Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

thumbnail

10 Pemain Bola Sepak Paling Kacak Di Dunia

Posted by Unknown  | No comments


10 Pemain Bola Sepak Paling Kacak Di Dunia | Mengikut kajian oleh sebuah majalah terkemuka di Eropah, berikut adalah 10 pemain bolasepak seluruh dunia yang paling kacak mengikut posisi masing-masing.
Stikers: Santa Cruz dan Raul
Midfielders: Kaka, Ronaldo, Fernando Redondo dan David Beckham
Defenders: Maldini, Mexes, Nesta dan Cannavaro
GoalKeeper: Hildebrand

1- Santa Cruz – Paraguay

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS


2- Raul – Spain

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS


3- Kaka – Brazil

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS


4- Ronaldo – Portugal

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS


5- David Becham – England

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS


6- Fernando Redondo – Argentina

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS


7- Maldini – Italy

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS


 

8- Mexes – France

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS


9- Nesta – Italy




10- Hildebrand – Germany

http://billyinfo.blogspot.com/2014/01/10-pemain-bola-sepak-paling-kacak-di.html#axzz2qHfWFHeS

source: http://www.agrihappenings.com
Read More»

Monday, January 13, 2014

thumbnail

Gambar Barang Pelik Yang Dicampakkan Oleh Penyokong Bola Ke Padang++JOM LIHAT

Posted by Unknown  | No comments

Gambar Barang Pelik Yang Dicampakkan Oleh Penyokong Bola Ke Padang++JOM LIHAT |Pernahkah anda menonton perlawanan bola sepak di stadium? Mesti ramai penyokong/peminat yang fanatik dan sampai membaling benda-benda seperti botol air dan sebagainya.

Tapi kami senaraikan 10 Benda Pelik Yang Dicampak Ke Dalam Padang Bola Sepak.

Inilah beberapa benda yang pernah ‘menghiasi’ padang bola sepak sepanjang catatan sejarah:

1. Kepala Babi


“Eeeee.”, mungkin adalah kata pertama yang keluar jika anda menyaksikan peristiwa ini. Ya, satu kepala babi dicampakkan ke dalam padang oleh penyokong Barcelona sebagai bentuk kekesalan terhadap Luis Figo yang berpindah kelab.

Memang beralih kelab adalah hal yang biasa terjadi tetapi yang disesalkan oleh penggemar Barcelona adalah kenapa harus Luis Figo pindah ke Real Madrid, sebagaimana diketahui Real Madrid adalah musuh ketat Barcelona.

2. Bom Tangan


Memang menakutkan jika salah satu benda ekstrim ini berada di stadium, tapi memang benda inilah yang dilemparkan penyokong ke padang bila pertandingan Milwall dan Brentford di Den Lama kepada penjaga gol Brentfors, Brodie Chic .

Ketika itu Brodie meminta penjaga garisan untuk memeriksa benda apa yang dicampakkan untuknya itu. Setelah penjaga garisan memeriksanya dan memastikan ternyata bahawa benda itu adalah bom tangan. Pertandingan yang terjadi pada tahun 1966 itu membuatkan satu stadium heboh dan dengan cepat penjaga garisan mengarahkan kepada semua pemain untuk meninggalkan padang dengan kadar sesegera.

3. Scooter


Siapa sangka benda sebesar scooter menjadi sasaran para penyokong untuk dicampakkan ke padang? Insiden ini terjadi ketita pertandingan Inter Milan melawan Atalanta. Sebelum kick off babak pertama dimulakan penyokong Inter Milan mencuri scooter dari penyokong Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium dan dilempar ke padang.

4. Arnab


Binatang comel ini pun pernah masuk ke padang bola sepak ketika pertandingan antara Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung, di Greece.

5. Bola pantai


Pelik jika di stadium bola sepak ternampak bola pantai, tapi bola pantai ini tidak menjadi objek untuk ditendang oleh para pemain, namun ini adalah tindakan peminat. Peristiwa ini terjadi ketika pertandingan Celtics vs Glasgow di Scotland.

6. Babi


Jika kepala babi pernah dilempar ke padang oleh peminat Bercelona kerana kekesalannya terhadap Luis Figo, penyokong pernah memasukkan babi ke padang di pertandingan salah satu kelab di Poland.

7. Botol whisky


Botol whisky yang habis diminum oleh penyokong ini dicampakkan ke padang begitu sahaja ketika perlawanan Atletico dan Sevilla pada tahun 2006.

8. Donat


Mungkin kita berfikir rasa sayang sekali untuk buang donat begitu sahaja ke padang bola sepak. Namun inilah yang dilakukan oleh pendukung Hajduk Split (Croatia) kepada presiden kelab mereka yang kebetulan memiliki perusahaan kuih donat.

9. Vibrator


Gila jika menyaksikan beberapa vibrator ini dicampakkan ke padang, benda sensitif ini pun menjadi sasaran oleh penyokong fanatik Argentina.

10. Bola tenis


Dengan misi ingin mencuri perhatian media, para peminat Hull City melakukan aksi nekad melempar bola tenis pada pertandingan Piala Liga di Stadium Reebox ketika menentang Bolton.

Walaupun lucu, pelik dan mengerikan tindakan melempar sesuatu ke padang adalah suatu yg tidak patut di contohi kerana dapat merugikan pasukan kesayangan kita sendiri, bila dikenakan denda maka pasukanlah yg menanggungnya bukan penyokong.


SUMBER
Read More»

Friday, December 27, 2013

thumbnail

AMIRULHADI ZAINAL (YOL) SAH MILIK HARIMAU SELATAN (JDT)

Posted by Unknown  | No comments

AMIRULHADI keluar dari bilik Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM di Kelana Jaya, Selangor semalam.


KONTROVERSI yang melibatkan bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal selesai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu menjadi milik Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan.
Pemain berusia 27 tahun yang juga mesra dengan panggilan ‘Yol’ itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penyertaan Amirulhadi ke Harimau Selatan tidak menjadi isu selepas pihaknya mendapati perjanjian Amirulhadi bersama PBNP tidak sah.
Begitupun, Takiyuddin menegaskan, bekas pemain Selangor tersebut tidak terlepas dari menerima hukuman denda RM25,000 selepas Amirulhadi didapati melakukan dua kesalahan.
“Kesalahan pertama Amirulhadi tidak mendedahkan situasi sebenar kepada pasukan baharu (Johor DT) dan kesalahan kedua pula tidak membuat pengesahan dengan majikan asal, PBNP sebelum berpindah ke pasukan baharu.
“Kedua-dua kesalahan itu melanggar Artikel 2 Perenggan 5 (c) (i) Lampiran 3A Dalam Peraturan Status Perpindahan,” katanya selepas tamat Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Amirulhadi dan Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya turut hadir pada mesyuarat itu.
Takiyuddin menjelaskan, Jawatankuasa Status FAM mendapati kontrak Amirulhadi bersama Pahang meragukan selepas meneliti dokumen serta mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak.
“Kami mendapati kontrak pemain itu dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) adalah sah dan perlu memohon Sijil Perpindahan Negeri (SPN) dari pasukan asal.
“Selepas mendapati kontrak Amirulhadi dengan PBNP meragukan, pendaftarannya bersama pasukan Pahang adalah tidak sah dan kontraknya bersama PBNJ adalah sah sebagaimana status Amirulhadi dianggap sebagai ejen bebas.
“Begitupun, ahli jawatankuasa mendapati pemain berkenaan turut melakukan dua kesalahan dan dikenakan denda sebanyak RM25,000 dan denda tersebut harus dibayar kepada FAM, bukan kepada PBNP.
“Ini kerana kesalahan tersebut berpunca dari individu itu sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak,” katanya.
Selain itu, Takiyuddin berkata, dalam kes melibatkan Amirulhadi itu, PBNP Pahang tidak berhak untuk menuntut sebarang pampasan daripada JDT mahupun daripada pemain berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pihak dibenarkan mengemukakan rayuan kepada FAM sebelum Rabu ini.


sumber
Read More»

Thursday, December 19, 2013

thumbnail

Terima Kasih Harimau Muda Walaupun Gagal Pertahan Emas

Posted by Unknown  | No comments

Terima Kasih Harimau Muda Walaupun Gagal Pertahan Emas

MALAYSIA terpaksa tunduk kepada Indonesia selepas gagal mempertahankan pingat emas Sukan SEA dalam penentuan sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA ke-27 di Stadim Zeyar Thiri, Myanmar malam ini.

Kemenangan berpihak kepada Indonesia 4 - 3 selepas dua cubaan pemain negara A Thamil Arasu dan Shahrul Saad berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia untuk melayakkan mereka mara ke final.

Terdahulu, separuh akhir itu menyaksikan Malaysia dan Indonesia terikat 1 - 1.

Indonesia membuka jaringan yang dihasilkan oleh Bayu Gatra Sanggiawan pada minit ke-30.

Bagaimanapun, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi A Thamil Arasu pada minit ke-85 untuk mengikat Indonesia 1-1.

Selepas 90 minit perlawanan, Malaysia masih terikat 1-1 dengan Indonesia dan perlawanan terpaksa berlangsung dalam masa tambahan.

Namun, kedua pasukan gagal menambahkan jaringan setelah tamat masa tambahan dan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti.


Read More»

Saturday, December 14, 2013

thumbnail

Aidil Zafuan Kini Temui Cinta Baru !

Posted by Unknown  | No comments

Aidil Zafuan Kini Temui Cinta Baru ! | BEKAS suami kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya Mac tahun hadapan.


Memetik laporan portal Media Hiburan, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan  bakal mengahwini  anak bekas Adun Selangor iaitu Zarema Zainal.

“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya.

“Insya-ALLAH, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar perkahwinannya.


SH
Read More»

Wednesday, November 20, 2013

thumbnail

Sudah Tiba Masa Raja Untuk Berundur !!

Posted by Unknown  | No comments

Sudah Tiba Masa Raja Untuk Berundur !!

Kuala Lumpur: Masa sudah tiba buat jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal untuk berundur selepas kegagalan Harimau Malaya layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015.
Jika sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FA M) masih mahu memberikan ‘talian hayat’ kepada pengendali negara itu untuk menghabiskan misi itu namun kekalahan kepada Qatar pada aksi kedua terakhir kumpulan D yang meranapkan impian negara seharusnya membuatkan FAM membuka mata.
Reaksi pemain negara selepas wisel penamatt ditiupkan
Bukan hanya keputusan dalam kempen Piala Asia saja yang harus diambil kira namun prestasi sepanjang tahun skuad kebangsaan bagi 2013 amat mengecewakan apabila hanya menang dua dalam 19 perlawanan.


Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengaku badan induk itu tidak berminat untuk menyambung kontrak Rajagobal yang bakal berakhir 31 Disember ini.
Bagaimanapun perkara itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Exco FAM Ahad ini termasuk sama ada membenarkan Rajagobal terus membimbing skuad kebangsaan bagi aksi terakhir kumpulan menentang Yaman pada Mac tahun depan.


Read More»

Tuesday, November 12, 2013

thumbnail

Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin Secara Terbuka

Posted by Unknown  | No comments

Siti Nurhaliza Tegur Khairy Jamaluddin Secara Terbuka

Sejak memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat secara terbuka mengkritik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Keterbukaan atau kelantangan Khairy dalam mengkritik menyebabkan ada golongan vetaran yang terasa dengan sikapnya.

Datuk Jamal Nasir, bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM mendakwa beliau terguris apabila ada pihak, apa lagi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan  induk itu.

Sebagai kenyataan balas, kata Khairy secara sinis ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam:-
Jika beliau bukan 'budak suruhan' FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur.
Kenyataan Khairy itu bagaimanapun mendapat perhatian dari penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza. Dalam satu tweet beberapa jam tadi, Siti telah menulis:-

 photo tweetct.png

Tweet Siti telah mendapat maklumbalas ramai pengguna Twitter. Ada yang menyokong, malah ada yang membantah Siti membuat kenyataan berunsur politik, namun Siti mendakwa tweetnya bukan berkait politik, tetapi hanyalah teguran kepada orang lain untuk menghormati seseorang yang lebih tua.

 photo 892fb939bf89f409cf129ab028472cae.jpeg

Sememangnya tidak disangka Siti menegur kelakuan seorang menteri, tetapi jika ia benar, tidak ada salahnya bukan?


Read More»

Wednesday, October 30, 2013

thumbnail

Permohonan Maaf Daripada Elman Ganu Mengenai Isu Kelantan Menang !

Posted by Unknown  | No comments

Permohonan Maaf Daripada Elman Ganu Mengenai Isu Kelantan Menang !

Melalui akaun Facebook Elman Ganu, beliau meminta maaf di atas post dan juga komen yang tidak beradab.
Elman Ganu juga menyatakan segala komen dan post itu bukanlah beliau yang lakukan dan kemungkinan di ceroboh oleh individu yang tidak di kenali.


Pengajaran daripada kisah ini, jagalah facebook or media sosial anda dengan berhati-hati.. Jika pergi ke cyber cafe, log out betul-betul supaya tidak lagi terjadi kes2 sebegini..

Read More»

thumbnail

"Kalau Kelantan Menang, Aku Sanggup Jadikan Mak Aku Pelacur"

Posted by Unknown  | No comments

"Kalau Kelantan Menang, Aku Sanggup Jadikan Mak Aku Pelacur"

Bahang final Piala Malaysia semakin terasa. Masing-masing mempunya predikasi keputusan. Ada yang menjangkakan ianya pertemuan epik pantai timur yang terhebat.

Di kala persiapan dilakukan, ada pula peminat-peminat bola sepak dalam negara yang bertindak diluar jangkaan. Masing-masing mahu meluahkan perasaan. Ada yang hingga langgar batasan agama, adat dan tatasusila masyarakat Malaysia.

Melalui akaun facebook, seorang pengguna yang menggunakan nama Elman Ganu menggunakan kata-kata lucah dan tidak senonoh ke atas pasukan Kelantan. Malah ditulisnya pelbagai perkara-perkara yang hanya layak digelar binatang. Cuba lihat print screen di bawah.

Namun, peminat-peminat di Malaysia semakin matang dan bijak berfikir. Ada yang beranggapan pemilik akaun FB tersebut sekadar mahu mencari populariti dan mahu mencetuskan huru hara. Ianya samalah dengan kelakuan beberapa pemilik wanita yang mahu bertelanjang lah, berbogellah dan sebagaianya.

Jom sokong bola sepak tempatan dengan cara yang paling sihat!
Mana pasukan pilihan anda? Kelantan atau Pahang?


Sumber
Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top