di klinik itu, ditemani Kak Sarah, dia menyatakan kekesalan sebab selama ini dia jaga saya, tetapi saya katakan tidak ada apa yang nak dikesalkan sebab bayi sudahpun dicuci. Maria dan Kak Sarah berjanji bersama-sama merahsiakan perbuatan itu daripada diketahui ibu bapa Maria,” katanya.

Tamat pengajian, Maria tidak secemerlang mana, tetapi berjaya juga menyambung pengajian di sebuah kolej agama di Kajang. Pengalaman lampau tidak menginsafkan apabila tidak lama selepas itu dia berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah beristeri.

Berjauhan dengan keluarga nyata langkahnya kian panjang. Tinggal di rumah sewa dengan teman serumah juga suka melakukan maksiat, akibat perbuatan itu dia sekali lagi hamil.

“Saya sebenarnya jenis datang bulan tidak sekata justeru saya tidak pernah mengamalkan perlindungan ketika melakukan hubungan. Kak Sarah tidak sanggup lagi menipu. Saya ingat lagi, selepas makan malam bersama keluarga, ketika balik ke rumah dan menceritakan kepada Kak Sarah, saya naik ke bilik dan di bawah saya terdengar ayah menjerit ‘Ya Allah!’ lalu memanggil saya turun.

“Kak Sarah membuka cerita hitam saya. Tetapi saya seakan tidak sedih atau berasa bersalah, mungkin sebab hati saya hitam, kesan berzina dan menipu orang tua. Mak kata kalau boleh gugurkan kandungan itu, tetapi Kak Sarah kata, biarkan bila lahir bagi pada orang yang mahu. Tetapi dalam diam-diam saya cuba membunuh kandungan dengan minum arak, makan nanas dan minum air ragi.

“Ketika itu jiwa saya meronta-ronta. Beberapa kali juga saya memutuskan untuk membunuh diri, tetapi terselamat. Tetapi semua tidak berhasil hinggalah saya melahirkan anak. Sakit bersalin bagai nak mati. Sempat sekali menyusukan bayi itu, tetapi selepas itu saya serahkan anak kepada ibu angkat. Saya meroyan selepas itu. Bayang-bayangnya sentiasa menghantui saya.

“Saya pernah bermimpi dia memandang saya dengan wajah masam. Tetapi bila saya cuba berlari mendapatkannya, dia terus hilang,” kata Maria mengimbas perbuatan lampau menggugurkan kandungan luar nikahnya.

Pertama pada usia 16 tahun dan cubaan menggugurkan kandungan pada kehamilan kali kedua pada usia 20 tahun.

“Nasihat saya kepada ibu bapa, pantaulah kegiatan anak remaja kerana mereka selalu mencuri ruang untuk berseronok. Pada mereka perbuatan mereka semuanya betul dan orang tua hanya mengongkong, tetapi hakikatnya, mengongkong pada masa sama ambil tahu kegiatan anak-anak itulah yang sebaik-baiknya,” katanya yang akan memulakan lembaran hidup baru bersama semangat baru tidak lama lagi.


Sumber

Read More»

Tuesday, December 17, 2013

thumbnail

PERINGATAN!!! PENGALAMAN PEMANDU KERETA YANG MENAKUTKAN (KISAH BENAR)

Posted by Unknown  | No comments

                                                  
                                                         gambar sekadar hiasan

PERINGATAN!!! PENGALAMAN PEMANDU KERETA YANG MENAKUTKAN (KISAH BENAR) | 

Kisah ini diceritakan kembali untuk dikongsi kepada semua pembaca khususnya yang selalu memandu pada waktu malam atau melalui kawasan yang sunyi.

Kejadian ini terjadi sekitar jam 9 malam kelmarin (8 September 2013) setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. “Bam!” Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya “Apa sudah jadi?”

“Brek tada makan la, bang!” katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

“Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni..” katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah ‘langgar dan rompak’ sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

“Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?” umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

“Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni..” tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

“Besok saya call” kata saya.

“Tak nak turun tengok ke ni, bang?” tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.


"Mencegah Lebih Baik Dari Merawatnya"


sumber
Read More»

Monday, December 16, 2013

thumbnail

Pengajaran "Mulut Kaki Fitnah Berkudis Dan Berulat"

Posted by Unknown  | No comments


                                                      sekadar hiasan


Pengajaran "Mulut Kaki Fitnah Berkudis Dan Berulat"

syed hassan syed mat tertanya-tanya ke manakah perginya hussin aminullah sejak dua tiga minggu kebelakangan ini. biasanya dia  akan lepak-lepak di kedai kopi simpang tiga.boleh dikatakan sepanjang berada di situ. hussin yang juga dikenali sebagai mulutnya bukan sahaja macam laser tetapi banyak cakap.dia serba tahu,ceritalah apa sahaja dia pasti akan tahu dan menyampuk.bercakaplah apa sahaja topik dari masalah  kampung sehingga kepada soal-soal politik negara dan juga antarabangsa.kalau bercakap pasal seni juga dia tahu malah kalau bercerita tentang holywood dan bolywood juga dia boleh campur.hussin juga suka bercakap tentang orang itu dan orang ini.dia pernah dipukul imam masjid gara-gara dia menyebarkan fitnah kononya imam buat 'projek' dalam masjid ketika hujan lebat.cerita ini berpusing dan berlegar dan akhirnya sampai ke telinga imam.apa lagi,suatu hari selepas solat asar iman datang ke kedai kopi di simpang tiga itu. apabila dia bersemuka dengan hussin tergagap gagap menjawab pertanyaan imam.apa lagi, imam hilang sabar dia terus menampar hussin selepas peristiwa itu dia senyap sekejap tetapi beberapa hari dia aktif semula.kalau hendak tahu apa-apa cerita tanyalah hussin ceropong.pendek kata, dia duduk sahaja pastilah ceritanya mengata orang. ada sahaja bahan ceritanya yang belum tentu betul atau sahih. dia jaja kesana kemari tanpa berasa bersalah dan berdosa. ketiadaanya sejak  beberapa hari menyebabkan kedai kopi di simpang tiga agak sunyi. tak sedap juga rasanya kalau tidak ada tukang  karut. "saya tanya kawan-kawan mereka kata hussin tidak sihat tetapi tidaklah teruk cuma dia mahu berehat di rumah tak mahu keluar ke simpang tiga,"syed hassan memulakan ceritanya pagi esok penduduk kampung dikejutkan dengan berita kematian hussin ceropong kerana dia tidak menderita teruk.hanya demam-demam biasa sahaja.walaupun dia begitu,mulutnya celupar tetapi ramai yang menyukainya.apa bila mrndapat tahu dia meningal dunia mereka semua datang meziarahinya. "ketika saya sampai kerumahnya ramai saudara mara dan sahabat handai yang tiba dari jauh dan dekat.jenazah hussin di letakkan di tengah-tengah rumah ditutupi kain batik lepas,"kata syed hassan.orang ramai yang datang tidak ada yang membuka kain penutup untuk melihat wajahnya buat kali terakhir tetapi syed hassan selain membantu menguruskan jenazah secara suka rela dia rapat dengan hussin. "entah macam mana saya terasa nak tengok wajahnya seolah-olah ada dorongan bagi saya untuk melihat wajah hussin di sebalik tutupan kain batik lepas," syed melanjutkan ceritanya dia pun duduk bersila di depan jenazah arwah lalu membuka kain penutup jenazah.sebaik wajahnya dilihat syed hassan tergamam. perlahan-lahan dia menutup semula jenazah arwah "saya merasa tak berpuas hati dengan apa yang saya lihat sebentar tadi.saya buka semula kain yang menutup jenazah itu sekali lagi.sah,saya bukan tersalah lihat. "mulutnya membengkak dan berkudis sehingga tak dapat nak kenal wajahnya di sebabkan kudisnya membengkak dan bernaanah," cerita syed hassan. tempat-tempat yang bernanah itu mengeluarkan beberapa ekor ulat berwarna hitam sebesar jari kelingking kanak-kanak.syed hassan terdiam apabila melihat buat kali kedua keadaan mulut hussin yang membengkak. syed hassan beristighfar sebanyak-banyaknya. dia mengambil al-quran lalu membaca dan menghadiahkan kepada temanya itu. saya memang nak turut sama  menguruskan jenazahnya tetapi apabila melihat keadaanya begitu menguatkan lagi keinginan saya untuk memandikan jenazah arwah,"kata syed hassan. syed hassan bersama pengurus jenazah yang lebih kanan mengurus jenazah.hal ini kepada rakan yang lebih kanan itu bimbang apa yang dilihatnya hanyalah halusinasi. "apabila rakan saya membuka kain penutup jenazah dia tersentak. dia beristighfar beberapa kali dan nyatakan apa saya lihat bukan halusinasi atau bayang-bayang "kami terpaksa membuang  beberapa ekor ulat dari bibirnya  yang pecah dan bernanah. selepas itu barulah kami mula memandikan jenazah,"cerita syed hassan. anehnyaa, semasa menigal dunia bibir dan mulutnya tidak ada sebarang kudis atau luka tetapi setelah dua atau tiga jam menigal dunia mulutnya membengkak dan bernanah serta berulat. "kudis pada mulutnya tidak mahu kering,akhirnya kami terpaksa letakan segumpal kapas kira-kira sama besar dengan penumbuk orang dewasa untuk memastikan air dari kudisnya tidak keluar lagi,"cerita syed hassan. air seakan-akan nanah tidak meleleh lagi dari mulutnya tetapi baunya sangat busuksehingga ada yang berungut kenapa jenazahnya berbau busuk." saya gembira dan bersyukur kerana jenazahnya selamat dimandikan dan disolat serta dikebumikan dengan sempurna tetapi saya tertanya-tanya kenapa mulutnya menjadi begitu?"kata syed hassan menurut syed hassan secara peribadinya beliau menyifatkan apa yang berlaku mungkin ada kaitan dengan mulutnya yang laser dan suka menyebar fitnahketika arwah hidup. "allah nak tunjuk kepada saya balasan itu tak hanya berlaku di akhirat tetapi ia boleh jadi di dunia seperti yang menimpa arwah.mulutnya bernanah dan berulat," kata syed hassan.

sumber  misteri
Read More»

Saturday, December 14, 2013

thumbnail

Wasiat Rasulullah Untuk Wanita - Amalan Sebelum Melelapkan Mata.Kebaikan

Posted by Unknown  | No comments



                                                            gambar sekadar hiasan

Wasiat  Rasulullah Untuk Wanita - Amalan Sebelum Melelapkan Mata.Kebaikan

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu.
Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta... daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.

Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.

Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.

Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.

Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.

Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.

Mengapa kita tidak menirunya?


Sumber
Read More»

thumbnail

Akibat Sumpahan Manusia Berubah Menjadi Ular Berkepala Anjing..

Posted by Unknown  | No comments

Akibat Sumpahan Manusia Berubah Menjadi Ular Berkepala Anjing |
Heboh kabar anak durhaka jadi ular di Sumatera Utara, seorang siswi anak durhaka jadi ular ini masih SMP dia berubah wujud jadi ular berkepala anjing usai menendang ibunya saat sholat. Kejadian ini membuat suasana Dusun Sigambal, Desa Pinang Awan, Kec. Torgamba, Labuhan Batu Setalan (Labusel), mencekam. Warga yang biasanya lalu-lalang memilih berdiam diri di dalam rumah masing-masing. Hasil penelusuran metro asahan grup Sumut Pos di desa tersebut, kejadian itu disembunyikan warga karena takut takut ikut kena kutuk. Tapi, menurut warga anak tersebut telah diboyong oleh seseorang ke Medan, karena tak tahan menanggung malu, karena setiap hari ratusan warga dari berbagai daerah berdatangan ingin melihat kejadian itu. Seorang warga yang minta namanya tak ditulis memberikan bukti sebuah rekaman video dari sebuah handphone yang memuat wujud gadis tersebut, yang berhasil ia rekam pasca kejadian itu. Dalam rekaman vidio terlihat kepala seekor anjing berambut panjang berwarna putih dengan badan berupa ular yang Dalam video itu juga memiliki dua tangan menyerupai seekor biawak. Sambil berputar-putar, dia menjerit-jerit menangis sambil berurai airmata, sementara warga yang menyaksikannya terlihat ikut prihatin. Menurutnya, gadis belia yang masih duduk dibangku kelas 2 SMP itu dalam kesehariannya berperangai buruk dan sering melawan orangtuanya yang pekerjaan tidak tetap dan mencari upahan kerja kepada para tetangga dan kerabatnya. 


Dalam video itu juga memiliki dua tangan menyerupai seekor biawak. Sambil berputar-putar, dia menjerit-jerit menangis sambil berurai airmata, sementara warga yang menyaksikannya terlihat ikut prihatin. Menurutnya, gadis belia yang masih duduk dibangku kelas 2 SMP itu dalam kesehariannya berperangai buruk dan sering melawan orangtuanya yang pekerjaan tidak tetap dan mencari upahan kerja kepada para tetangga dan kerabatnya. unikbaca.com

Awal kejadian, gadis belia itu merengek meminta dibelikan sepeda motor Yamaha Mio kepada ibu kandungnya. Namun tidak diacuhkan sang ibu. Nah, ketika ibunya sedang melakukan ibadah salat magrib, tiba-tiba saja ia menendang kepala ibunya yang sedang sujud. unikbaca.com

Saat itu juga wajah gadis itu berubah wujud menjadi anjing, sementara seluruh badan dan kakinya berubah menjadi ular. Kontan saja ibunya menjerit histeris dan menangis meraung-raung melihat anak kesayangannya itu telah berubah wujud. Kapolsek Torgamba, AKP Tampubolon ketika dikonfirmasi mengaku, tak ada terjadi yang aneh-aneh di wilayah hukumnya.

sumber
Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top