Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Monday, December 23, 2013

thumbnail

Apakah ?! Firma Jepun Ingin Bina Lift Ke Bulan

Posted by Unknown  | No comments


Apakah ?! Firma Jepun Ingin Bina Lift Ke Bulan | Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.


Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

“Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi,” katanya.


Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu juga membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney.
Read More»

Wednesday, December 18, 2013

thumbnail

MENARIK...REKA CIPTA YANG SUNGGUH DAHSYAT DI DUNIA (5 GAMBAR)

Posted by Unknown  | No comments



MENARIK...REKA CIPTA YANG SUNGGUH DAHSYAT DI DUNIA (5 GAMBAR) | Salam semua pembaca kali ini penulis nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita .

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog Kopi Lekat ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.







Read More»

Sunday, December 15, 2013

thumbnail

Gempak!! Telefon Baru!

Posted by Unknown  | No comments

Telefon bimbit merupakan salah satu perlatan elektronik yang mengandungi kandungan toksid yang tinggi. Setiap hari ada saja telefon bimbit yang dibuang kerana rosak atau terbiar tidak digunakan kerana rosak atau terbiar kerana pemiliknya sudah membeli yang baru dan terkini.




Seorang pereka dari Belanda, Dave Hakkens telah muncul dengan idea ntuk menghasilkan sebuah telefon pintar modular. Idea yang diberi nama Phoneblock itu mengetengahkan konsep sebuah telefon pintar yang boleh diubahsuai mengikut citarasa penguna.


Phoneblocks bermula sebagai idea untuk telefon mudah alih yang terdiri daripada modul yang boleh tanggal dan hadir dalam bentuk blok. Anda boleh memilih sendiri komponen seperti kapasiti bateri, sensor kamera dan sebagainya. Memasangnya juga mudah seperti memasang blok LEGO. Ia seumpama membina sebuah telefon mengikut citarasa pegguna.\



Selain itu, konsep itu juga memudahkan pengguna apabila mahu menaiktaraf telefon. Sebagai contoh, jika anda mahu kamera yang lebh baik, anda menukar sahaja blok kamera dripada membeli telefon baru yang mempunyai kamera yang hebat.



Sementara itu, apabila sesuatu bahagian tertentu rosak, anda hanya perlu menggantikan bahagian tersebut dan tidak perlu membeli telefon baru. Ini juga akan dapat mengurangkan pengguna gajet membuang telefon mereka apabila tidak diperlukan. Perbuatan itu menyumbang kepada masalah sisa elektronik yang semakin meningkat.



Konsep dan idea Phoneblock itu sememangnya sesuatu yang menarik. Kini ia bukan setakat satu idea kerana Motorola, syarikat di bawah naungan Google telah menunjukkan minat terhadap idea tersebut.



Untuk menjadikan idea itu reliti, Motorala telah menjalin kerjasama bersama Hakkens menerusi sebuah projek yang digelar Project Ara. Motorola bertanggungjawab membangunkan perkakasan teknikal projek itu, manakala Hakkens akan membina satu komuniti berdasarkan projek tersebut.



Motorola mahu mengubah industri mudah alih dan mahu semua orang yang berminat membantu membuat perubahan itu dengan melibatkan diri dalam Project Ara. Oleh itu, Project Ara akan berjalan secara terbuka dan melibakan diri dengan komuniti yang akan membantu dengan berkongsi idea-idea mereka sepanjang proses pembangunan.

Projek ini akan meneruskan idea dan konsep Phoneblock untuk menghasilkan sebuah telefon pintar yang boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna. Reka bentuk bagi Project Ara akan terdiri daripada satu rangka yang digelar sebagai endoskeleton (Endo) dan juga modul. Endo adalah kerangka struktur yang akan memegang semua modul ada tempatnya. Manakala modul pula boleh terdiri daripada pelbagai komponen seperti bateri, skrin paparan,memori,cip memprosesan,ruangan storan,kamera dan lain-lain lagi. 

             

Tentang sistem operasi telefon pintarmodular itu pula,sudah pastinya ia akan menggunakan Android kerana Motorola adalah syarikat di bawah naungan google.

Sebelum ini Projek Ara semakin menjadi realiti apabila Motorola telah mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat iaitu 3D systems yang berpangkalan di Rock Hill,Carolina Selatan,Amerika Selatan,Amerika Syarikat.3D system akan bertanggungjawab untuk menghasilkan pelbagai modul komponen yang diperlukan untuk projek tersebut.



Soal bilakah peranti ini akan menemui pengguna?semua itu asih belum dapat dipastikan lagi.apa yang pasti ramai yang teruja dan tidak sabar menunggu ia dikeluarkan.Sama-sama kta nantikan telefon pintar modular hasil pembangunan projek ini.

Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top