Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

thumbnail

KISAH BENAR SUAMI CURANG SEMATA-MATA TIADA ANAK LELAKI

Posted by Unknown  | No comments

KISAH BENAR SUAMI CURANG SEMATA-MATA TIADA ANAK LELAKI | Suami aku curang. Dia nak kahwin lain semata2 tiada anak lelaki.
Sy seorang ibu kepada 3 anak ppuan, masalah sy skrg, suami sy curang!! sy ceritakan serba sedikit, dlm keadaan skrg, sy sudah x boleh hamil lagi selepas 3

kali bersalin cara pembedahan
. Ditakdirkan Allah, ketiga2 cahayamata ialah perempuan sedangkan suami selalu mengungkit soal dia x punya waris nnti..sy pernah

beritahu dia, sy izinkan dia kahwin lain, sebab sy tau apa kekurangan sy, tapi dgn syarat tolonglah lepaskan sy cara baik. Hati sy tidak kuat utk hidup

bermadu.
Berbalik pada masalah utama sy iaitu suami sy curang, perkara ini sudah 2 kali berlaku..tp mungkin jodoh masih ada, sy dapat hidu perkara ini awal2,



                                                         
                                                                   gambar sekadar hiasan

jadi hubungan suami dgn ppuan berkenaan putus. Setiap kali suami buat perangai, sy tidak akan sesekali bercerita kpd mana2 ahli keluarga sy, sebab sy x nak


suami malu@segan kepada keluarga sy..sebaliknya sy akan mengadu kepada keluarga mertua..tetapi apa yg sy dapat..hurmm hnya saya dinasihatkan utk
bersabar..bapa mertua yg sy betul2 harapkan utk menasihati suami, hanya ketawa kecil bila sy mengadu, sebab dia x percaya yg suami ada hubungan dgn ppuan

lain. Sekarang, buat kali ke 3, suami buat perangai lagi!! Untuk makluman, setiap kali dia buat perangai, mmg sy akan pastikan dahulu yg perkara itu betul2

berlaku, bukan tanpa usul periksa..buat masa sekarang, apa yg ada dlm kepala hnyalah utk mmbuat tuntutan fasakh..kalau sudah itu yg terbaik utk sy..sy tidak

mahu menjadi isteri yg berdosa, mencurigai setiap langkah suami, melayan suami tanpa rela dihati..demi Allah sy cintakan sgt2 suami, tetapi dgn apa yg sudah

dia lakukan, hati sy menjadi hancur lumat..dgn rendah hati sy ingin meminta pendapat kwn2 d sini..apa yg harus sy lakukan..sebab bila dah masuk kali ke3, mmg

sy tidak akan mengadu lagi pd ahli keluarga mertua, tp mcm sy bgtau td, mmbuat tuntutan fasakh..



SUMBER

Read More»

thumbnail

Pelajar UITM Menghantar Luahan Terbuka Kepada Sultan Johor

Posted by Unknown  | No comments



 Pelajar UITM Menghantar Luahan Terbuka Kepada Sultan Johor | membaca satu status luahan rakyat johor bernama Syafik Yahya, di dalam surat tersebut beliau telah meluahkan rasa hatinya terhadap pemerintahan Sultan Johor, anak muda ini meluahkan pendapatnya dan diharap semoga luahan dan pendapat ini dapat menjadi panduan dan perkongsian untuk kita bersama..
Bismillahirrahmannirrahim,
Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata. Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.
Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi.
Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk maju seperti Singapura, begitu menurut laporan akhbar.
Bentuk pelaburan asing secara langsung begini memang mendatangkan pembangunan infrastruktur yang pantas dan rancak. Namun, sejauh manakah rakyat seperti kami mendapat limpahan daripada projek-projek pembangunan ini? Ini antara perkara yang perlu diperhalusi.
Pertama , melihatkan kepada harga tanah sekaki persegi RM860 itu, sudah pastinya unjuran harga premis-premis bangunan akan melonjak kepada sekurang-kurangnya RM1400-1500 kaki persegi.
Andai sebuah kediaman berkeluasan 22″ x 70″ iaitu anggaran biasa kediaman rumah teres setingkat seluas 1540 kaki didarab dengan harga premis RM1400 kaki persegi (sekurang-kurangnya) menjadikan nilai hartanah tersebut sekitar RM2.15 juta.
Bagaimana pula dengan kediaman semi D, banglo, pusat komersial serta premis perniagaan lain yang sudah tentunya jauh lebih mahal. Sudah pastinya harga-harga tersebut jauh dari kemampuan rata-rata rakyat biasa seperti kami.

Akhirnya, akibat ketidakmampuan pemilikan hartanah tersebut pastinya ekuiti tersebut akan jatuh ke tangan pelabur asing akibat didorong oleh kuasa beli yang tinggi, faktor permintaan yang baik serta lokasi yang strategik.
Jika perkara sebegini berterusan, maka tidak hairanlah jika lambat laun generasi warisan kita hanya akan mampu menyanyikan lagu “anak kecil main api” yang antara liriknya ..”nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda” sebagai salah satu subjek kurikulum menaikkan semangat survival di sekolah pada masa akan datang. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.
Kedua 2, kepesatan pembangunan mestilah sejajar dengan purata pendapatan rakyat dan pembangunan modal insan. Andai ia tidak sejajar, dibimbangi rakyat marhaen akan ibarat merempat di bumi sendiri. Tinggal di sekitar bangunan pencakar langit dan premis-premis mewah. Namun hakikatnya seperti di drama-drama melayu yang sembang projek berjuta, anak orang kaya tapi hakikatnya tidaklah seperti yang disangka.
Pembangunan modal insan meliputi aspek pendidikan yang baik, ilmu kemahiran termasuklah pengetahuan asas perniagaan dan perdagangan haruslah dibangunkan seiring dengan pembangunan infra. Patik percaya di bawah pentadbiran ke bawah Duli Tuanku, Johor akan membangun sebagai sebuah kerajaan yang maju malah setanding dengan Singapura satu hari nanti insyaa Allah.
Ketiga 3, patik sebagai rakyat lebih gembira Khazanah Nasional mahupun Johor Corp sebagai peneraju dalam kesemua pelaburan hartanah di Iskandar Malaysia. Itu lebih mengembirakan berbanding melihat pelabur asing menguasai dan mendominasi Iskandar Malaysia satu persatu. Biarlah pembangunan itu sedikit perlahan berbekalkan modal sedia ada juga suntikan dana dari kerajaan negeri dan pusat tapi bukan dengan menjual bidang-bidang tanah secara langsung kepada pelabur asing.
Sebagai rakyat yang menjunjung kasih tuanku, patik gembira andai Johor boleh kembali gah sebagai tempat perdagangan maju dan masyhur seperti yang diceritakan dalam buku sejarah di sekolah suatu ketika dahulu.
Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada tuanku untuk terus mentadbir Johor dengan adil, saksama dan penuh hikmah untuk manfaat sekian rakyat jelata. Maafkan patik andai ada kata-kata yang ‘beraja di mata, bersultan di hati’ yang mungkin mengguris.
Patik mungkin tidak dapat menyampaikan surat dari hati ini kepada tuanku tapi sekadar mampu berkongsi di ruangan maya agar ada insan-insan yang boleh panjangkan kepada tuanku. Patik yang menjunjung kasih.
Rakyat Marhaen,
Syafik Yahya


Read More»

Monday, December 16, 2013

thumbnail

~ Peraturan Kerja Baru Bermula Tahun Januari 2014 (Sesuai Untuk Semua STAFF Level)

Posted by Unknown  | No comments

                                                                  gambar sebagai hiasan

~ Peraturan Kerja Baru Bermula Tahun Januari 2014 (Sesuai Untuk Semua STAFF Level) LAWAK...

Staff Sekalian, 
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada 
tahun 2014, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff.

Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah
atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur,
lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada
proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji. 


Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa 
terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2006 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, 
kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'. 

f. PEMBEDAHAN: 
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak 
membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai 
organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak. 

g. PENGGUNAAN INTERNET 
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. 

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang
pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. 

Sekian, terima kasih. 
BOSS PUNYA PERATURAN 


sumber
Read More»

Saturday, November 16, 2013

thumbnail

Kisah Yang Pasti Meruntun Jiwa Kita Yang Membaca !

Posted by Unknown  | No comments

Kisah Yang Pasti Meruntun Jiwa Kita Yang Membaca !

Tersentuh hati membaca cerita ini semoga cerita ini memberi kita panduan / pedoman bagaimana utk kita menjadi org yg bertanggungjawab dlmmendidik anak … … memarahi , memukul tak salah tapi jgnlah sampai mengakibatkan kecederaan mental fizikal yg boleh membawa maut menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tak ada gunanya…


Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu dipukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanakmemangla h begitu. Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas
tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain.

” Jomlah awak. Kita main lari-lari,” ajak Ani, teman sekelasnya ” Tak naklah. Kita penat, ” jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng. ” Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh jek, “pujuk Ani. “Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok jek, ” jawabnya lagi. Akhirnya Ani mengalah dan berlari
ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arahmereka.

” Ejah! ” tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah. Segera dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya. ” Kau dahbuat kerja sekolah belum? ” tanya ayah. ” Hari ni tak ada kerja sekolah, ” jawabnya perlahan. ” Abis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar ” herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. ” Yang berdiri terkebil tu kenapa. Pergi baca buku, ” herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya. Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya.

Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggap lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah. Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darahkata
nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa
memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalahdapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul.

Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. Hari ini dia kesekolah
seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah. ” Ejah! Tunggu kita, ” jerit suara kecil dari belakang. Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani. ” Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah? ” tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan menujukebilik darjah.” Boleh ke? Mak ngan ayah awak tak marah ke? tanyanya ragu-ragu. “
Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik, ” jawab Ani sambil tersengeh. Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik.

Selepas sekolah Ejah ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka sampai. ” Marilah makan dulu Ejah. “Lepas makan baru belajar ” pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya tersenyum malu. Baiknya emak Ani. Kalau Ejah mama masih hidup tentu mama pun baik macam ni. Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan,
ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Ejah. ” Makan banyak-banyak sikit Ejah. Kamu tu kurus sangat, ” kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Ejah hanya mengangguk
malu. ” Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni haa.. tembam ” usik ayah Ani pula. Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya.

Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila terkenangkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis de depan orang. Ejah dan Ani belajar bersama. Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka. Ejahmenerangkan kepada Ani beberapa masalah matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan dihafalnya.

Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke pukul 4petang. Ejah panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah. Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah. Nenek!!!

” Biarlah aku bawa Ejah pulang ke rumah aku Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya. Kesian aku tengok dia tu, makan pakai tak terurus “. ” Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya, ” ayah bersuara acuh tak acuh. ” Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kesian dengan Ejah tu saja, ” nenek cuba memujuk ayah. ” Mak ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak balik-balik lagi. Kemana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah, ” terdengar nada marah di suara ayah. Ejah hanya diam berdiri de belakang pintu. Menggigil ketakutan.
” Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia? “

” Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi, ” jerkah ayah. ” Bukan dia yang mengadu Jusoh. Aku ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan di tangan Tuhan,“. “Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya, ” Ejah membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahn ” Nenek, ” jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat. ” Dah besar dah cucu nenek ni, ” ujar nenek. Ada nadasayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium lembut ” Kau ke mana ha Ejah? “ herdik ayah. Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya. ” Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja, ” nenek membelanya.

” Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala, ” marah ayah. ” Ejah, pegi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti, ” ujar nenek lembut padanya. ” Baiklah nek, ” terus dia berlalu ke biliknya. Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya mati.
Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya.
Patutlah ayah benci dirinya. Ejah terus menangis tersedu-sedu.
Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang. Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga. ” Ke mana kau marayap hah? “ jerkah ayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi. ” Jawab! ” tengking ayah. Tersentakdia. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. ” Orang pergi rumah Ani, “jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambil menahan sendu. ” Kenapa?
Kau dah tak ada rumah? ” marah ayah lagi. Ejah hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat. ” Kau tak dengar aku tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang? ” tengking ayah sambil menarik rambut Ejah.
Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah. ” E..ejah, Ejah pegi belajarkat rumah Ani, ” jawabnya tersedu-sedu. ” Ooh, belajar. Kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri, ” jerit ayah lebih kuat. Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya.Darah. Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Ejah disepak. Ejah merintih penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak melawan.

Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang diamemang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa berdosa pada mama. Ayah menarik rambut Ejah lagi dan sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Ejah tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Ejah mula kabur. Diatidak lagi bergerak. Semuanya bertukar gelap… Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal.

Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik. ” Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah, ” garang suara ayah. Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat.
Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkahmasuk.
” Tidur lagi! ” jerkah ayah. ” Ee..ejah rasa tak sihat ayah, ” jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar. ” Sudah, jangan nak mengada-ngada, ” marah ayah sambil menarik tangannya. Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri. ” pergimandi, ” ayah menolaknya ke bilik mandi. Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi di
kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit.

” Nurfaizah, ” terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya. Dia memandang Cikgu Linda kosong. Siapa yang buat kamu macam ni? ” tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya. Ejah hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Ejah merasakan kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat.Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tandakemaraha n dan kebencian di wajah ayah. ” Maafkan ayah nak, ” suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak faham kenapa ayah dan nenek sedih. ” Kenapa semua orang sedih, ” tanya Ejah dengan kepayahan. Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama, ” Ejah bersuara perlahan. “Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah! ” ayah merayu. Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan tubuhnya semakin ringan. 

Dia tersenyum memandang nenek, kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Ejah mula tersekat-sekatdan akhir dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya. Menurut doktor, Ejah mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Ejah juga kepatahan beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada paru-parunya. Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya… Insan kecil bernama EJAH…



Read More»

Friday, November 15, 2013

thumbnail

Mesti Baca !! Kisah Pengajaran Untuk Lelaki Bergelar Suami !

Posted by Unknown  | No comments

Mesti Baca !! Kisah Pengajaran Untuk Lelaki Bergelar Suami !

Mat...mat....

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang ma! sih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan..
Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.


Read More»

Monday, November 11, 2013

thumbnail

"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Posted by Unknown  | No comments


"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak mu ridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.

Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'

Jika diperhatikan sekarang ini.. suami & isteri masing2 sibuk belek dan focus kepada handphone masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kadang2 anak2 tengok je dari jauh sambil main mainannya.. jangan pulak nanti anak2 kita pulak buat esei.. 'Jadikan saya sebuah Handphone'..

Sama2 la kita berikan perhatian kepd insan2 dsekeliling yg perlukn perhatian n kasih syg kita..




Sumber
Read More»

Friday, November 8, 2013

thumbnail

Mesti Baca !! Ibuku Seorang Pembohong !!

Posted by Unknown  | No comments


Mesti Baca !! Ibuku Seorang Pembohong !!

Sekadar Hiasan

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah sekiranya masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu… 



Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top