Showing posts with label tabah. Show all posts
Showing posts with label tabah. Show all posts

Monday, December 16, 2013

thumbnail

(VIDEO) Gempar! Kerabat Di Raja Di Tanam Hidup-Hidup

Posted by Unknown  | No comments

Ramai di antara kita yang takut akan kematian, takut memikirkan seksaan-seksaan yang akan dihadapi di alam barzakh, apatah lagi jika hidup diselubungi oleh maksiat dan perkara-perkara negatif.



Syeikh Abdul Aziz Bin Ali Al-Nuaimi merupakan kerabat diraja Ajman, U.A.E dan anak saudara kepada pemerintah Ajman iaitu Humaid Bin Rashid Al-Nuaimi. Lihat profail beliau di SINI. Syeikh Abdul Aziz Al- Nuaimi digelar 'Green Sheikh' kerana beliau merupakan aktivis untuk menyedarkan golongan belia tentang kepentingan alam sekitar. Lihat profail tentang beliau di SINI


Syeikh Abdul Aziz berhasrat untuk merasai suasana 'kehidupan' di dalam kubur dengan memasukinya selama 20 minit. Kesan dari 'mati' itu telah mengubah hidupnya menjadi insan yang lebih baik, serta taat kepada perintahNYA. Semoga kita juga termasuk dalam golongan bertakwa.









Semoga apa yang diperkatakan oleh Syeikh Abdul Aziz Bin Ali Al-Nuaimi dapat kita jadikan iktibar dan pengajaran.
Read More»

Sunday, December 15, 2013

thumbnail

SEDIH++ Dilema Seorang Pelajar Miskin (Kisah Benar)

Posted by Unknown  | No comments


sekadar hiasan

SEDIH++ Dilema Seorang Pelajar Miskin (Kisah Benar)Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya.

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.


Read More»

thumbnail

( KISAH BENAR YANG MENYAYAT HATI ) Besarnya Pengorbanan Seorang Ayah !!

Posted by Unknown  | No comments


KISAH BENAR==Pengorbanan Seorang Ayah==Semoga Kita Semua Menghargai Jasa Kedua Ibu Bapa Kita | Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit kehidupan bersama anakandanya yang tercinta, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.

Diikat Damini di dadanya sambil sebelah tangan menapu kasih belakang anaknya itu. Dengan kudrat yang ada, sebelah tangan lagi memegang handle becanya dan kedua-dua belah kakinya menarik kuat pengayuh untuk menggerakkan beca usang yang dinaiki penumpang. Sungguh sayu.

Pernah sekali, Damini demam panas akibat cuaca yang begitu membahang. Kekeringan dan kehausan terpaksa insan kerdil ini tanggung. Manakan tidak.. Bayi seusianya yang lain masih berbedung sedangkan dia sudah ‘bekerja’.

Di manakah ibunya? Mengapa si Ibu tidak menjaga Damini?

Untuk pengetahuan Ibu-Ibu sekalian,, Ibu Damini , Shanti telah pun meninggal dunia ketika melahirkan Damini. Kini, anak kecil itu sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan ayahnya. Saudara-mara hilang entah ke mana.

Tanpa mengenal apa itu erti berputus asa, Bablu Jatav, ayah yang begitu pengasih dan penyayang berkata “ Walaupun tiada sesiapa ingin menjaga anak saya, biarkan.. Biarkan tiada. Kerana saya sendiri yang akan menjaganya dengan membawanya bersama biarpun ke akhir usia saya"










Read More»

Friday, December 13, 2013

thumbnail

Cerita Seorang Wanita Yang Penyabar Dan Tabah Menghadapi Musibah

Posted by Unknown  | No comments

Cerita Seorang Wanita Yang Penyabar Dan Tabah Menghadapi MusibahKisah tentang seorang wanita yang telah kehilangan seisi keluarganya dalam satu malapetaka tetapi masih lagi tersenyum dan tenang.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain ia pasti kerana wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati, katanya.
Wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang mengetahui hal ini.


Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, ‘Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?’” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu.”

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia telah dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.

Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu
Rasulullah s.a.w bersabda: ”Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat Ibnu Majah)


Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top