Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts

Tuesday, January 28, 2014

thumbnail

MENARIK --> INGAT NI! 4 MAKANAN YANG DILARANG UNTUK PENGANTIN BARU!

Posted by Unknown  | No comments

Anak merupakan impian setiap pasangan yang baru berkahwin. Justeru itu, perancangan awal perlu dilakukan. Rasulullah S.A.W juga mahukan umatnya bertambah. Jom baca apa yang Rasulullah S.A.W cakap pasal 4 makanan yang dilarang kepada pengantin baru. Petua ini juga boleh digunakan buat pasangan yang ingin merancang kelahiran zuriat.



Stop jap, sebelum tu tgok ni dulu :- Panduan pengurusan pendaftaran perkahwinan untuk pasangan yang ingin berkahwin.

Adab Uz-Zifaf Ahmad telah menceritakan:-

"Rasulullah S.A.W telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib R.A di mana baginda telah bersabda: 

1. Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke rumahmu, maka(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Sesungguhnya Allah mengeluarkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu merantai setiap penjuru rumahmum pengantin itu bebas dari penyakit gila (sawan) dan sopak.

2. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini PADA MINGGU PERTAMA PERKAHWINAN iaitu:-

a) Susu


Bayangkan anda tengah makan cornflakes or koko crunch dengan susu. One word for that 'HEAVEN!' namun, susu adalah tidak sesuai untuk diminum oleh pasangan pengantin yang baru berkahwin. Ini adalah  kerana, rahim perempuan itu bersifat sejuk justeru, ia akan menghalang pasangan untuk mendapatkan zuriat.

b) Cuka


Apabila perempuan meminum cuka semasa haid, sesungguhnya haid itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

c) Ketumbar dan daunnya


Ia menganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kelahiran buat sesuatu pasangan.

d) Apple Masam


Keasidannya akan memotong haid di dalam badan dan menyebabkan rahim tidak bersih.

Kadang-kadang tgok baby gelak pon release tension kan.




Read More»

Sunday, January 12, 2014

thumbnail

Untuk Si Berkulit Coklat..Tips Dan Petua Tampil Menawan Untuk Warna Kulit Coklat

Posted by Unknown  | No comments

                                          tips kecantikan
                                                             Gambar hiasan
Untuk Si Berkulit Coklat..Tips Dan Petua Tampil Menawan Untuk Warna Kulit Coklat |ataupun manis namun tidak memiliki kulit fresh tentunya akan mengurangi keindahan dari tubuh anda, kulit putih, coklat, ataupun hitam yang terpenting hanya kebersihan dan keindahan pada kulit anda. Bukan hanya dengan kulit putihanda dapat terlihat cantik, namun kulit coklat atau hitam anda juga bisa terlihat bersih dan berkilau. Bagaimana tampil cantik dengan warna kulit coklat, berikut kami akan ulas masalah tersebut.
Supaya anda yang berkulit sawo masak atau hitam manis senantiasa tampak cantik serta fresh, pakai gabungan warna-warna riasan yang pas. Yang sesuai dengan warna kulit anda.
Artis halle berry yang berkulit hitam senantiasa tampak cantik, fresh, ceria serta senantiasa penuh rasa percaya diri yang tinggi. Dari kulitnya yang hitam, muncullah inspirasi riasan untuk beberapa wanita yang berkulit gelap, sawo masak, atau hitam manis. Seperti apakah riasannya ?
Fresh pada pagi serta siang hari anda dapat melakukan hal-hal dibawah ini :
1. Sesudah membubuhkan pelembap sesuai type kulit, berikan penyamar noda ( concealer ) di area bawah mata.
2. Lantas, berikan alas bedak dengan warna satu tingkat lebih gelap dari warna kulit, lantas ratakan dengan baik pada seluruh bagian wajah.
3. Tambahkan bedak tabur transparan atau sesuai dengan warna kulit, lantas ratakan gunakan kuas besar agar lebih mudah meratakannya.
4. Rapikan alis dengan pen­sil alis warna cokelat tua dan gunakan sebagus mungkin tidak terlalu tebal tidak juga terlalu tipis.
5. Poleskan perona mata war­na baby pink pada kelopak mata serta oranye kecokelatan pada tulang mata. Baurkan dengan merata. Lantas, oleskan tipis-tipis perona mata warna peach lembut sebagai highlight.
6. Lentikkan bulu mata dengan penjepit, lantas oleskan maskara warna cokelat pada ujung-ujung bulu mata agar bulu mata Nampak tebal dan indah.
7. Taburkan sdikit perona pipi warna cokelat muda atau bronze muda untuk kesan fresh.
8. Paling akhir, berikan lipstick warna lembut, layaknya baby pink, atau sweet orange yang dapat memberi kesegaran pada tampilan wajah anda. Janganlah lupa untuk memoleskan lip gloss bening.
Terlihat anggun pada malam hari
Waktu saat menghadiri acara pada malam hari, warna riasan mungkin sama juga dengan pagi hari, cuma penggunaannya dipertebal serta ada bagian-bagian yang sedikit ditambah.
1. Sesudah memakai­ alas bedak serta be­dak tabur, imbuhkan bedak transparan memakai spons, supaya terkesan mengilat.
2. Pertebal perona ma­ta warna cokelat tua pada kelopak mata, lantas sedikit warna hitam serta bronze pada tulang alis. Baurkan seluruh warna, hingga perona mata tampak menyatu de­ngan kulit di area mata.
3. Beri highlight warna putih mu­tiara, baurkan ke arah tu­lang mata sisi atas, lan­jutkan dengan penggunaan high­light pas dibawah kantong ma­ta menggunakan kuas.
4. Hias mata dengan eye liner cair warna hitam, supaya mata terkesan semakin besar dan Nampak tajam.
5. Jepit bulu mata, tambahkan masakara warna hitam dari pangkal bulu mata agar bulu mata tampak tebal dan terlihat indah.
6. Oleskan perona pipi warna bronze tua, oleskan juga perona pipi warna krem pada dahi, hidung, serta dagu agar terlihat lebih tirus dan terkesan sexy.
7. Berikan lipstick berupa cream yang memiliki kandungan glossy warna oranye supaya bibir tampak lebih mewah dan terlihat indah pada bibir anda.
Semoga artikel Tampil cantik dengan Warna kulit Coklat dapat membantu anda tampil mewah dengan riasan yang cocok dengan warna kulit anda.

Read More»

Saturday, January 11, 2014

thumbnail

[WAJIB BACA] Ketahui 15 Aktiviti Yang Membahayakan Kesihatan Terutama Wanita

Posted by Unknown  | No comments


                                                            
                                                                                          gambar hiasan
[WAJIB BACA] Ketahui 15 Aktiviti Yang Membahayakan Kesihatan Terutama Wanita |Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan.
Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:
1. Terlalu lama berdiri:
  •     Merosakkan tulang.
  •     Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
  •     Liang faraj sentiasa basah.
2. Terlalu lama duduk
  •     Merosakkan lipatan daging.
  •     Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
  •     Tubuh badan menjadi kendur
3. Terlalu lama berjalan
  •     Merosakkan urat.
  •     Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya
4. Terlalu lama melihat
  •     Merosakkan darah.
  •     Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan
5. Terlalu banyak tidur
  •     Merosakkan tenaga.
  •     Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
  •     Selalu berangan-angan.
  •     Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
  •     Mudah dijangkiti kemandulan.
6. Terlalu riang/gembira
  •     Merosakkan usus
  •     Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.
7. Terlalu kerap marah
  •     Merosakkan hati.
  •     Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir
  •     Merosakkan limpa
  •     Kulit muka cepat berkedut
  •     Haid tidak menentu
  •     Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
  •     Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
9. Terlalu banyak bersedih
  •     Merosakkan jantung.
10. Terlalu merana
  •     Merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut
  •     Merosakkan ginjal.
  •     Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut
  •     Merosakkan pundi hempedu.
  •     Gejala pening kepala kerap dialami.
  •     Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
13. Terlalu banyak makan
  •     Merosakkan pencernaan.
  •     Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
  •     Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).
14. Terlalu minum minuman berais
  •  Merosakkan otot dan lambung.
  •  Badan dan payudara menjadi lembik.
  •  Berat badan meningkat.
  •  Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
15. Terlalu banyak masa lapang
  • Merosakkan fikiran.
  • Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.
Semoga bermanfaat.

SUMBER
Read More»

Thursday, January 9, 2014

thumbnail

[KETAHUI] FAKTA DAN MITOS UNTUK RAMBUT YANG ANDA TIDAK TAHU++MESTI BACA

Posted by Unknown  | No comments

Gambar hiasan semata-mata


[KETAHUI] FAKTA DAN MITOS UNTUK RAMBUT YANG ANDA TIDAK TAHU++MESTI BACA | Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui | Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut ketika rambut basah kerana takut nanti rambut akan berbuah. Tanpa usul periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.

Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos.

Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.

Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
MITOS - Anda sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya anda rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.

Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari
MITOS - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kulit kepala, apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah.

Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.

Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
FAKTA - Apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar.

Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan Alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopeciamemang boleh mengakibatkan rambut gugur dan kebotakan.

Read More»

thumbnail

WAJIB BACA..TIPS Cara Membuat Resume Yang Mantap++Sesuai Kepada Yang Nak Mintak Kerja

Posted by Unknown  | No comments



WAJIB BACA..TIPS Cara Membuat Resume Yang Mantap++Sesuai Kepada Yang Nak Mintak Kerja Resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.

Perbezaan Resume dengan Curriculum-Vitae (CV)
Kandungan CV lebih terperinci yang mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional.


Jenis-jenis Resume 
Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional Resume ataupun Combination Resume.

Chronological Resume
Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau beberapa pekerjaan yang terakhir) diterangkan secara terperinci, dan tiada seksyen major tentang kemahiran dan pencapaian pada permulaan resume. Resume ini biasa digunakan apabila seseorang itu melakukan pekerjaan yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan bidang yang sama. Ia juga digunakan didalam bidang perundangan dan akademik. Adalah disarankan bahawa jenis resume ini disertakan dengan objektif dan kesimpulan, supaya menjadi fokus untuk bacaan majikan.

Functional Resume
Functional Resume lebih memfokus ke arah kemahiran dan pengalaman anda berbanding berapa banyak jawatan yang telah anda pegang. Ia kerap digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau sudah lama tidak bekerja. 

Combination Resume
Combination Resume menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda terlebih dahulu. Seberapa banyak pekerjaan yang telah anda lakukan akan disenaraikan kemudian. Dengan resume jenis ini, anda boleh mengetengahkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, dan juga menyediakan maklumat tentang sejarah pekerjaan anda mengikut keperluan majikan.

Penyediaan Resume yang berkesan 
Jangan ambil mudah di dalam menyediakan resume anda. Kegagalan seseorang calon untuk menyediakan resume yang berkesan boleh menyebabkan anda gagal dipanggil temuduga. Antara tip-tip penyediaan resume yang berkesan adalah seperti berikut :

KLIK GAMBAR

Kesilapan dalam penyediaan Resume 
Kebanyakan calon tidak menyedari tentang kesilapan yang sering dilakukan di dalam penyediaan resume. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah :

KLIK GAMBAR

PERHATIAN :
MAJIKAN BIASANYA HANYA MELUANGKAN MASA YANG SINGKAT UNTUK MENELITI RESUME ANDA SEPINTAS LALU UNTUK DISENARAI PENDEK SEBAGAI CALON YANG INGIN DIPANGGIL TEMUDUGA.

Surat Iringan Resume 
Sekiranya calon membuat permohonan secara bertulis dengan menghantar resume kepada majikan, sebaik-baiknya hendaklah disertakan dengan surat iringan yang ringkas dan padat. Walaubagaimanapun, maklumat di dalam surat tidak boleh bertindih dengan maklumat dalam resume.



 
Read More»

Monday, January 6, 2014

thumbnail

Awas ! Peringatan Penting , Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!

Posted by Unknown  | No comments

Awas ! Peringatan Penting , Jangan Sesekali Menggoncang Bayi Anda!!


Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Rujukan

Read More»

thumbnail

KETAHUI Jenis Makanan Yang Boleh Melemahkan Daya Ingatan [MESTI BACA]

Posted by Unknown  | No comments

Tahukah anda sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.

Jeruk Buah-buahan

KETAHUI Jenis Makanan Yang Boleh Melemahkan Daya Ingatan [MESTI BACA]
1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.


Read More»

Saturday, January 4, 2014

thumbnail

TIPS Untuk Mengetahui Ais Dibuat Dengan Air Masak Atau Air Paip [mesti tahu]

Posted by Unknown  | No comments

TIPS Untuk Mengetahui Ais Dibuat Dengan Air Masak Atau Air Paip [mesti tahu] |Pernahkah kita terfikir apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah dimasak? Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air mentah atau air yang sudah dimasak :


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.




Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

sumber
Read More»

thumbnail

KHAS UNTUK LELAKI..Lelaki Mesti Tahu Cara Memikat Hati Perempuan [MESTI BACA]

Posted by Unknown  | No comments

 

KHAS UNTUK LELAKI..Lelaki Mesti Tahu Cara  Memikat Hati Perempuan [MESTI BACA] | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Anda ingin memikat hati wanita idaman?? TAPI tidak tahu atau takut untuk mencuba ? Admin nak kongsi tujuh tips cara memikat dan membuat wanita jatuh hati kepada anda..


1. Yakin Diri

Keyakinan sangat penting dalam memulakan sebuah perhubungan. Jika tiada keyakinan untuk mendapatkan seorang wanita idaman maka peluang untuk mendapatkan si dia akan susah. Buang sikap takut-takut kerana sikap itulah yang akan mengurangkan keyakinan diri untuk mendapatkan hati si dia.


2. Jangan Mudah Berputus Asa

Naluri seorang wanita terlalu lembut dan sukakan seorang lelaki yang mengambil berat terhadap dirinya. Sebagai seorang lelaki haruslah bertahan dengan karenah wanita idamannya yang bermacam-macam sebelum mendapatkan hatinya. Haruslah sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana wanita sangat memerlukan seorang lelaki yang tidak berputus asa untuk memiliki cintanya.

3. Jadilah Lelaki Pemaaf

Lelaki selalunya terkenal dengan sikap egonya dan sukar untuk memaafkan seorang wanita yang salah terhadap dirinya. Jadilah lelaki yang pemaaf dan mudah dibawa berbincang dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Perempuan akan mudah cair dengan lelaki yang suka memaafkannya walaupun telah banyak kesilapan yang dilakukan oleh seseorang perempuan itu. Jadilah seorang pemimpin dan pimpin wanita itu ke arah kebaikan.


4. Berkongsi Pendapat

Untuk menawan hati si dia anda perlu meluangkan masa bersama si dia dan berkongsi pendapat mengenai sesuatu keputusan yang anda mahu lakukan. Si dia akan merasakan dirinya dihargai oleh anda kerana setiap keputusan yang mahu dibuat si dia menjadi tempat rujukan atau perkongsian pendapat.


5. Pemurah

Perempuan mudah meluat dengan sikap lelaki yang kedekut. Jadi jika anda mahu memikat hati si dia sikap kedekut anda perlulah dikikis dari sekarang. Perempuan itu mungkin akan berfikir bahawa hidupnya tidak akan senang jika berpasangan dengan lelaki yang kedekut dan tidak bebas berbelanja. Seperti sedia maklum perempuan adalah insan yang suka membeli belah jika berbanding dengan lelaki.


6. Komitmen

Sesetengah lelaki sukar untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam sesebuah perhubungan kerana itulah mereka gagal. Belajarlah memberi komitmen dalam perhubungan kerana komitmen akan mengekalkan hubungan itu.


7. Jangan Berlagak Pandai

Perempuan tidak sukakan lelaki yang berlagak pandai dan cakap tidak serupa bikin. Jadilah seorang lelaki yang merendah diri dan berjaya dalam aspek yang diceburi. Sikap berlagak pandai bukanlah jalan pintas untuk anda digelar pandai atau bijak. Si dia akan lebih menghormati dan mengagumi sikap kesederhana yang ada tonjolkan.

Hati wanita kan macam kerak nasi, lelama kena air mesti lembut punya. ^_^

Read More»

Thursday, January 2, 2014

thumbnail

Tips Dan Petua Untuk Mudah Hamil Mengikut Cara Islam++Sesuai Untuk Suami Isteri Dan Bakal Berkahwin

Posted by Unknown  | No comments

                                     Tips Dan Petua Mudah Hamil Mengikut Cara Islam. tips mudah hamil, petua mudah dapat anak, cara mudah untuk mengandung, Amalan Untuk Mendapat Zuriat
                                                                gambar sebagai hiasan
Tips Dan Petua Untuk Mudah Hamil Mengikut Cara Islam++Sesuai Untuk Suami Isteri Dan Bakal Berkahwin | Siapa yang bergelar suami isteri di dunia ini yang tidak mahu dipanggil ayah dan ibu, siapa yang tidak mahu ada zuriat. Anak adalah anugerah Ilahi yang paling berharga, terasa sunyi jika tiada anak atau masih belum dikurniakan anak.
Firman Allah SWT dalam surah (asy-Syura: 49-50) yang bermaksud :
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Anak adalah rezeki, amatlah beruntung kepada sesiapa yang telah dikurniakan anak lebih awal dari yang lain, bersyukurlah, jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan, jangan terlalu berbangga dengan kejayaan, kerana kejayaan itu milik Allah Ta’ala, bagi kita sebagai hamba hanya mambu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kerana anak itu tercipta bukan kerana kuasa manusia.
Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah Ta’ala kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.
Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. 

Doa Dan Amalan Untuk Mendapat Zuriat
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
1. Pertama
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
2. Kedua
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
1. Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
2. Amalan kedua.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. – Ustazah Siti Nor Bahiyah
Wallahualam
Dr Fuh – Semoga saudari-saudari cepat dikurniakan cahaya mata yang soleh/solehah. Banyakkan berdoa kepadanya. In Shaa Allah dipermudahkan. Selamat mencuba icon smile Tips Dan Petua Mudah Hamil Mengikut Cara Islam
sumber
Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top