Showing posts with label khalwat. Show all posts
Showing posts with label khalwat. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

thumbnail

Hanya Kerana 20 Sen Neelofa Difitnah Berkhalwat

Posted by Unknown  | No comments

Hanya Kerana 20 Sen Neelofa Difitnah Berkhalwat | Beberapa hari lepas Malaysia digemparkan dengan berita “Neelofa Ditangkap Berkhalwat” sehinggakan pengurus kepada pelakon popular itu, Mohd Ameer Shafiq Khalip, terpaksa membuat kenyataan menafikan hal tersebut.
Menerusi sebuah akhbar tempatan, Ameer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap berkhalwat, dia sedang menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.


BACA: Pengurus Neelofa Nafi Pelakon Itu Ditangkap Khalwat

Dengan menggunakan umpan ayat-ayat berbaur fitnah yang mampu menarik perhatian pembaca, mereka meletakkan pautan website di hujung ayat fitnah mereka supaya mengaburi mata pembaca bahawa kononnya artikel mengenai cerita tersebut ada di dalam pautan website itu. Namun, setelah ditekan pautan tersebut, TIADA artikel yang dinyatakan sebaliknya hanyalah iklan komersil yang memberikan untuk sebanyak 20sen setiap satu klik.
Menurut sumber, hal ini berlaku kerana si pelaku fitnah itu sudah terlalu ghairah mencari keuntungan 20sen bagi setiap klik daripada hasil menyebarkan link iklan itu tadi. Kiranya, mereka mengambil kesempatan menyebarkan berita fitnah untuk meraih keuntungan kecil. Betapa sadisnya keadaan ini berlaku, hatta mahukan 20sen pun ada antara kita sanggup menyebarkan berita fitnah.
Dikhabarkan juga, mereka ini berjaya mengaut ratusan ringgit malahan ada yang pernah mendapat puluhan ribu ringgit dengan menggunakan cara ini. Untuk makluman, Neelofa bukanlah orang pertama yang menjadi mangsa mereka yang ingin mengaut keuntungan dengan cara yang mudah
944Fitnah yang direka Pengiklan di laman Facebook
945HASIL RISIKAN – BUKTI Cubaan penipuan yang dilakukan
948BUKTI Cubaan penipuan yang ingin dilakukan
Dalam perkembangan yang sama, Neelofa dilihat mengemaskini status di Laman instagram untuk menjawab tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
“Tentang kenyataan yang menjatuhkan maruah saya yang kononnya saya di tangkap khalwat dalam media cetak & media elektronik hari ini, Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis & juga surat Jabatan Agama islam berserta saksi2.
“Harap pihak wartawan BERUSAHA untuk mendapat maklumat yg betul dan sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa (jabatan agama & pihak polis) dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artist.
“sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat , pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang, saya berada luar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas FITNAH dan atrikel tersebut. Terima kasih”
940
Turut disertakan beberapa keping gambar dan anda boleh menguji setiap link tersebut.


 






































SANGGUP MELAKUKAN FITNAH  NEELOFA DITANGKAP KHALWAT HANYA KERANA 20 SEN, DAN SANGGUP SI PELAKU MAKAN DUIT HARAM.. SEMOGA SI PELAKU DI BERI HIDAYAH OLEH ALLAH



Read More»

Saturday, December 28, 2013

thumbnail

Isu Neelofa DiTangkap Khalwat - Neelofa Beri Reaksi

Posted by Unknown  | No comments

Isu Neelofa Ditangkap Khalwat - Neelofa Beri Reaksi,Tangkap khalwat,neelofa ditangkap khalwat,neelofa,khalwat,isu neelofa ditangkap khalwat

Isu Neelofa Ditangkap Khalwat - Neelofa Beri Reaksi | - Bekas pengacara rancangan MeletOp, Neelofa meluahkan perasaan kesalnya di laman Instagram selepas difitnah berkhalwat pada Khamis lalu tanpa sebarang bukti kukuh.

Menurut pelakon itu, tuduhan berkenaan benar-benar menjatuhkan maruahnya sebagai seorang selebriti. Katanya, jika benar isu neelofa ditangkap berkhalwat, sudah pasti ada laporan rasmi polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi.

"Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi."

"Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya. Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih."


Sementara itu, Neelofa sempat menegur sikap wartawan yang suka menyebarkan gosip-gosip tidak sahih agar membuat penyiasatan terlebih dahulu sebelum menyiarkan apa-apa artikel berkaitan salahlaku selebriti.

"Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis.

Baca kenyataan penuh Neelofa di bawah yang sempat dimuatnaik beliau di laman Instagramnya sekitar petang tadi. Pelakon seksi itu jelas sangat kecewa dengan tuduhan yang disebarkan di akhbar tempatan.

Isu Neelofa Ditangkap Khalwat - Neelofa Beri Reaksi,Tangkap khalwat,neelofa ditangkap khalwat,neelofa,khalwat,isu neelofa ditangkap khalwat







Read More»

Wednesday, December 25, 2013

thumbnail

Dunia !! Jururawat Mengaku Khalwat Dengan Suami Orang !

Posted by Unknown  | No comments



Dunia !! Jururawat Mengaku Khalwat Dengan Suami Orang !PASIR MAS - Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu lori, Oktober lalu.

Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya, Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada 29 Oktober lalu.

Sarizana didapati bersalah di bawah  Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan.

Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta tingkap tertutup rapat.

Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri, seorang wanita memakai kain sarung batik  dan berbaju T telah membuka pintu rumah.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.

Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang tidur.

Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak perempuan itu adalah anak kandung wanita itu.

Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut bukan suami isteri dan bukan mahram.

Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk diambil tindakan selanjutnya.

Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Norhasney Ridhwan Hassan.

SH
Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top