Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

thumbnail

HEBAT! - REMAJA INI DISANJUNG TINGGI KERANA KEBERANIANNYA DI PAKISTAN

Posted by Unknown  | No comments

HEBAT! - REMAJA INI DISANJUNG TINGGI KERANA KEBERANIANNYA DI PAKISTAN | Aitzaz Hasan seorang pelajar Pakistan telah di sanjung tinggi dan telah menjadi HERO di sekolahnya. Kenapa dan apa yang dilakukannya?




Aitzaz Hasan terjumpa seorang pengebom di luar sekolahnya. Dan dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya dan kemudian pengebom itu telah meletupkan bomnya yang hanya membunuh mereka berdua daripada membunuh ratusan yang lain dari sekolah Aitzaz.



Bapa Aitzaz menyatakan yang kematiaan serta keberanian anaknya telah membuat ibunya menangis tetapi itu lebih baik daripada membuat ratusan ibu di luar sana yang menangis kerana kehilangan anak mereka. Kini semua budak di sekolah Aitzaz itu tekad untuk ke sekolah selalu dan tidak takut dengan Taliban bagi menghormati rakan mereka yang telah selamatkan hidup mereka.






Read More»

Tuesday, January 14, 2014

thumbnail

Pelik Memang Pelik ! Haiwan-Haiwan Pelik Seluruh Dunia

Posted by Unknown  | No comments

Pelik Memang Pelik ! Haiwan-Haiwan Pelik Seluruh Dunia


Star-nosed mole's snout mempunyai 22 tentakel berdaging yang digunakan untuk mengesan makanan dengan sentuhan. Kadang kala dijumpai di Amerika Utara, ia tinggal di kawasan tanah rendah yang lembab dan memakan invertebrata kecil, serangga akuatik, cacing dan moluska.

Hispaniolan solenodon, berupa pelik yang seakan-akan tikus dengan muncung panjang dan gigi istimewa yang beracun. Hanya dua spesis solenodon yang wujud pada hari ini, satu di Haiti dan satu lagi di Cuba.


Seapigs , hidup di dasar laut dan memakan lumpur-lumpur.


Blobfish , adalah jisim bergelatin dengan ketumpatan yang sedikit kurang dari air yang dia tempati. Ini membantunya untuk mengekalkan diri terapung. Berlegar-legar hanya di atas lantai laut.


Dijumpai pada tahun 2005 di Lautan Pasifik Selatan, makhluk ini digelar sebagai  "yeti lobster" atau "yeti crab". Ianya tinggal pada kedalaman  2,200 meter di lubang-lubang hydrothermal sepanjang Pacific-Antarctic.


Penyu putih (white turtle), menonjol dalam kebudayaan Cina.


Jerboa telinga panjang (long eared jerboa) adalah haiwan pengerat seperti tikus yang keluar malam hari di padang-padang pasir China dan Mongolia. Ia mempunyai ekor yang panjang, kaki panjang dan telinga yang sangat besar.


Aye-aye , agak sama perangainya dengan burung belatuk (woodpecker),  ia mengetuk-ngetuk pokok untuk mencari makanan. Apabila ia dapat mengesan makanan, ia akan gunakan giginya yang seperti haiwan pengerat untuk menggerogot lubang dan menggalinya dengan jari tengahnya yang panjang.


Saiga biasanya terlebih besar dan fleksibel. Hidungnya dapat menghangatkan udara di musim panas dan menapis debu pada musim panas.


Dengan pemakanan mereka yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan lendir, Hagfish digelar sebagai makhluk lautan yang paling menjijikkan.


Naga laut berdaun (Leafy seadragons) dipenuhi dengan anggota badan yang seakan daun, membuatkan mereka penyamar yang unggul. Ditemui di Australia, mereka tinggal dalam air yang sejuk dan tenang.


Slender loris tinggal di kawasan hutan tropika rendah yang basah di India atau Sri Lanka.


Indian gharial , antara jenis buaya yang paling panjang yang kadangkala mencapai 20 kaki.


Hairy frogfish berjalan di sepanjang dasar laut untuk mencari makanan. Ianya boleh ditemui di Indonesia.


Dumbo octopus, sotong yang mendapat nama sempena watak dalam kartun Disney iaitu Dumbo.


Viperfish , ialah ikan laut dalam dengan gigi-gigi yang seperti jarum panjang. Sejenis pemangsa yang amat ganas.


Shoebill, seekor burung yang amat besar yang ditemui di kawasan paya tropika timur Afrika. Ketinggian puratanya ialah 4 kaki dan lebar kepaknya apabila mengepak ialah 7 kaki.


Axolotl  adalah neotenic mole salamander Mexico. Haiwan ini digunakan secara ekstensif dalam kajian saintifik kerana kebolehannya untuk memperbaiki bahagian-bahagian tubuhnya.


Guineafowl puffer, dari Lautan Pacifik. Apabila berkembang sepenuhnya, ia mampu mencapai panjang 50 cm.


Frill-necked Lizard, mempunyai kulit besar di sekitar tengkuknya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Ini membuatkannya digelar sebagai 'cicak basikal' di Australia.


Echidna paruh panjang (Long-beaked echidna) Haiwan ini adalah salah satu dari jenis mamalia yang bertelur.


Tarsier , yang biasa didapati di Asia Tenggara, setiap bebola matanya sebesar lebih kurang 16 mm dan sama besar dengan otaknya .


Beruang Panda merah (Red panda) ialah mamalia herbivor yang saiznya lebih kurang kucing.


Proboscis monkey, amat dikenali dengan hidungnya yang besar. Adalah dikatakan bahawa proboscis betina suka kepada proboscis jantan yang berhidung lagi besar.  Lagi besar hidung, lagi mahal si jantan  tu.


Pygmy Marmoset , sejenis monyet yang berasal dari hutan barat Brazil, tenggara Colombia, timur Equador dan timur Peru.  Mereka adalah omnivor yang makan buah-buahan, daun, serangga dan kadangkala reptilia yang lebih kecil.


Beruang matahari (Sun Bear) ditemui di hutan-hutan tropika Asia tenggara. Dengan ketinggiannya yang hanya 4 kaki, ia adalah keluarga beruang yang paling kecil, dan kadang kala dipanggil sebagai beruang anjing.


Komondor, keturunan anjing Hungary yang besar, yang mempunyai bulu seperti tali yang panjang dan tebal.


Hampir sama dengan Komondor, Hungarian puli juga bertindak pantas dan akrobatik.


Kucing yang tidak berbulu (Hairless cats) , ditemui di banyak daerah di dunia. Tetapi keturunan pertamanya yang berjaya ialah Sphynx.  Sphynx yang terawal bernama Prune, lahir pada tahun 1966


Sumber
Read More»

Monday, January 13, 2014

thumbnail

Gempar !! 40 Tahun Mengandungkan Janin !!

Posted by Unknown  | No comments

Gempar !! 40 Tahun Mengandungkan Janin !! | Berita yang cukup menggemparkan apabila seorang wanita di Colombia dilaporkan mengalami sakit perut yang luar biasa. Setelah diperiksa, di dalam tubuhnya ada janin yang sudah menjadi batu.

Lithopedion

Kes ini sangat jarang dan menyakitkan bagi wanita. Bayangkan, dia tidak sedar hamil selama 40 tahun hingga janinnya menjadi batu.

Wanita berusia 82 tahun yang tidak disebutkan namanya ini mengalami lithopedion atau bayi batu, iaitu janin yang tidak berkembang dan berada di luar rahim, lapor Dailymail.co.uk.

Wanita itu hanya merasakan sakit perut luar biasa dan setelah diperiksa melalui scan, baru diketahui bahawa wanita tersebut membawa janin yang sudah membatu selama 40 tahun.

Ketika ini, wanita tersebut sedang menjalani pembedahan untuk membuang janin yang sudah tidak bernyawa itu.

Dr Kemer Ramirez dari Hospital Tunjuelito menyatakan bahawa pada mulanya dia menjangkakan ia adalah batu hempedu.

Namun, hasil ultrasound tidak menunjukkan tanda-tanda itu. Setelah dilakukan scan pada bahagian perut, barulah diketahui ada benda asing yang mirip ketumbuhan di perutnya.

Kes ini bukannya kes pertama yang berlaku. Menurut catatan, kira-kira 300 wanita dilaporkan mengalami kes membawa janin yang sudah membatu dalam tubuh mereka.

Kes pertama lithopedion pertama kali dilaporkan pada seorang wanita Perancis bernama Madame Colombe Chatri. Ketika itu dia berusia 68 tahun.

Bedah siasat kematiannya pada tahun 1582 menunjukkan bahawa beliau membawa bayi yang tidak berkembang dan sudah membatu di perutnya.

Dijangkakan, usia janin itu sudah berusia 28 tahun.

[Sumber]

Read More»

thumbnail

Sangat Kejam ! Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak Bayar Tambang Teksi!

Posted by Unknown  | No comments

Sangat Kejam ! Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak Bayar Tambang Teksi! | Seorang budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi dan membelasah beliau dengan teruk kerana cuba untuk lari dari membayar tambang teksi.

Kemudian pemandu-pemandu teksi itu memutuskan untuk membakar budak lalu mereka mencurahkan gas gasolin pada tubuh badan budak tersebut. Budak tersebut tahu apa yang bakal mereka buat, dan dia merayu-rayu untuk hidup dia, tapi mereka terus membakar budak itu.

Kejadian menyayat hati ini berlaku di tempat awam, orang ramai hanya memerhati, termasuk beberapa orang anggota polis, tiada siapa yang cuba untuk tolong. DiMexico, inilah yang berlaku apabila anda tidak membayar tambang teksi.

entah berapa nilai tambang tu,,sampai pemandu-pemandu teksi membakar remaja itu,,,Ngeri...

Lagi 5 keping gambar dibawah :-






Read More»

thumbnail

Tahukah Anda - Lelaki Ini Tidak Pernah Mandi Selama 60 Tahun Dan Hanya Makan Bangkai

Posted by Unknown  | No comments



Tahukah Anda - Lelaki Ini Tidak Pernah Mandi Selama 60 Tahun Dan Hanya Makan Bangkai | Pernahkah anda membayangkan rasanya berhari - hari tidak mandi ? Lelaki ini mencatat rekod dunia sebagai manusia yang paling lama tidak mandi . Ia sudah 60 tahun tidak mandi .

Amou Haji , lelaki tua tinggal di Desa Dejgah , Wilayah Fars , sebelah selatan Iran . Usianya kini 80 tahun dan tidak pernah mandi selama 60 tahun .

Beberapa penduduk pernah menawarkan mandi percuma namun Amou menolak kerana yakin dia akan ditimpa sakit jika badannya bersih . Ia juga marah jika diberi makanan bersih dan memilih mengambil daging bangkai haiwan . Amou tinggal di dalam lubang sperti lubang kubur atau bangunan bata yang dibina penduduk kerana simpati kepadanya .

Amou  tidak mempunyai apa - apa selain selimut yang dipakainya jika merasa kesejukan . Ia juga menghangatkan diri dengan menghisap banyak rokok sekaligus . Tidak diketahui alasannya  untuk tidak  mandi namun sejak muda memilih mengasingkan diri dari masyarakat sejak menghadapi masalah emosional .

Amou hidup merempat , tidur di mana-mana sahaj dan makan haiwan yang sudah  mati . Barangnya yang paling berharga adalah  rokok paip sepanjang 3 inci yang biasa digunakannya merokok dari najis haiwan . Ia juga sesekali melihat cermin melihat penampilannya namun biasanya menggunakan cermin kereta  .








Jom sakisikan video berikut: 



Sumber
Read More»

thumbnail

Kisah Penderitaan Yang Dikongsi Oleh Mangsa Kahwin Paksa

Posted by Unknown  | No comments

Kisah Penderitaan Yang Dikongsi Oleh Mangsa Kahwin Paksa | “Apabila saya tidak kembali ke sekolah ketika berumur 13 tahun, mengapa pihak sekolah tidak bertanya apa-apa?
“Semasa saya melahirkan anak pada umur 14 tahun, mengapa doktor, jururawat atau pihak kebajikan masyarakat tidak menyoal ibu saya bagaimana saya boleh mengandung,” kata Sameem Ali, 42, ahli politik Britain yang menetap Manchester.
Berketurunan Pakistan, Sameem dipaksa berkahwin sebaik sahaja dia memasuki umur remaja dengan saudaranya yang berumur dua kali ganda lebih tua, dan hanya ditemuinya pada hari perkahwinan mereka.
“Saya lahir di Britain tetapi pada umur 13 tahun, saya dibawa ke Pakistan untuk bercuti, itu yang ibu bapa saya beritahu,” ceritanya.
Namun enam minggu kemudian, Sameem dikahwinkan dengan saudaranya. Ibunya berkata Sameem hanya boleh kembali ke Britain jika dia mengandung.

“Saya percaya saya dikahwinkan dan mengandung untuk membolehkan suami saya mendapat taraf penduduk tetap di Britain,” katanya.

Menurut Sameem, dia kembali ke Britain ketika sedang mengandung tujuh bulan dan melahirkan anak lelakinya pada usianya  14 tahun.

“Saya melarikan diri dari rumah sebaik sahaja saya disuruh membawa lelaki itu ke Britain ketika berumur 17 tahun. Dan saya tidak pernah lagi berjumpa dengannya selepas itu,” kata Sameem.

Pada 2011, kerajaan Britain melalui Unit Perkahwinan Paksa merekodkan 1,468 kes remaja bawah umur dipaksa berkahwin, dan 78 peratus daripada jumlah itu membabitkan wanita.
Namun, kerajaan Britain mengakui jumlah itu hanyalah permukaan dan tidak menggambarkan skala sebenar perkahwinan bawah umur kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Kerajaan menganggarkan 5,000 hingga 8,000 kes perkahwinan paksaan di Britain setiap tahun.
Sameem berpendapat Peraturan Perlindungan Perkahwinan Paksa diperkenalkan pada 2008 di bawah Akta Perkahwinan Paksa (Perlindungan Awam) 2007 tidak boleh membantu mengatasi masalah ini.

“Saya tidak akan menghantar ibu saya ke penjara, walaupun dia memukul saya dengan teruk dan memaksa saya berkahwin,” kata Sameem.
“Undang-undang seperti ini tidak akan membantu kerana tidak ada anak yang akan menuding jari kepada ibu bapa sendiri,” katanya.
Ahli politik muda itu percaya isu perkahwinan paksa boleh ditangani hanya melalui pendidikan dan kesedaran.

Sebagai seorang yang dipaksa berkahwin muda, Sameem sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan kanak-kanak perempuan lain menjadi mangsa sama.
“Saya sanggup ke Pakistan dan menceritakan kisah saya kepada keluarga yang memaksa anak mereka berkahwin pada usia muda,” katanya dengan tegas. -DAWN

Permainan bertukar menjadi tragedi

Ketika zaman kanak-kanak, Sally as-Sabahi suka berlakon berkahwin dengan adik-beradiknya.
Sebagai kanak-kanak perempuan yang hidup susah di ibu negara Yaman, Sanaa, dia membayangkan baju pengantin yang cantik, alat solek dan majlis meriah membantunya melupakan kesusahan hidup dalam kemiskinan.
Jadi apabila ibunya menunjukkan gaun putih dan barang kemas kepadanya, Sally yang berumur 10 tahun bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki dipilih ibu bapanya.
Lelaki bernama Nabil, 25, itu adalah saudaranya sendiri yang sebelum ini pernah berkahwin.
“Ayah dan mak memanggil saya keluar ke halaman rumah,” kata Sally yang menceritakan bagaimana dia akhirnya berkahwin dengan Nabil.

“Mereka beritahu saya supaya menarik nafas panjang dan bertanya sama ada saya ingin berkahwin. Saya jawab ya, tetapi adakah saya akan mendapat sehelai gaun, gula-gula, dan barang permainan?
“Mereka menjawab ya. Mereka berjanji akan memberikan apa sahaja kepada saya,” ceritanya.

Sally memenangi kes di mahkamah untuk bercerai dengan Nabil pada 2010 selepas kisahnya dilaporkan media tempatan dan mencetuskan debat di peringkat kebangsaan mengenai amalan perkahwinan pada usia muda.

“Saya tidak menggelarnya perkahwinan, saya menggelarnya rogol,” kata Shada Nasser, peguam wanita yang telah beberapa kali mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak perempuan di Yaman dikahwinkan sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Kajian Universiti Sanaa mendapati di beberapa wilayah di negara itu, separuh daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum umur 15 tahun.

Sally masih ingat malam pertama perkahwinannya apabila Nabil memaksanya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya, saya rasa selamat. Sebab saya tidak tahu pun apa yang berlaku, jadi tentu saya tidak rasa takut. Tetapi kemudian saya berasa sakit dan darah mula keluar.

“Saya menangis dan menjerit. Saya benci diri saya sendiri. Sejak itu, saya melihat dia seperti bayang kematian,” cerita Sally.

Satu malam, apabila Sally enggan tidur dengan Nabil, ibu mertuanya mengikat kanak-kanak perempuan itu di katil.

Air mata ibu Sally, Nouria mula tumpah.

“Saya tidak pernah bercerita kepada Sally mengenai hubungan seks kerana saya malu. Saya sangka kakak saya (ibu Nabil) akan menjaga Sally seperti anak sendiri,” katanya.
Namun segala penderitaannya berakhir apabila dia memenangi kes penceraian pada 27 Mac 2010.
“Pagi itu saya rasa seolah-olah ada awan hitam di atas kepada saya, tetapi sekarang saya rasa sangat bebas,” katanya selepas menandatangani dokumen penceraian itu.
Apa pula kata Nabil?
“Semua lelaki perlu pertimbangkan umur, otak dan pastikan bakal isteri anda tidak gila,” katanya disambut gelak tawa sekumpulan lelaki yang berkumpul pada hari penceraiannya.
“Saya datang ke rumahnya dan berkahwin dengannya. Saya tak rasa ia adalah satu masalah kerana saya tidak tahu umur sebenar Sally,” katanya. – Al Jazeera
Read More»

thumbnail

[ Kisah Benar ] Sepucuk Surat Dari Fatimah Mangsa Rogol Tentera Amerika Yang Bangsat!

Posted by Unknown  | No comments

[ Kisah Benar ] Sepucuk Surat Dari Fatimah Mangsa Rogol Tentera Amerika Yang Bangsat! | Pada hari Sabtu sekitar jam 12:25 tengah hari, pejuang mujahiddin telah melancarkan serangan ke atas penjara Abu Gharaib di selatan Baghdad. Serangan tersebut bagi menyahut seruan yang dibuat melalui sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang tahanan wanita yang bernama Fatima yang merayu agar pejuang mujahiddin mengambil tindakan.

Surat Fatima, sepucuk surat yang ditulis tangan (oleh darah), baru-baru ini telah diseludup keluar dari Abu Gharaib. Fatima adalah adik kepada salah seorang pejuang mujahiddin di kawasan berkenaan. Tentara pengganas AS telah menyerbu rumahnya beberapa ketika dulu tetapi gagal menemuinya, oleh itu mereka telah menawan adik perempuannya bertujuan untuk memaksa beliau menyerah diri.

Berikut adalah salinan surat Fatima yang disiarkan oleh Mafkarat al-Islam.

Surat Fatima

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.” [Qur’an, Surat 112 “al-Ikhlas”]

Saya memilih surah yang suci ini daripada kitabullah kerana ia memberi satu kesan yang besar keatas saya dan ke atas kamu semua dan ia membawa kesan yang besar dan kesadaran di dalam hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku para mujahiddin yang berjuang pada jalan Allah SWT! Apa yang dapat saya katakan kepada kamu semua? Ingin saya nyatakan kepada kamu: Perut kami telah dipenuhi oleh anak-anak haram yang dilakukan oleh para haiwan dan b@bi yang telah memperkosakan kami. Atau saya boleh katakan kepada kamu bahawa mereka telah menelanjangkan kami, meludah ke muka kami dan mengoyak ayat al-Quran yang tergantung pada leher kami? Allahu Akbar! Dapatkah kamu memahami keadaan kami? Adakah benar kamu tidak tahu menahu apa yang telah berlaku kepada kami? Kami adalah adik-adik kamu. Allah SWT pasti akan menyoal kamu mengenainya kelak.

Demi Allah, tidak pernah kami melalui satu malam semenjak kami berada di penjara ini tanpa dilompt oleh para haiwan dan b@bi tersebut untuk mengoyakkan tubuh kami dengan rakusnya. Dan kami telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi perawan kami demi kerana takutkan allah SWT. Takutlah kamu kepada Allah! Bunuhlah kami semua berserta dengan mereka! Hancurkanlah kami bersama-sama dengan mereka! Jangan tinggalkan kami di sini untuk dijadikan sebagai bahan melepas nafsu ganas mereka dengan memperkosa kami! Ia merupakan satu tindakan yang boleh menggoncang arasy Allah SWT. Takutlah kepada Allah berhubung dengan kami! Tinggalkanlah kereta kebal dan pesawat mereka di luar sana. Datanglah kepada kami di sini di penjara Abu Gharaib.

Saya adalah adik-adik kamu pada jalan Allah (Fatimah). Mereka telah memperkosakan kami lebih dari sembilan kali dalam satu malam. Bolehkah kamu memahaminya? Bayangkanlah salah seorang daripada adik-adikmu diperkosakan. Kenapa kamu semua tidak boleh membayangkannya, sedangkan saya adalah adikmu. Bersama-sama saya terdapat 13 orang gadis yang lain, kesemua mereka belum berkahwin. Kesemua mereka telah diperkosakan dihadapan mata dan telinga setiap orang.

Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat. Mereka membuang pakaian kami dan tidak membenarkan kami memakainya. Semasa saya menulis surat ini, salah seorang daripada gadis tersebut telah membunuh diri. Beliau telah diperkosa secara rakus dan zalim. Seorang tentara telah memukul dada dan pinggangnya setelah beliau memperkosakannya. Beliau telah dijadikan mangsa penderaan dan penyiksaan. Beliau telah menghantuk kepalanya ke dinding sehingga beliau mati, kerana beliau tidak dapat menahannya lagi, walaupun membunuh diri adalah haram menurut Islam. Tetapi saya memaafkan gadis tersebut. Saya juga berharap agar Allah SWT mengampun segala dosanya, kerana Dia adalah Maha Pengampun!

Saudaraku! sekali lagi ingin saya katakan, takutlah kepada Allah! Bunuhlah kami bersama-sama dengan mereka agar kami dapat menikmati keamanan. Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah! [Wa Mu'atasima!]

Sebaik sahaja selepas itu, lebih kurang seramai 100 pejuang mujahiddin melancarkan serangan besar-besaran ke atas penjara Abu Gharaib, memaksa tentera kafir AS berselindung di dalam berek mereka dalam kawasan penjara. Pejuang mujahiddin telah melancarkan mortar 82mm dan 120mm ke arah tentera kafir Amerika. Orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di luar penjara, bimbang jika mortar tersebut mengenai para tawanan yang berada di dalam penjara tetapi mereka telah diberi jaminan oleh pejuang mujahiddin yang berkata bahawa mereka tahu kedudukan penjara tersebut.

Wartawan Mafkarat al-Islam di Baghdad melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan sebahagian besar dinding penjara, menyebabkan lubang sebesar empat meter di dalam dan di luar pagar yang mengelilingi penjara tersebut.

Nasib Fatima dan lain-lain gadis bersamanya masih belum dapat diketahui.

Pada nota terakhir, seorang individu telah menjawab surat Fatima semalam dalam halaman web Ansar dengan menulis:

“Maaflah adikku, kami bukanlah lelaki yang sebenarnya. Hanya lelaki yang sebenar sahaja boleh menjawab tangisan kamu memohon pertolongan. Kami tidak mempunyai bekalan yang cukup beberapa hari ini. Maaf sekali lagi, wahai adikku.”

Komen seperti inilah yang menunjukkan betapa kurangnya maruah dan tanggungjawab umat Islam pada hari ini. Kami di LADANG WEB telah beberapa kali mendedahkan perbuatan perkosaan ke atas gadis Islam oleh tentera Salib Amerika (yang masih dianggap wira oleh kebanyakan umat Islam di dunia ini) semenjak mereka memijakkan kaki mereka ke bumi Iraq, tetapi tidak dipedulikan. Kami merasa amat kecewa dan gagal menerima surat seperti yang dituliskan oleh Fatima sebelum ini, kerana kami tahu lebih ramai lagi Fatima yang telah diperkosa di penjara di Iraq dan Afghanistan dan ramai lagi adik-adik perempuan atau anak-anak perempuan kita yang diperkosa dengan zalim dan mereka tidak dapat melawannya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadikan suara-suara mereka dapat didengar dan di manakah wira-wira Islam untuk mempertahankan maruah mereka?

Sebelum ini, pada satu ketika dulu, keagungan dan dan maruah telah diintegrasikan ke dalam kehidupan umat Islam sebagai sebahagian dari sistem Islam yang sempurna dan syumul. Sebagai contoh, seorang lelaki telah mengikat hujung pakaian seorang wanita Islam kepada kerusi semasa beliau sedang membeli belah dan apabila beliau bangun, sebahagian daripada kemaluannya telah terdedah. Beliau menjerit, “Wa Mu’atasima”, dan seruannya telah sampai kepada pengetahuan khalifah. Khalifah telah menulis surat kepada ketua gereja dengan berkata:

“Kepada anjing Rome, saya akan datang kepada kamu dengan tentara-tentara kami di mana barisan hadapannya berada di pintu-pintu kami dan barisan belakangnya berada di sini.”

Inilah merupakan maruah dan keagungan yang bertindak ke atas sesuatu tindakan yang tidak sampai kepada tahap perkosaan. Mereka telah menghantar satu bala tentera dan bukannya 100 pejuang. Hari-hari tersebut merupakan hari di mana seorang muslim sejati dapat dicari. Nilailah diri anda dan dimanakah kedudukan iman anda.



Sumber
Read More»

Saturday, January 11, 2014

thumbnail

Kisah Disebalik Tabir Pengislaman Hana Tajima Simpson Pereka Fesyen Terkenal++Mesti Baca

Posted by Unknown  | No comments


Kisah  Disebalik Tabir Pengislaman Hana Tajima Simpson Pereka Fesyen Terkenal++Mesti Baca |Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil. 

Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah. 

Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim. 

Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.
Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.
Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.

Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.

Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi. 


Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya. 


Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan. 




sumber
Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top