Tuesday, November 26, 2013

Pelajar Buat Laporan Polis Dakwa Teman Lelaki Cuba Aib Dan Bunuh !

Published by Unknown on Tuesday, November 26, 2013  | No comments

Pelajar Buat Laporan Polis Dakwa Teman Lelaki Cuba Aib Dan Bunuh !

Kerana bertindak cuba memutuskan cinta dengan teman lelakinya, seorang pelajar universiti kini menanggung akibat setelah perbuatan bekas teman lelakinya yang cuba memalukan dirinya di internet dengan memuatnaik gambar mereka berdua dalam keadaan berpelukan ke laman sosial Facebook.


Gambar tersebut kini sudah menjadi tajuk utama laman web yang mengutuk serta mengecam pelajar berkenaan kerana dikatakan sebagai orang yang memuatnaik semua gambar tersebut.

Kini, pelajar tersebut telah pun membuat laporan polis semalam berkenaan penyebaran gambarnya itu.


Menerusi sebuah laman blog, mymedialab.blogspot.com, dua laporan polis yang dibuat pelajar itu telah didedahkan.


Menurutnya, laporan pertama telah dibuat pada April tahun ini dan kini laporan kedua bertarikh semalam.


Dalam laporan polis pertama, penuntut itu mengadu dia sering diugut bunuh oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).


Sms ugutan itu diterima pada 24 April pada pukul 3.09 minit petang yang berbunyi.. "Bunuh awak bagi saya macam bunuh semut, awak tunggulah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup-hidup. Perempuan tak dengar cakap dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita.
 

"Saya heret awak, saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis. Tak menyesal langsung bunuh awak, saya puas hati,".
 

Menurut laporan pelajar itu lagi, teman lelaki itu ada berjumpa dengannya dan pernah membawa pisau serta meletakkannya di sisi  semasa mereka berada di kafe universiti.
 

Laporan polis kedua pula pelajar itu mengadu bahawa dia telah mendapat tahu diaibkan melalui tindakan jenayah siber apabila gambarnya di laman Facebook telah disebarkan serta diambil oleh beberapa laman web. Beliau kemudiannya menyedari kejadian itu ketika berada dirumah.


Dalam pada itu, pelajar itu turut berkata akaun Facebook itu bukan miliknya dan status berkenaan mencabar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan juga bukan ditulis olehnya.
 

Kita berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan ke atas kes ini dan selesaikan dengan segera.


Buat mangsa, nasi sudah menjadi bubur. Biarpun sehebat mana cinta janganlah sampai gambar yang memalukan diambil dengan kamera kerana sekali ia sudah berada dalam kamera ia mempunyai risiko besar tersebar ke merata tempat sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini dalam perhubungan.



Akaun palsu





Filed in :
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top