Tuesday, November 12, 2013

Penduduk Dakwa Daging Orang Utan Lagi Sedap Daripada Daging Lembu Atau Babi !

Published by Unknown on Tuesday, November 12, 2013  | No comments

Penduduk Dakwa Daging Orang Utan Lagi Sedap Daripada Daging Lembu Atau Babi !


PENDUDUK di sebuah  perkampungan di Kalimantan, Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila gemar memasak dan memakan daging Orang Utan.

Mereka bagaimanapun mendakwa tidak memburu dan membunuh Orang Utan tersebut tetapi menemuinya ketika sudah mati ditembak pemburu lain yang menyangkakan ia seekor rusa.

Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika Orang Utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.

"Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada daging lembu dan babi," ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa hidangan tersebut.

Kawannya yang merupakan penduduk kampung sama, Ignasius Mandor, 50, pula mengeringkan tulang orang utan tersebut dan menyimpannya.

Susulan kejadian ini, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Indonesia menahan tiga lelaki, Khamis lalu setelah siasatan mendapati dakwaan orang utan tersebut sudah mati ketika ditemui rupanya hanya satu helah.

Perkara ini tersebar selepas gambar-gambar lelaki terbabit memasak dan menyimpan tulang orang utan dikongsikan sempena Minggu Kesedaran Orang-utan anjuran sebuah organisasi, minggu lalu.

Orang Utan merupakan spesies terancam yang kian pupus akibat aktiviti penebangan hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Kini Orang Utan hanya boleh ditemi di sekitar hutan Kalimantan dan Sumatera sahaja.








Sumber : Here

About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top