Showing posts with label Curang. Show all posts
Showing posts with label Curang. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

thumbnail

KISAH TAULADAN..PENGAKUAN KESEPIAN PUNCA ISTERI CURANG

Posted by Unknown  | No comments




                 Gambar hiasan

KISAH TAULADAN..PENGAKUAN KESEPIAN PUNCA ISTERI CURANG |Kerjaya sebagai tentera membuatkan salim sering meninggalkan rumah demi menjalankan tugas.Salim tidak pernah merungut kerana itulah pilihan hidupnya sejak dirinya kecil lagi.Walau dirinya di hantar ke ceruk hutan mahupun lautan pun dia sanggup.Demi negara tercinta,berkorban nyawa pun dia sanggup.

Namun dalam diam-diam,Salim tidak menyangka kepatuhannya kepada tugas membuatkan isterinya Zalina mula berlaku curang terhadap rumah tangga yang telah 5 tahun dibina.Bagaimana Salim mengetahui akan kecurangan isterinya itu?

Semuanya gara-gara SMS yang tersimpan di dalam telefon isterinya.Sebenarnya Salim tidak pernah mahu membaca SMS dalam telefon bimbit isterinya itu.Tetapi entah macam mana,pada suatu hari di kala Salim sedang berehat di rumah sebaik sahaja selesai balik dari tugasan di luar daerah,telefon isterinya berunyi.

Pada mulanya Salim tidak mahu mengangkat telefon tersebut.Tetapi sebaik sahaja terpandang perkataan 'ayang' tertera di skrin telefon membuatkan hatinya keliru.Siapa pula 'ayang' ni.Sepanjang dia berkahwin dengan Zalina,isterinya itu tidak pernah memanggilnya ayang.Lagi hairan Salim memikirkannya.

Disebabkan rasa ingin tahu yang memuncak telah membuatkan Salim tekad untuk mengangkat telefon.Sebaik sahaja Salim mengangkat telefon dan mengucapkan hello,tiba-tiba penggilan terputus.

Hairan juga Salim dengan perbuatan si pemanggil itu.Tanpa berlengah masa,Salim pun mula mendail semula nombor telefon pemanggil misteri yang bernama ayang itu.Lama juga Salim menunggu,tetapi telefon tersebut tidak juga diangkat.Bosan menunggu membuatkan Salim meletakkan telefon.

SMS romantik dan berbaur Lucah
Kecewa tidak dapat menelefon membuatkan Salim mengambil keputusan untuk membuka peti simpanan SMS telefon isterinya.Alangkah terkejutnya Salim apabila mendapati terdapat beberapa SMS dengan nama ayang di simpan di dalam peti simpanan SMS isterinya.

Tanpa berlengah,Salim terus membuka SMS yang paling atas sekali.Sebaik di buka dan Salim membaca apa yang ditulis,betapa marahnya Salim dengan ayat-ayat yang ditulis dalam SMS itu.Kemudian Salim terus membuka SMS-SMS yang lain.Lagi bertambah panas hatinya apabila membaca SMS itu.Bukan setakat ayat-ayat manis dan romantik malah kadangkala terdapat juga SMS berbaur lucah didalam simpanan isterinya sanggup bermain kayu tiga dengan orang lain sepanjang perkahwinan meraka.

Rasa tidak puas hati telah membuatkan Salim pun mencari isterinya.Zalina yang pada ketika itu berada didapur memasak tiba-tiba terkejut dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba terkejut dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba marah tidak tentu pasal.Namun sebaik sahaja Zalina memandang telefonnya di tangan Salim,tiba-tiba mukanya berubah.

Salim perasan perubahan wajah isterinya itu.Situasi tersebut menguatkan lagi rasa perasaan syaknya terhadap isterinya.Tanpa membuang masa,segera Salim terus bertanyakan persoalan yang berlegar di fikirannya.Pada mulanya Zalina tidak menjawab tetapi disebabkan desakan bertalu-talu terpaksa berterus-terang.

Daripada cerita yang terkeluar dari mulut Zalina barulah Salim tahu bahawa isterinya telah lama mempunyai teman lelaki.Bertambah marah hati Salim mengetahuinya.Walaupun marah,dia cuba bertenang.Demi mendapatkan penjelasan mengapa isterinya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu,Salim pendamkan perasaan marahnya seketika.

Wajah Tampan Memikat
Menurut Zalina,akibat rasa sunyi ketika ketiadaan Salim membuatkan dia berkenalan dengan lelaki lain.Pada mulanya Zalina tidak pernah berniat untuk melakukan perbuatan tersenut tetapi wajah tampan lelakinya yang dipanggil Ayang itu membuatkan Zalina terpikat.

Sakit hati Salim mendengarmya.Kemudian Salim terfikir,setakat manakah kemesraan isterinya dengan teman lelakinya.Pada mulanya Zalina tidak tidak mahu menjawab.Tetapi setelah Salim mengugut akan memberitahu kepada ibu bapa Zalina membuatkan isterinya mengakui hubungan mereka sekadar teman biasa tetapi kadangkala disebabkan nafsu dan kesepian,mereka sering juga terlanjur.

Mendengarkan pengakuan Zalina itu hati Salim sudah tidak tertahan lagi.Pada mullanya dia mahu memaafkan isterinya kerana mungkin disebabkan kesepian dia mencari lelaki lain.Jika Salim berubah mungkin isterninya kembali kepadanya.Tetapi setelah mengetahui bahawa isterinya meakukan perbuatan terkutuk dengan teman lelakinya membuatkan Salim tanpa berfikir panjang terus mengambil keputusan meninggalkan isterinya pada ketika itu.Salim menceraikan isterinya dengan talak satu.

Terkedu Zalina dengan apa yang didengarnya keluar dari mulut Salim.Namun begitu nasi sudah menjadi bubur dan tidak ada apa yang boleh di lakukannya lagi bagi memohon kemaafan suaminya itu... ... ..sekian.


Read More»

Saturday, January 4, 2014

thumbnail

MESTI TAHU CARA MENGESAN KECURANGAN PASANGAN ANDA++SEKADAR PERKONGSIAN

Posted by Unknown  | No comments

 


MESTI TAHU CARA MENGESAN KECURANGAN PASANGAN ANDA++SEKADAR PERKONGSIAN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Disini saya ingin kongsikan 14 tanda pasangan anda mulai curang. anda boleh mengesan sekiranya pasangan anda cuba untuk curang dengan anda.. 

  • Berubah sikat secara ketara, jika dulu dia romantik bersama anda , sekarang dia hambar. 
  • Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya. 
  • Marah apabila anda bertanya aktivitinya. 
  • Menerima panggilan telefon secara rahsia ketika anda sedang makan bersamanya. 
  • Sepi tanpa berita bila berjauhan. Dia tidak menghubungi anda ketika berjauhan. 
  • Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbit miliknya. 
  • Asyik lewat ketika temu janji dengan anda. 
  • Mematikan telefon bimbit ketika bersama dengan anda. 
  • Sering memberi alasan penat, sibuk apabila anda mengajaknya berjalan. 
  • Sering tersasul menyebut nama wanita atau lelaki lain. 
  • Tiba-tiba mengadu sakit ketika bersama dengan anda. 
  • Menjadi panas baran dan sentiasa mencari kesalahan anda. 
  • Dia asyik resah melihat jam tangan ketika bersama dengan anda. 
  • Kerap menolak perlawaan anda untuk keluar bersama. 

Ingatlah wanita yg baik untuk lelaki yg baik, begitulah sebaliknya. Maka, bersabarlah jika perkara ini terjadi pada korang. :)

Read More»

Thursday, January 2, 2014

thumbnail

(Kisah Benar) Andartu Skandal Dengan Suami Orang +++ Bila Nafsu Menguasai Diri

Posted by Unknown  | No comments

                                                                                                     gambar sekadar hiasan
(Kisah Benar) Andartu Skandal Dengan Suami Orang +++ Bila Nafsu Menguasai Diri |“SAYA tertarik sungguh dengan dua cerita ‘Andartu jangan jadi perosak’ dan ‘Bila selalu ke seberang’ dalam ruangan ini. Saya terasa seolah-olah menyindir saya. Itu pengakuan Farahaswani dalam e-melnya dan ketika kami berbual panjang di telefon selasa lalu.
‘‘Kerana gelaran andartu saya sering dicemuh, saya lebih suka dipanggil solo. Namun saya bertuah kerana ada kerja tetap dengan kerajaan, ada rumah, kereta, dan mampu hantar emak ayah ke Mekah, berbanding kawan-kawan lain, walaupun kami sama lulus universiti tetapi mereka tak ada kerja tetap hingga ada yang terpaksa jadi kerani atau terpaksa buka pusat jagaan anak-anak dan sebagainya.
‘‘Pada saya dah jadi lumrah kalau gadis solo dicemuh, kahwin awal pun dicerca, kahwin tak dapat anak disoal, kahwin duda dikutuk apa lagi jika kahwin suami orang, menjela-jela umpat keji mereka.
‘‘Sebagai kakitangan teknikal yang dimonopoli oleh kaum Adam, tugas mengajar saya jadi tegas dan matang dalam pergaulan. Kenalan saya 95 peratus lelaki. Keluar bekerja, shopping, sarapan, makan tengah hari, petang atau malam semua dengan lelaki. Hinggakan pemandu yang bawa saya ke merata tempat pun pernah disalah ertikan oleh isterinya kerana selalu balik jauh malam dari tapak projek.
‘‘Namun naluri kewanitaan saya tetap ada walaupun umur mencecah 30an. Ingin bekeluarga, disayangi, dibelai dan dimanja. Kerana itulah saya tertarik dengan Izhar seorang pengurus syarikat pembekal berusia awal 40an, sudah beisteri ada empat anak. Perkenalan bermula kerana tugas kami yang saling memerlukan.
‘‘Akhirnya saya terperangkap dengan cinta suami orang. Dia penyabar, lemah lembut, bertanggungjawab, hormat orang tua, termasuk mertua dan ipar duainya. Pendek kata dia memang ciri-ciri lelaki idaman wanita. Tetapi dia pendiam susah nak baca isi hatinya, namun lelaki tetap lelaki, nafsu tetap nombor satu
‘‘Seawal 7.30 kami akan bersms dan bertelefon. Kerana ketika itu isterinya sibuk, dia pendidik maka tugas hantar anak ke sekolah jadi tugasnya kerana ke sekolah sama. Manakala Izhar mengambil tugas menyiapkan dan menghantar anak kecil ke rumah pengasuh sebelum ke pejabat.
‘‘Diari hariannya semua dalam kepala saya. Manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan. Selama tiga tahun jadi kekasih gelapnya, saya lupa diri dan jawatan yang dipikul hingga saya gunakan kedudukan saya memberi dia projek bernilai ratusan ribu ringgit, namun syarikatnya memang pun mampu dan sukar dipersoalkan.
‘‘Kerana ‘kebaikan’ itu saya berpeluang melancong ke luar negara bersamanya, menerima hadiah barangan berjenama, menginap di hotel besar dan makan angin ke KL sudah menjadi acara biasa kami.
‘‘Namun isterinya tercium aktiviti kami, dia hantar anaknya, adiknya jadi bodyguard Izhar kalau keluar malam, tapi Izhar bukan bodoh. Kerana cinta saya jadi buta. Tapi bangkai ditutup pun lama kelamaan berbau busuk jugak. Begitu juga dengan hubungan kami. Rakan sepejabat sudah tahu mereka nasihatkan saya kahwin di Siam ada juga yang nasihatkan saya putuskan hubungan. Bahaya kata mereka. Saya ikut nasihat suruh putus. Kata mereka ‘‘biar gelap seketika, lama kelamaan kita akan biasa dengan keadaan bergelap.’’
‘‘Rakan sepejabat banyak menolong saya bangkit dari masalah dan berjalan semula. Kalau dulunya saya seorang happy go lucky bertukar jadi seorang serius dengan kerja tapi sekarang saya boleh senyum semula.
‘‘Tiga tahun mengajar saya erti kehidupan, Izhar mengadu isteri tak beri layanan sibuk dengan tugasnya dan sibuk sambung belajar ambil ijazah, hinggakan lupa makan pakai suami, mungkin juga suami ‘tak cukup makan’. Tetapi si isteri jadi cemburu buta, sentiasa memeriksa kilometer perjalanan kerata suami. Menelefon suami setiap jam, suruh anak dan adik jadi spy, tak puas hati pergi check suami di tapak projek dan ke masjid kalau suami lambat balik.
‘‘Kepada Zamzalina atau isteri-isteri yang cemburu, kalau anda ingat anda pandai, suami lebih cerdik, kalau periksa kilometer kereta suami, dia guna kereta kawan. Kalau anda periksa telefon, awal-awal lagi dia delete semua call dan sms, bil pun dia buat summary dan dia pakai dua telefon. Untuk peribadi dia sorok tempat sulit, memang payah jumpa. Menginap di hotel, beli belah, dia tak pakai kad Kredit semua tunai. Bil penting di alamat ke pejabat. Saya tahu semua ini mereka yang pecah lubang.
‘‘Nasihat untuk isteri-isteri dan saya juga, jangan terlalu percaya dan terlalu kongkong suami. Biar dia jadi dirinya sendri jangan kita menjadi acuan dan mereka perlu di bentuk seperti anak kecil.
‘‘Sebenarnya bukan mudah saya lalui masa putus cinta, saya terpaksa minta tukar ke daerah lain, dan kini sambung belajar isi masa lapang nak jadi yang seorang terbaik. Dan pengalaman mendewasakan saya. Saya perlu hati-hati dengan kerjaya dan status saya.
‘‘Kini saya tanamkan falsafah yang jadi pegangan dan menyakinkan diri saya, bahawa ‘ Tidak semua yang kita hendak kita akan dapat’ dan ‘tidak semua yang kita dapat adalah perkara yang kita benar-benar hendak.
‘‘Bila saya mendalami kata-kata itu hati saya jadi lebih tenang, dan kalau boleh saya berharap perkataan andartu tidak digunakan gantikan dengan perkataan ‘Solo’ untuk golongan gadis seperti saya. Kerana ia lebih manis dan sedap telinga mendengar,’’ itu cerita Farahaswani tentang pengalaman pahit yang dilaluinya ketika jadi kekasih gelap suami orang. Hasratnya mencintai suami orang tidak akan berulang lagi. Namun dia tidak boleh melawan urusan Allah, kerana Dia menentukan segalanya.
Read More»

Monday, December 30, 2013

thumbnail

Kisah Benar. Pengakuan Seorang Suami - Isteri Curang

Posted by Unknown  | No comments

Kisah Benar. Pengakuan Seorang Suami - Isteri Curang. Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.
“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.


                                                    
Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.
Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.
Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.
Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.
Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.
Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.
Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.
Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.
Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.
Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.
Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.
Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.
Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.
Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.
Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”

Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top