Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

thumbnail

[KISAH MENYAYAT HATI] 'HADIAH UNTUK ABANG,I LOVE U ABANG SAMPAI SYURGA.'++Mesti Baca

Posted by Unknown  | No comments


Cerita Sedih Diari Seorang Isteri - Mengalir Air Mata Membacanya, Kisah Sedih, Cerita Yang Boleh Buat Anda Menangis, Cerita Seorang Isteri Yang Sangat Sedih
                                                              Gambar hiasan


[KISAH MENYAYAT HATI] 'HADIAH UNTUK ABANG,I LOVE U ABANG SAMPAI SYURGA.'++Mesti Baca |Aduh…sakitnyer….isk….aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.”Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran.
Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran .”Come on Nisa u can do it…once more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar “Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. “Tahniah Zakri,it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .
Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.
Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung…Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. “Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?”soal Nisa pada Zakri .
“Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak” Zakri menempelak Nisa “Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi. “Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang”? terang Nisa pada Zakri. “ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa mengalirkan air mata dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian air mata Nisa semakin laju.
Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. “Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu” marah Zakri. “Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni” kutuk Zakri lagi pada Nisa. “Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
“Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri. “Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,”ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.
Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput…macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula…bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh…Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding…Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan “kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti”desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker”marah Zakri. “Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja”Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. “YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. ..”Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa plak nie sebok je…..”Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. “Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha”gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. “Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia”cetus hati Azlan.
“Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau…mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri. “Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba. “Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri. “Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri .”panggilan kecemasan dari Doktor Johari “Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang”…tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. “Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri …”ajak Zakri pada Lan. “Hah, tadi kau kata bini kau sihat”tanya Lan pada Zakri. “Alah jom ler cepat” desak Zakri.
“Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau…terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya… dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa….baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati…tetapi sebaliknya.. …Zakri hanya diam….”YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil…
“Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…”YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering….membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang…“SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang…Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan … Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin…Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja.
Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang…mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang……. Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka…Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa….tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa…Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
kisah benar yang sedih menangis Cerita Sedih Diari Seorang Isteri   Mengalir Air Mata Membacanya
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya…setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.
“Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan …YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.
Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
“YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?” tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak…kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa….


Read More»

Friday, January 10, 2014

thumbnail

Panas! Linda Onn Tayang Suami++GAMBAR

Posted by Unknown  | No comments

Panas! Linda Onn Tayang Suami++GAMBAR |Akhirnya Linda Onn tayang gambar suaminya Ungku Azhar setelah sekian lama diminta oleh para peminatnya.

Linda Onn dikatakan memuat naik gambar di laman sosial Instagram dengan caption " Thank You Hubby Ungku Azhar for the photo..love u like a love song ..muahh" . Sweet gitu.

Linda Onn berkahwin secara tertutup kerana dikatakan keluarga pihak suaminya mahukan privasi selain tidak mahu gambarnya didedahkan secara terbuka.

Namun kini, akhirnya Linda telah menunjukka wajah kacak suaminya itu.




Read More»

Thursday, January 9, 2014

thumbnail

KISAH BENAR CERITA DI SEBALIK PASANGAN BERKEPIT DI TANAH SUCI++TERHARUNYA RASA

Posted by Unknown  | No comments

KISAH BENAR CERITA DI SEBALIK PASANGAN BERKEPIT DI TANAH SUCI++TERHARUNYA RASA | Ada satu email menarik yang rasanya patut dikongsi bersama yang lain. Pernah tengok gambar berkepit di tanah suci seperti di bawah ni tak? Kali pertama tengok, timbul juga rasa pelik. Nak jatuhkan hukum pun aku tak tahu sangat sebab aku tengok gambar ni pada mulanya di facebook. Hanya gambar dan beberapa ayat negatif pasal gambar ni.

Selepas tengok gambar kedua, baru aku mula perhatikan bahagian yang dianak-panahkan tu. Sebelum ni memang tak perasan langsung pasal tu. Perasan tak?



Aku tak faham pun bahasa Arab di sebelah kanan tu. Tapi kalau mengikut kandungan email yang aku dapat, saudara tu dipapah oleh isterinya sebab kurang upaya. Tak tahulah mereka ni betul-betul suami isteri ke tak. Bagi aku, takkan pasangan bercinta nak bercanda di tanah suci kot. Mesti orang yang ingin berada di tempat macam ni dapat bezakan halal dan haram.

Kalau kandungan email ni betul, harapnya pasangan ni mendapat rahmatNya. Walaupun berkeadaan macam tu masih nampak usahanya untuk beramal. Sebagaimana yang selalu digunakan, don't judge a book by its cover!


sumber
Read More»

Tuesday, January 7, 2014

thumbnail

[KISAH SEDIH]Ketabahan Seorang Ibu Menghadapi Kehilangan Suami Dan Ibu Dalam Waktu Yang Sama Bertarung Nyawa Untuk Melahirkan

Posted by Unknown  | No comments

[KISAH SEDIH]Ketabahan Seorang Ibu Menghadapi Kehilangan Suami Dan Ibu Dalam Waktu Yang Sama Bertarung Nyawa Untuk Melahirkan |saya Lia(bukan Nama Sebenar)..saya ibu tunggal yg punya ank 3.saya kematian suami pd 6 bulan lps d saat sy melahirkan bayi yg ke 3.hanya tuhan yg tau perasaan sy ketika itu.masa tu allah berikan sy kekuatan & kesenangan utk melahirkan ank ini.syukur alhamdulillah krn sakit yg d tanggung ketika bersalin tidaklah sgt berat.sy menahan airmata ini agar tidak menangis...


saya masih ingat lagi pagi jumaat 16.11.2012...saya mula sakit sekitar jam4.30 pagi.masa 2 saya d kg..rumah mak.sy bangun utk mngadu pd mak.sy lihat mak sedang kusyuk sembahyang.mgkin juga mak buat sembahyang sunat krn itulah rutin harian mak.sy terus mandi dan siap utk ke hospital.sy tgk mak ambik alquran tp di simpannya semula krn sy bgtau dia yg perut sy dah mula sakit utk bersalin.mak mmg baik.sebelum kluar rmh dia sempat buatkan air kopi.sy nmpk dia mcm kelam kabut cikit.....tp sy sempat bgtau mak supaya jgn terlalu gopoh krn sy sakit sikit2 jer...lps 2 saya! , mak, abah, abang & kakak ipar terus naik kereta utk ke hospital.....


Dalam perjanan saya menelefon suami memberitahu yg sy sdh sakit nk bersalin.saya mintak dia terus ke hospital...saya sempat sms dia memohon maaf & mintak doakan saya & baby selamat.dia membalas dgn suruh saya bersabar walau apa terjd sekalipun.sepanjang perjalanan sy x putus2 membaca doa agar senang bersalin.mak x byk ckp cuma tangannya sesekali mengusap perut sy....


Sampai di hospital sy di cek.kata doktor sy harus ke hospital lain atas sebab2 tertentu.x lama kemudian suami sampai.dia sempat bersalam dgn sy termasuk semua ahli kluarga yg ada.tetapi dia mmg x byk ckp.saya terpandang mak yg sedang senyum menghampiri saya...doktor memberitahu yg sy akn dihantar ke hospital lain dgn menaiki ambulan.sebelum pergi sy sempat bersalam dgn semua.sy arahkan suami supaya mambawa mak


Dlm perjalanan sy terasa sakit tp sy tetap bertahan...sepanjang 2 jugak sy terbayangkan muka mak n suami.sampai di hospital sy di masukkan ke wad brsalin.akhirnyatepat jam 9 pg saya selamat melahirkan seorang ank.apa yg paling gembira ialsh kerana sy mndpt ank perepuan...inilah ank yg saya idam2kan bersama suami...saya mengucapkan syukur.rasa x sabar utk memberitahu kpd semua...sy mintak hp yg sy bawa dr nurse,,,, sy sms kan suami tp x berbalas.sya telefon jugak x berjawab.


fikir saya mgkin dia bawa mak makan.sy smskan kepada kawan2 dan ahli kluarga memberitahu berita gembira ini.Tapi kegembiraan sy cuma seketika.....sy kol suami tp org lain yg jwb.saya tya mana suami....org 2 menbritahu suami n mak terlibat dlm kemalangan....sy terkejut tp tidak menangis krn sy x percaya semua 2..sy putuskan talian.atas sbb x puashati sy kol blik dan suruh staf nurse yg ckp.akhirnya sy mndpt brita yg paling sy x sabggup dengar.mak dan suami pergi buat selama lamanya...masa 2 hanya allah yg tau perasaan sy.sy menangis dan meraung sekuat hati....


Kenapalah begini berat dugaan yg sy terima di saat saya perlukan keduanya....Saya di bawak turun ke bilik mayat utk membuat pebgecaman.tp sy x mau kerana takut.waktu 2 hnya sy seorang di hospital.jenazah keduanya di bawa ke hospital yg sama tempat sy bersalin...pihak polis memberi sy brg milik msk dan suami.betapa sedihnya sy melihat semua tu.....


Akhirnya abah dan abangku dtg...kami berpelukan menangis....ramai saudaramara dan kawan2 yg dtg ke hospital....sayadi benarkan pulang tp segala risiko harus di tanggung sendiri...sy terpaksa tinggalkan ank yg baru 3 jam saya lahirkan tanpa memberi dia susu.sebelum pulang sy sempat melihat dia.abah iqamatkan dia dlm keadaan hiba dan terharu...


Sampai d kg org ramai sudah penuh menanti.sy menangis dan terus menangis.....alunan bacaan alquran menambahkan lg perasaan hibaku...Akhirnya jam 6 ptg bru jenazah mak & suami sampai.aku x dpt menahan sedih....aku menangis linat keduanya terbujur kaku....oh tuhan...begitu berat ujian ini ya allah....aku memeluk mak & suami buat kali terakhir...jenazah keduanya siap di kapan olehnpihak hospital...hnya dlm 20 minit ja sy dpt melihatnya....jenazah harus dikebumikan secepat mungkin...aku perhatikan dr jauh mak dan suami pergi buat selamanya d ptg 2 muharam...aku doakan semoga keduanya dtempatkan dikalangan org beriman.


.alfatihah......


aku sayang dan rindu sgtWalaupun semua ni sdh 6 bulan berlalu tp sy rasa seperti semuanya baru berlaku semalam...sekarang sy bawak abah duduk sekali...mulai skrg sy diberi tanggungjawab utk mnjaga abah dan mendidik anak2 agar mnjadi insan yg mulia..insyaallah...


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA KISAH SY.SY CUMA LUAHKAN PERASAAN .SY JUGA MEMINTA MAAF SEKIRANYA SY MNGGANGGU PUTERA DGN CERITA SY INI.SEKURANG2NYA SY RASA LEGA BILA DPT LUAHKAN PERASAAN INI.HANYA AIRMATA MENEMANI SY SETIAP WAKTU DAN KETIKA...


SUMBER


Read More»

Saturday, January 4, 2014

thumbnail

Luahan Hati Insan Yang Disakiti Oleh Insan Tersayang [SEDIH]

Posted by Unknown  | No comments


                                        
Luahan Hati Insan Yang Disakiti Oleh Insan Tersayang [SEDIH] |
Kisah mengenai seorang perempuan,
Dia sememangnya mencintai seorang lelaki dengan sepenuh hati….
Seorang lelaki…suatu hari nanti…

Dia ditinggalkan…
Berdiri di dalam hujanan,
Dia ditinggalkan,
Ditinggalkan keseoranagan,
Dia tidak dapat percaya,
Dia tidak berbuat salah,

Kenapa…???
Kenapa….???
Namun dia masih mencintai lelaki itu,
Mencintai sepenuh jiwa dan raga,

Hari ke hari…
Dia berada di atas katil…
Di dalam biliknya yang suram…
Menangis…
Setiap hari semuanya sama.

5 tahun kemudian…
Dia masih tidak bersuara,
Hatinya masih menagis,
Sakitnya tidak hilang,
Dia masih mencarinya,

Semalam
Dia menemui lelaki itu
Telah mati…
Iya…lelaki tersebut telah mati
Telah mati tiga tahun yang lepas
Akibat kansernya yang menghalang

dari 
Meneruskan hidup dan cintanya

Itu adalah sebabnya
Lelaki itu meninggalkannya kerana
dia tahu dia akan mati

tiada sebab yang lain
untuk perempuan itu hidup lagi
dia ingin bersama lelaki itu
berada disebelah kubur

memakai gaun putih
ros merah di tangan kirinya
pisau di tangan kanannya

sekarang…
(huhuhu....pkirlah sendiri jd per)


nota penulis; tidak digalakkan seseorang itu membunuh diri.orang macam tu tak akan masuk syurga.kembali pada ALLAH bila kita di uji sedemikian rupa.insyaallah semuanya akan ok.macam tu lah di namakan kehidupan.kalau gembira je tak best jugakkan.

sumber
Read More»

thumbnail

MESTI TAHU CARA MENGESAN KECURANGAN PASANGAN ANDA++SEKADAR PERKONGSIAN

Posted by Unknown  | No comments

 


MESTI TAHU CARA MENGESAN KECURANGAN PASANGAN ANDA++SEKADAR PERKONGSIAN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Disini saya ingin kongsikan 14 tanda pasangan anda mulai curang. anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang dengan anda.. 

  • Berubah sikat secara ketara, jika dulu dia romantik bersama anda , sekarang dia hambar. 
  • Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya. 
  • Marah apabila anda bertanya aktivitinya. 
  • Menerima panggilan telefon secara rahsia ketika anda sedang makan bersamanya. 
  • Sepi tanpa berita bila berjauhan. Dia tidak menghubungi anda ketika berjauhan. 
  • Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbit miliknya. 
  • Asyik lewat ketika temu janji dengan anda. 
  • Mematikan telefon bimbit ketika bersama dengan anda. 
  • Sering memberi alasan penat, sibuk apabila anda mengajaknya berjalan. 
  • Sering tersasul menyebut nama wanita atau lelaki lain. 
  • Tiba-tiba mengadu sakit ketika bersama dengan anda. 
  • Menjadi panas baran dan sentiasa mencari kesalahan anda. 
  • Dia asyik resah melihat jam tangan ketika bersama dengan anda. 
  • Kerap menolak perlawaan anda untuk keluar bersama. 

Ingatlah wanita yg baik untuk lelaki yg baik, begitulah sebaliknya. Maka, bersabarlah jika perkara ini terjadi pada korang. :)

Read More»

thumbnail

HANYA UNTUK WANITA..KAUM HAWA MESTI KETAHUI TANDA LELAKI JATUH CINTA TERHADAPMU

Posted by Unknown  | No comments

 

HANYA UNTUK WANITA..KAUM HAWA MESTI KETAHUI TANDA LELAKI JATUH CINTA TERHADAPMU | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Berikut adalah tanda apabila si jejaka mula jatuh hati pada anda.

1. Dia menganggap kekasihnya orang yang paling dia percayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.

2. Kadangkala dia suka merajuk kerana mahu dipujuk oleh kekasihnya.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya itu.

4. Dia sentiasa mengambil berat mengenai kesihatan, makan dan minum kekasihnya itu.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia akan berasa sengsara apabila terlalu lama berjauhan dengan kekasihnya.

7. Dia mudah cemburu dan sensitif jika kekasihnya berbual mesra dengan lelaki lain.

8. Apabila wujudnya orang ketiga, dia akan kehilangan akal normal dan sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan kekasihnya kembali.

9. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memudahkan urusan kekasihnya.

10. Dia lebih mementingkan kekasihnya berbanding dirinya sendiri.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya... ^_^


Read More»

Thursday, January 2, 2014

thumbnail

(Kisah Benar) Andartu Skandal Dengan Suami Orang +++ Bila Nafsu Menguasai Diri

Posted by Unknown  | No comments

                                                                                                     gambar sekadar hiasan
(Kisah Benar) Andartu Skandal Dengan Suami Orang +++ Bila Nafsu Menguasai Diri |“SAYA tertarik sungguh dengan dua cerita ‘Andartu jangan jadi perosak’ dan ‘Bila selalu ke seberang’ dalam ruangan ini. Saya terasa seolah-olah menyindir saya. Itu pengakuan Farahaswani dalam e-melnya dan ketika kami berbual panjang di telefon selasa lalu.
‘‘Kerana gelaran andartu saya sering dicemuh, saya lebih suka dipanggil solo. Namun saya bertuah kerana ada kerja tetap dengan kerajaan, ada rumah, kereta, dan mampu hantar emak ayah ke Mekah, berbanding kawan-kawan lain, walaupun kami sama lulus universiti tetapi mereka tak ada kerja tetap hingga ada yang terpaksa jadi kerani atau terpaksa buka pusat jagaan anak-anak dan sebagainya.
‘‘Pada saya dah jadi lumrah kalau gadis solo dicemuh, kahwin awal pun dicerca, kahwin tak dapat anak disoal, kahwin duda dikutuk apa lagi jika kahwin suami orang, menjela-jela umpat keji mereka.
‘‘Sebagai kakitangan teknikal yang dimonopoli oleh kaum Adam, tugas mengajar saya jadi tegas dan matang dalam pergaulan. Kenalan saya 95 peratus lelaki. Keluar bekerja, shopping, sarapan, makan tengah hari, petang atau malam semua dengan lelaki. Hinggakan pemandu yang bawa saya ke merata tempat pun pernah disalah ertikan oleh isterinya kerana selalu balik jauh malam dari tapak projek.
‘‘Namun naluri kewanitaan saya tetap ada walaupun umur mencecah 30an. Ingin bekeluarga, disayangi, dibelai dan dimanja. Kerana itulah saya tertarik dengan Izhar seorang pengurus syarikat pembekal berusia awal 40an, sudah beisteri ada empat anak. Perkenalan bermula kerana tugas kami yang saling memerlukan.
‘‘Akhirnya saya terperangkap dengan cinta suami orang. Dia penyabar, lemah lembut, bertanggungjawab, hormat orang tua, termasuk mertua dan ipar duainya. Pendek kata dia memang ciri-ciri lelaki idaman wanita. Tetapi dia pendiam susah nak baca isi hatinya, namun lelaki tetap lelaki, nafsu tetap nombor satu
‘‘Seawal 7.30 kami akan bersms dan bertelefon. Kerana ketika itu isterinya sibuk, dia pendidik maka tugas hantar anak ke sekolah jadi tugasnya kerana ke sekolah sama. Manakala Izhar mengambil tugas menyiapkan dan menghantar anak kecil ke rumah pengasuh sebelum ke pejabat.
‘‘Diari hariannya semua dalam kepala saya. Manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan. Selama tiga tahun jadi kekasih gelapnya, saya lupa diri dan jawatan yang dipikul hingga saya gunakan kedudukan saya memberi dia projek bernilai ratusan ribu ringgit, namun syarikatnya memang pun mampu dan sukar dipersoalkan.
‘‘Kerana ‘kebaikan’ itu saya berpeluang melancong ke luar negara bersamanya, menerima hadiah barangan berjenama, menginap di hotel besar dan makan angin ke KL sudah menjadi acara biasa kami.
‘‘Namun isterinya tercium aktiviti kami, dia hantar anaknya, adiknya jadi bodyguard Izhar kalau keluar malam, tapi Izhar bukan bodoh. Kerana cinta saya jadi buta. Tapi bangkai ditutup pun lama kelamaan berbau busuk jugak. Begitu juga dengan hubungan kami. Rakan sepejabat sudah tahu mereka nasihatkan saya kahwin di Siam ada juga yang nasihatkan saya putuskan hubungan. Bahaya kata mereka. Saya ikut nasihat suruh putus. Kata mereka ‘‘biar gelap seketika, lama kelamaan kita akan biasa dengan keadaan bergelap.’’
‘‘Rakan sepejabat banyak menolong saya bangkit dari masalah dan berjalan semula. Kalau dulunya saya seorang happy go lucky bertukar jadi seorang serius dengan kerja tapi sekarang saya boleh senyum semula.
‘‘Tiga tahun mengajar saya erti kehidupan, Izhar mengadu isteri tak beri layanan sibuk dengan tugasnya dan sibuk sambung belajar ambil ijazah, hinggakan lupa makan pakai suami, mungkin juga suami ‘tak cukup makan’. Tetapi si isteri jadi cemburu buta, sentiasa memeriksa kilometer perjalanan kerata suami. Menelefon suami setiap jam, suruh anak dan adik jadi spy, tak puas hati pergi check suami di tapak projek dan ke masjid kalau suami lambat balik.
‘‘Kepada Zamzalina atau isteri-isteri yang cemburu, kalau anda ingat anda pandai, suami lebih cerdik, kalau periksa kilometer kereta suami, dia guna kereta kawan. Kalau anda periksa telefon, awal-awal lagi dia delete semua call dan sms, bil pun dia buat summary dan dia pakai dua telefon. Untuk peribadi dia sorok tempat sulit, memang payah jumpa. Menginap di hotel, beli belah, dia tak pakai kad Kredit semua tunai. Bil penting di alamat ke pejabat. Saya tahu semua ini mereka yang pecah lubang.
‘‘Nasihat untuk isteri-isteri dan saya juga, jangan terlalu percaya dan terlalu kongkong suami. Biar dia jadi dirinya sendri jangan kita menjadi acuan dan mereka perlu di bentuk seperti anak kecil.
‘‘Sebenarnya bukan mudah saya lalui masa putus cinta, saya terpaksa minta tukar ke daerah lain, dan kini sambung belajar isi masa lapang nak jadi yang seorang terbaik. Dan pengalaman mendewasakan saya. Saya perlu hati-hati dengan kerjaya dan status saya.
‘‘Kini saya tanamkan falsafah yang jadi pegangan dan menyakinkan diri saya, bahawa ‘ Tidak semua yang kita hendak kita akan dapat’ dan ‘tidak semua yang kita dapat adalah perkara yang kita benar-benar hendak.
‘‘Bila saya mendalami kata-kata itu hati saya jadi lebih tenang, dan kalau boleh saya berharap perkataan andartu tidak digunakan gantikan dengan perkataan ‘Solo’ untuk golongan gadis seperti saya. Kerana ia lebih manis dan sedap telinga mendengar,’’ itu cerita Farahaswani tentang pengalaman pahit yang dilaluinya ketika jadi kekasih gelap suami orang. Hasratnya mencintai suami orang tidak akan berulang lagi. Namun dia tidak boleh melawan urusan Allah, kerana Dia menentukan segalanya.
Read More»

Wednesday, January 1, 2014

thumbnail

Romantik Percutian Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Di London [5 Gambar ]

Posted by Unknown  | No comments


wawa zainal
Romantik Percutian Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Di London [5 Gambar ] | HUJUNG tahun ini nampaknya dimanfaatkan oleh pasangan bahagia, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal untuk bercuti di kota London.
Melalui laman Instagram, kedua-duanya berkongsi gambar-gambar sewaktu berada di sana.
Walaupun tiada gambar bayi mereka, Ahmad Fakharuddin Attar, namun kami yakin Aeril dan Wawa turut membawanya bersama berdasarkan gambar kereta sorong bayi yang dimuatnaik bersama.
Apa pun, kami harapkan yang terbaik buat keluarga ini dan semoga tahun 2014 yang bakal tiba esok akan membawa bersama episod luka yang pernah dilalui sebelum ini.
wawa zainal 04
wawa zainal 03
wawa zainal 02
wawa zainal 01






Read More»

Saturday, December 28, 2013

thumbnail

GEMPAR!!! PENEMUAN MAYAT NGERI SEPASANG KEKASIH DI SEBUAH RUMAH

Posted by Unknown  | No comments


GEMPAR!!! PENEMUAN MAYAT NGERI SEPASANG KEKASIH DI SEBUAH RUMAH | PETALING JAYA – Kematian pasangan kekasih yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tubuh di sebuah apartmen di Damansara Damai pada 18 Disember lalu telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh – bunuh diri.

Pihak polis percaya, lelaki warganegara India, Mohinder Pal, 24, menikam terlebih dahulu kekasihnya, K. Shanmugavalli, 18, sebelum menikam dirinya sendiri.


Ia dipercayai berpunca daripada hubungan cinta yang tidak direstui oleh keluarga gadis itu sekaligus menafikan kemungkinan kematian kedua-duanya bermotifkan cemburu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, tiada tanda pecah masuk atau kehadiran orang ketiga yang dikesan dalam kejadian itu.

Sebilah pisau dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan ditemui di sebelah tubuh Mohinder yang berada dalam keadaan tertiarap di ruang tamu.

Terdapat tujuh kesan tikaman pada bahagian perut lelaki itu, manakala Shanmugavalli yang hanya memakai pakaian dalam ditemui di bilik tidur utama dengan lima kesan tikaman.

Mayat pasangan ini ditemui oleh seorang pengutip hutang yang datang untuk meminta sewa bulanan daripada Mohinder yang menyewa unit apartmen itu sejak dua bulan lalu.

Read More»

Friday, December 27, 2013

thumbnail

[TERKINI] Linda Onn Nikah Secara Tertutup

Posted by Unknown  | No comments

                                              linda onn nikah

[TERKINI] Linda Onn Nikah Secara Tertutup | Hari ini merupakan hari besar buat penyampai radio popular, Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, kerana bakal diijabkabul dengan kekasih hatinya, Ungku Azhar Ungku Maznan.

Pernikahan Linda dan bakal suaminya yang berstatus kerabat diraja bakal berlangsung secara tertutup di kampung halaman Linda di Johor.
linda onn nikah 01
Difahamkan, Ungku Azhar merupakan atlit profesional dan pengajar di JB Watersports. Selamat berbahagia diucapkan kepada pasangan ini.
linda onn nikah 03
linda onn nikah 02


sumber
Read More»

Friday, December 20, 2013

thumbnail

Ciri-Ciri Suami Romantik++Wanita Tolong Jangan Abaikan Artikel Ini

Posted by Unknown  | No comments


                                                   
                                                      gambar sekadar hiasan

Ciri-Ciri Suami Romantik++Wanita Tolong Jangan Abaikan Artikel Ini | SUAMI : Melihat isteri baring awal, biasa waktu macam ni menonton Semanis Kurma. Duduk di sisi isterinya, rasa belakang tangan di leher dan dahi isterinya, panas... "Demam ni.."

ISTERI : Pegang tagan suaminya.. "Abangg, maaf x larat nak bangun. Saya dah panaskan lauk, saya hidang kejap yea, abang nak makan kan..."

SUAMI : "Awak niii.. Baring yea, sekejap" berlalu keluar dari bilik...

Kembali semula dengan kain basah, air masak dan ubat paracetemol. Bangunkan isteri, sandar di kepala katil, berinya ubat.

SUAMI : "Duduk sekejap, abang buatkan sup. Kita makan sama2 kt sini yea.."


Selesai makan, tidurkan isterinya, dalam tangan masih di genggam erat... Kehadiran suami sangat buat dirinya rasa disayangi.

NOTA : Isteri ni, kalau demam pun dia masih gagahkan diri buat semua kerja rumah. Sebagai suami, cubalah ambil alih buat semua kerja, sempatkan walaupun kerja, walaupun tak tahu, buatlah juga dan pastikan adanya kita di sisinya. Kerana isteri pasti sangat hargai dan ingat sampai bila-bila!

Best Dapat SUAMI mcm nie.. Tau2 je nak wat pe..  

Luv you, Abang.. (◠‿◠✿)



sumber
Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top