Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

thumbnail

Terkini..Pengakuan Seorang Pemuda Gerun Mengingati Dosa Silam

Posted by Unknown  | No comments

Terkini..Pengakuan Seorang Pemuda Gerun Mengingati Dosa Silam |Sepang: “Hidayah itu milik Allah. Dulu saya seperti raja di ibu kota. Saya kaya menerusi kegiatan mengedar dadah dengan pendapatan kira-kira RM5,000 sehari, malah disebabkan prestasi jualan tinggi, saya dibekalkan pistol oleh pihak sindiket. Saya tak takut sesiapa pun.
“Namun, kini saya rasa terlalu kerdil dan gerun mengenangkan dosa silam. Moga Allah ampunkan saya,” itulah pengakuan bekas seorang pengedar dadah juvana yang kini sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas dia menemui sinar keinsafan dan kini membuka pusat tahfiz al-Quran.
Menceritakan semula sejarah hitam hidupnya, pemuda berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu berkata, dia terjerumus dalam kegiatan pengedaran dadah pada 2004 seawal usia 15 tahun dan berada dalam ‘prestasi’ kemuncak hanya dalam tempoh tiga tahun kemudian sebelum diberkas keluarganya sendiri.

Menurutnya, sekarang dia bersyukur hidupnya dalam lingkungan dan berpendirian berdasarkan al-Quran, namun setiap kali membaca ayat suci khususnya terjumpa surah menyentuh perbuatan dimurkai Allah, dia gerun mengingati dosanya termasuk merosakkan orang dengan najis dadah.
Foto
ZUL menceritakan semula dosa silam sebagai pengedar dadah sebelum insaf dan kini mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Selain itu, sebelum ini dia juga kaki perempuan, minum arak dan melakukan pelbagai pelakuan mungkar lain.

Read More»

thumbnail

KISAH BENAR SEORANG LELAKI MENDAPAT HIDAYAH SEMASA MATI

Posted by Unknown  | No comments


KISAH BENAR SEORANG LELAKI  MENDAPAT HIDAYAH SEMASA MATI | KUANTAN – “Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya ‘sudah mati’ malah rekod perubatan tertera pengesahan itu,” kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu.

Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapanmenuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa.

“Saya disahkan ‘kembali sedar’ dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.

Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya.

“Ternyata ada rahmat di sebalik kemalangan yang ‘meragut’ nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya,” kata bapa kepada empat anak ini.

Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga.

“Kehadiran ‘lelaki’ itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya ‘koma’,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan ‘berhijrah’ sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun.

“Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula kekuatan

Read More»

Wednesday, January 15, 2014

thumbnail

KERANA BUDAK KECIL WANITA TERBUKA HATI PELUK ISLAM [KISAH BENAR]

Posted by Unknown  | No comments

gambar hiasan

KERANA BUDAK KECIL WANITA TERBUKA HATI PELUK ISLAM [KISAH BENAR] |Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. 
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” 

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?” 

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.” 

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” 

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” 

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” 

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” 

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. 

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. 

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. 

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut 

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. 

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. 

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. 

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” 

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. 

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”. 

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” 

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! 

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Read More»

Tuesday, January 14, 2014

thumbnail

WANITA KINI..FESYEN BERPAKAIAN TAPI HAKIKATNYA BERBOGEL [MESTI BACA]

Posted by Unknown  | No comments

WANITA KINI..FESYEN BERPAKAIAN TAPI HAKIKATNYA BERBOGEL [MESTI BACA] |FITNAH AKHIR ZAMAN

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W:
"Ada dua GOLONGAN DARI AHLI NERAKA yang belum aku lihat saat ini;  Satu kaum yang membawa cemeti (cambuk) seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Dan WANITA-WANITA YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG (KETAT, NIPIS & SINGKAT, MENDEDAH RAMBUT, DADA, PUNGGUNG & PUSAT), berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun.  Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian."
(Hadis Riwayat Muslim)



Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.


Seperti contoh gambar ini, tandas berpintu... tetapi aibnya tetap jelas kelihatan.  Maka begitulah perumpamaan zaman moden yang boleh disepertikan kepada wanita-wanita dan perempuan-perempuan yang masih tidak menyedari bahawa pakaian mendedah aurat mereka seperti apa yang tergambar di gambarkan...

Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulamak, ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Maka kita semua akan ditimpa bala oleh Allah! Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke dalam lubang kubur!


Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah! Manusia di zaman ini mengetahui Allah itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menuntut mengenal Allah. Mereka menyembah Allah sedang mata hati mereka buta terhadap Allah dan tidak pernah berhadap kepada Allah, alangkah murkanya Allah, tidakkah mereka tahu Allah sahaja yang wujud di dalam alam ini?


Manusia di zaman ini ramai tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada mereka itu, mereka anggap dari usaha mereka dan cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada Allah dan tidak syukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang ditakdirkan oleh Allah, maka carilah tuhan yang lain daripada Allah dan keluarlah dari bumi Allah..!


Read More»

thumbnail

MENYERAMKAN JIN GANGGU PERBUALAN TELEFON

Posted by Unknown  | No comments


MENYERAMKAN JIN GANGGU PERBUALAN TELEFON |Saksikan di minit 1:10 dan minit 4:20 dimana dipercayai Jin telah merasuk keatas wanita yang membuat  panggilan telefon tersebut dan mengemukakan pertanyaan kepada pengamal perubatan Islam, Abu Muhammed.

Abu Muhammed ialah seorang yang sangat terkenal mempraktikkan perubatan Islam terutama di London, U.K dan sering dijemput oleh stesyen-stesyen television untuk menceritakan mengenai perubatan Islam dan topik yang berkaitan dengan jin menjadi kegemarannya.


Read More»

thumbnail

GEMPAR! SIAPA YANG UNTUNG JIKA PENGANUT KRISTIAN DAN ISLAM BERGADUH? [MESTI BACA}

Posted by Unknown  | No comments


GEMPAR! SIAPA YANG UNTUNG JIKA PENGANUT KRISTIAN DAN ISLAM BERGADUH? [MESTI BACA} |Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan beragama.Hakikat ini tidak mungkin dapat dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang mempunyai agenda jahat serta hipokrit.Biarpun agama rasmi negara adalah Islam,namun tempat ibadat agama lain tidak pernah dihalang untuk didirikan asalkan tidak menyalahi undang- undang dan tidak mengganggu ketenteraman penganut agama lain.Satu-satunya had yang dikenakan kepada agama lain ialah aktiviti dakwah mereka tidak boleh diperluaskan di kalangan umat Islam.Di Malaysia,negeri dengan penganut terbesar agama Kristian ialah Sabah dan Sarawak yang terdiri dari suku kaum bumiputera.Oleh kerana mereka lebih selesa dengan bahasa suku masing-masing serta lebih dekat dengan budaya kaum pribumi Melayu,maka bahasa yang digunakan dalam amalan Kristian mereka juga cenderung ‘meniru’ atau merujuk sebutan dalam agama Islam yang diamalkan oleh orang Melayu. 

Justeru,penganut Kristian di sana merujuk kepada Tuhan sebagai ‘Allah’ iaitu ‘Father’atau ‘Lord’ dalam kitab injil di seluruh dunia.Selama ini,rujukan kepada Tuhan Kristian sebagai ‘Allah’ tidak pernah menjadi isu kerana ia tidak pernah dilakukan di tempat lain melainkan Sabah dan Sarawak.Rata-rata masyarakat Kristian di Semenanjung yang menggunakan injil berbahasa Inggeris selesa dengan merujuk kepada Tuhan mereka sebagai ‘Father’ atau ‘Lord’ iaitu bapa kepada ‘Jesus’.Malah,pada hari ini,suku kaum di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian juga cukup maklum bahawa secara rasminya,seluruh dunia Kristian mengiktiraf panggilan Tuhan Kristian sebagai ‘Father’atau ‘Lord’ dan ‘Allah’ adalah Tuhan yang Esa bagi umat Islam.Kebebasan agama dengan had-had tertentu,serta sifat saling menghormati dan memahami antara agama ternyata mampu memastikan negara terus aman, stabil dan makmur.   

Namun,ini bukan bermakna negara ini tidak pernah diuji langsung.Kita pernah melalui beberapa tragedi berdarah seperti 13 Mei tetapi tragedi itu bukan berpunca dari agama.Ia berpunca dari perbalahan kaum.Tragedi Memali dan Sauk pula adalah masalah ekstremisme umat Islam yang melibatkan sesama Islam,bukan antara umat Islam dengan agama lain.Pendek kata,‘pertelingkahan antara agama’ tidak pernah timbul di Malaysia.Malangnya,akhir-akhir ini pihak Kristian nampaknya begitu ‘seronok’ atau teruja sekali cuba menimbulkan pertelingkahan antara agama.Entah kenapa,tiba-tiba penganut Kristian di Semenanjung,khasnya di Selangor ingin sangat menggunakan kalimah ‘Allah’bagi merujuk kepada Tuhan mereka.Seolah-olah panggilan ‘Father’ atau ‘Lord’ sudah tamat tempoh atau tidak lagi relevan, pemimpin agama Kristian termasuk para politikus pembangkang bermati-matian memperjuangkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam aktiviti agama Kristian di Semenanjung.    

Tindak tanduk pemimpin agama itu dalam memperkatakan isu ini memperlihatkan seolah-olah ia  ia satu jihad utama dalam Kristian.Mereka sanggup naik turun mahkamah,menunjuk degil mencabar kerajaan dan mengundang pertelingkahan dengan umat Islam semata-mata untuk menggantikan perkataan ‘Father’ atau ‘Lord’ kepada‘Allah’.Alasan mereka untuk berbuat demikian tidaklah diketahui.Malah pemimpin Kristian dan juga politikus yang menjuarai isu ini di pihak mereka juga, tidak dapat menjelaskan kenapa nama Tuhan mereka perlu diganti.saya tidak faham kenapa penganut Kristian perlu menimbulkan ketegangan dan mencabar undang-undang ??? Kenapa tidak kekalkan saja amalan dan nama yang digunakan sebelum ini sedangkan ia ternyata tidak membawa apa-apa masalah kepada sesiapa ??? Mungkinkah penganut Kristian hari ini sudah tidak lagi mampu mengenali Tuhan sendiri kerana ia tidak bernama ??? Mungkinkah agama Kristian yang mereka anuti tidak pernah menekankan soal hormat- menghormati dan toleransi ??? Mungkinkah agama Kristian membolehkan mereka berdakwah dengan cara licik dan menipu ??? Mungkinkah agama Kristian tidak mengutamakan keamanan dan menggalakkan penganutnya mencetuskan ketegangan ??? saya tidak perlukan jawapan yang panjang dari pemimpin agama Kristian tetapi saya hanya ingin tahu 

“apakah kesannya kepada penganut Kristian jika tidak menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan mereka ???”   

Hanya satu jawapan dan saya akan berpuas hati.Jika penganut dan pemimpin agama Kristian tidak mampu menjawab maka tidak salah jika saya menganggap mereka sebagai membawa agenda jahat untuk menyebar dakwah Kristian secara licik di kalangan umat Melayu atau,jika ini tidak benar,maka pastinya para pemimpin agama Kristian di Malaysia sengaja ingin mencetuskan ketegangan agama. 

Benarkah ini yang penganut Kristian inginkan ???  Jika benar,siapakah akan untung dari perbalahan ini ??? Para peniaga Cina ??? Padri-padri Kristian ??? Siapakah yang akan terjejas jika ketegangan ini akhirnya membawa kepada keganasan ??? Para peniaga Cina ??? Padri-padri Kristian ??? Sesungguhnya,Islam adalah agama keamanan.Namun,Islam juga menyeru umatnya mempertahankan diri sekiranya diserang.Islam mengajar umatnya bertolak ansur dan hormat-menghormati kerana itu umat Islam tidak pernah mengganggu atau mencabar penganut Kristian.Tetapi,penganut Kristian yang sengaja memprovokasi dan mencabar umat Islam dan kerajaan Islam dengan berdegil untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam aktiviti dan risalah agama mereka,tanpa sebab-sebab yang konkrit yang membawa apa-apa kebaikan kepada sesiapa.Tidak semena-mena,pada hari ini penganut Kristian di Malaysia telah memperlihatkan kepada dunia bahawa Kristian itu adalah sebenarnya agama yang sangat jahat


Read More»

Monday, January 13, 2014

thumbnail

Kisah Penderitaan Yang Dikongsi Oleh Mangsa Kahwin Paksa

Posted by Unknown  | No comments

Kisah Penderitaan Yang Dikongsi Oleh Mangsa Kahwin Paksa | “Apabila saya tidak kembali ke sekolah ketika berumur 13 tahun, mengapa pihak sekolah tidak bertanya apa-apa?
“Semasa saya melahirkan anak pada umur 14 tahun, mengapa doktor, jururawat atau pihak kebajikan masyarakat tidak menyoal ibu saya bagaimana saya boleh mengandung,” kata Sameem Ali, 42, ahli politik Britain yang menetap Manchester.
Berketurunan Pakistan, Sameem dipaksa berkahwin sebaik sahaja dia memasuki umur remaja dengan saudaranya yang berumur dua kali ganda lebih tua, dan hanya ditemuinya pada hari perkahwinan mereka.
“Saya lahir di Britain tetapi pada umur 13 tahun, saya dibawa ke Pakistan untuk bercuti, itu yang ibu bapa saya beritahu,” ceritanya.
Namun enam minggu kemudian, Sameem dikahwinkan dengan saudaranya. Ibunya berkata Sameem hanya boleh kembali ke Britain jika dia mengandung.

“Saya percaya saya dikahwinkan dan mengandung untuk membolehkan suami saya mendapat taraf penduduk tetap di Britain,” katanya.

Menurut Sameem, dia kembali ke Britain ketika sedang mengandung tujuh bulan dan melahirkan anak lelakinya pada usianya  14 tahun.

“Saya melarikan diri dari rumah sebaik sahaja saya disuruh membawa lelaki itu ke Britain ketika berumur 17 tahun. Dan saya tidak pernah lagi berjumpa dengannya selepas itu,” kata Sameem.

Pada 2011, kerajaan Britain melalui Unit Perkahwinan Paksa merekodkan 1,468 kes remaja bawah umur dipaksa berkahwin, dan 78 peratus daripada jumlah itu membabitkan wanita.
Namun, kerajaan Britain mengakui jumlah itu hanyalah permukaan dan tidak menggambarkan skala sebenar perkahwinan bawah umur kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Kerajaan menganggarkan 5,000 hingga 8,000 kes perkahwinan paksaan di Britain setiap tahun.
Sameem berpendapat Peraturan Perlindungan Perkahwinan Paksa diperkenalkan pada 2008 di bawah Akta Perkahwinan Paksa (Perlindungan Awam) 2007 tidak boleh membantu mengatasi masalah ini.

“Saya tidak akan menghantar ibu saya ke penjara, walaupun dia memukul saya dengan teruk dan memaksa saya berkahwin,” kata Sameem.
“Undang-undang seperti ini tidak akan membantu kerana tidak ada anak yang akan menuding jari kepada ibu bapa sendiri,” katanya.
Ahli politik muda itu percaya isu perkahwinan paksa boleh ditangani hanya melalui pendidikan dan kesedaran.

Sebagai seorang yang dipaksa berkahwin muda, Sameem sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan kanak-kanak perempuan lain menjadi mangsa sama.
“Saya sanggup ke Pakistan dan menceritakan kisah saya kepada keluarga yang memaksa anak mereka berkahwin pada usia muda,” katanya dengan tegas. -DAWN

Permainan bertukar menjadi tragedi

Ketika zaman kanak-kanak, Sally as-Sabahi suka berlakon berkahwin dengan adik-beradiknya.
Sebagai kanak-kanak perempuan yang hidup susah di ibu negara Yaman, Sanaa, dia membayangkan baju pengantin yang cantik, alat solek dan majlis meriah membantunya melupakan kesusahan hidup dalam kemiskinan.
Jadi apabila ibunya menunjukkan gaun putih dan barang kemas kepadanya, Sally yang berumur 10 tahun bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki dipilih ibu bapanya.
Lelaki bernama Nabil, 25, itu adalah saudaranya sendiri yang sebelum ini pernah berkahwin.
“Ayah dan mak memanggil saya keluar ke halaman rumah,” kata Sally yang menceritakan bagaimana dia akhirnya berkahwin dengan Nabil.

“Mereka beritahu saya supaya menarik nafas panjang dan bertanya sama ada saya ingin berkahwin. Saya jawab ya, tetapi adakah saya akan mendapat sehelai gaun, gula-gula, dan barang permainan?
“Mereka menjawab ya. Mereka berjanji akan memberikan apa sahaja kepada saya,” ceritanya.

Sally memenangi kes di mahkamah untuk bercerai dengan Nabil pada 2010 selepas kisahnya dilaporkan media tempatan dan mencetuskan debat di peringkat kebangsaan mengenai amalan perkahwinan pada usia muda.

“Saya tidak menggelarnya perkahwinan, saya menggelarnya rogol,” kata Shada Nasser, peguam wanita yang telah beberapa kali mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak perempuan di Yaman dikahwinkan sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Kajian Universiti Sanaa mendapati di beberapa wilayah di negara itu, separuh daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum umur 15 tahun.

Sally masih ingat malam pertama perkahwinannya apabila Nabil memaksanya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya, saya rasa selamat. Sebab saya tidak tahu pun apa yang berlaku, jadi tentu saya tidak rasa takut. Tetapi kemudian saya berasa sakit dan darah mula keluar.

“Saya menangis dan menjerit. Saya benci diri saya sendiri. Sejak itu, saya melihat dia seperti bayang kematian,” cerita Sally.

Satu malam, apabila Sally enggan tidur dengan Nabil, ibu mertuanya mengikat kanak-kanak perempuan itu di katil.

Air mata ibu Sally, Nouria mula tumpah.

“Saya tidak pernah bercerita kepada Sally mengenai hubungan seks kerana saya malu. Saya sangka kakak saya (ibu Nabil) akan menjaga Sally seperti anak sendiri,” katanya.
Namun segala penderitaannya berakhir apabila dia memenangi kes penceraian pada 27 Mac 2010.
“Pagi itu saya rasa seolah-olah ada awan hitam di atas kepada saya, tetapi sekarang saya rasa sangat bebas,” katanya selepas menandatangani dokumen penceraian itu.
Apa pula kata Nabil?
“Semua lelaki perlu pertimbangkan umur, otak dan pastikan bakal isteri anda tidak gila,” katanya disambut gelak tawa sekumpulan lelaki yang berkumpul pada hari penceraiannya.
“Saya datang ke rumahnya dan berkahwin dengannya. Saya tak rasa ia adalah satu masalah kerana saya tidak tahu umur sebenar Sally,” katanya. – Al Jazeera
Read More»

thumbnail

[ Kisah Benar ] Sepucuk Surat Dari Fatimah Mangsa Rogol Tentera Amerika Yang Bangsat!

Posted by Unknown  | No comments

[ Kisah Benar ] Sepucuk Surat Dari Fatimah Mangsa Rogol Tentera Amerika Yang Bangsat! | Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengah hari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahiddin mengambil tindakan.

Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan (oleh darah), baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentara pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri.

Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [Qur’an, Surat 112 “al-Ikhlas”]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesadaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan b@bi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan b@bi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentara telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam halaman web Ansar dengan menulis:

“Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenarnya. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku.”

Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?

Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, “Wa Mu’atasima”, dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:

“Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentara-tentara kami di mana barisan hadapannya berada di pintu-pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini.”

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.



Sumber
Read More»

thumbnail

CIRI-CIRI PEREMPUAN YANG SERING DICERAI SUAMI++WAJIB BACA JIKA ANDA BERGELAR ISTERI ATAU BAKAL MENJADI ISTERI

Posted by Unknown  | No comments

CIRI-CIRI PEREMPUAN YANG SERING DICERAI SUAMI++WAJIB BACA JIKA ANDA BERGELAR ISTERI ATAU BAKAL MENJADI ISTERI |Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami. 

 

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud) 

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya. 

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya. 

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya. 

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya. 

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat . 

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami. 



1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh

dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat. 

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas

melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya

sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH. 

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang

baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap

melakukan maksiat. 

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan

mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan

makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan

kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia

mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH. 

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat

baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak,

dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga,

keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan

sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu \

duniawi maupun ukhrawi .


SUMBER

Read More»

thumbnail

MISTERI PEMBONGKARAN RAHSIA DISEBALIK JASAD FIRAUN YANG UTUH SEHINGGA KINI++MESTI BACA

Posted by Unknown  | No comments

MISTERI PEMBONGKARAN RAHSIA DISEBALIK JASAD FIRAUN YANG UTUH SEHINGGA KINI++MESTI BACA |Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mesti ramai yang tidak tahu yang jasad Firaun sehingga kini masih terpelihara, jadi satu kajian telah dibuat oleh seorang saintis yang sangat terkenal dan akhirnya hasil atau keputusan yang didapati sangat memeranjatkan sehinggakan saintis tersebut memeluk islam setelah mengkaji penemuan mayat firaun pada pertengahan tahun 1975..
Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumiamia supaya jasad itu kekal awet.
Misteri Disebalik Jasad Firaun Masih Terpelihara Misteri Disebalik Jasad Firaun Masih Terpelihara
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri.
Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Wallahualam.
Read More»

thumbnail

INFO ISLAM.[.WAJIB BACA] HUKUM SIMPAN KUKU PANJANG LELAKI DAN PEREMPUAN

Posted by Unknown  | No comments

 Rasanya ramai dikalangan rakyat Malaysia sendiri gemar menyimpan kuku panjang terutama buat kaum hawa. Mungkin bagi mereka dengan simpan kuku panjang nampak lebih cantik dan lebih bergaya agaknya?

Tetapi mungkin ramai tak tahu apakah hukum simpan kuku yang panjang sebenarnya, Menurut Ustaz Azhar Idrus hukum simpan kuku panjang ni boleh dibahagikan kepada 4.


INFO ISLAM.[.WAJIB BACA] HUKUM SIMPAN KUKU PANJANG LELAKI DAN PEREMPUAN |Hukum Simpan Kuku Panjang Bagi Lelaki Dan Perempuan

1Sunat : Sunat potong kuku, kuku lebih rendah daripada jari.
2Harus : Harus simpan kuku sama tinggi dengan jari.
3Makruh : Makruh simpan kuku lebih jari..
4Haram : Haram bila simpan kuku panjang ikut orang kafir. (Tasyabbuh)

Penerangan yang lebih jelas tentang hukum simpan kuku oleh Ustaz Azhar Idrus

Semoga bermanfaat


sumber
Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top