Showing posts with label Latest News. Show all posts
Showing posts with label Latest News. Show all posts

Monday, January 13, 2014

thumbnail

GEMPAR! PUSAKA SONGSANG MEMAKAN DIRI [KISAH BENAR]

Posted by Unknown  | No comments

GEMPAR! PUSAKA SONGSANG MEMAKAN DIRI [KISAH BENAR] |Kuala Lumpur: “Setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah azan, teringin juga untuk menunaikan solat, namun apakan daya. Menjadi pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci.
“Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat, menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri. Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama lebih satu dekad.”
Demikian luahan Rashid, 34, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.

Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.
sumber
KAIN mantera perlu dililit pada kaki untuk keberkesanan.

“Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Read More»

Thursday, January 9, 2014

thumbnail

TERKINI..Tewas Digoda Nafsu Songsang++Ikuti Pengakuan Beliau

Posted by Unknown  | No comments

TERKINI..Tewas Digoda Nafsu Songsang++Ikuti Pengakuan Beliau |Klang: Didikan agama diberi keluarganya jauh melebihi kebanyakan individu lain, namun itu rupa-rupanya belum cukup untuk menghalang seorang wanita daripada tewas dengan godaan nafsu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Hani itu terjebak dan terperangkap dengan aktiviti seksual sejenis. 
Di sebalik penampilannya yang berjubah dan bertudung litup, pasti tiada yang menyangka sudah 10 tahun dia terbabit dengan aktiviti menjijikkan itu. 

Hani berkata, bukan dia tidak berusaha untuk meninggalkan amalan songsang itu, namun sering kali tewas di pertengahan jalan dan kini dia sekali lagi mencuba dengan mendapatkan khidmat kaunselor profesional.
Foto
HANI menceritakan kisah hidup songsang kepada wartawan.

“Saya malu dengan Allah dan tidak sanggup menerima azab-Nya di akhirat kelak. Doakanlah semoga usaha saya kali ini berjaya,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat kaunseling di sini, semalam.
Read More»

Tuesday, January 7, 2014

thumbnail

TERBARU..Banduan Mengaku Membunuh Isterinya Dalam Keadaan Dirinya Mabuk

Posted by Unknown  | No comments

alt

TERBARU..Banduan Mengaku Membunuh Isterinya Dalam Keadaan Dirinya Mabuk |SELAYANG 6 Nov - Seorang bekas banduan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh isterinya pada minggu lalu.
 
Tertuduh, M Pugumeswaran,35, yang yang baru dibebaskan bulan lalu disabitkan tuduhan membunuh K Murugamal, 36, pada jam 9.20 malam di kediamannya di No.18, Ladang Bukit Darah, 27 Oktober lalu.
 
Pertuduhan tersebut telah dibacakan dihadapan Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri tanpa sebarang pengakuan direkodkan dari pihak suspek.
 
Mahkamah juga menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat.

Suspek dilaporkan melakukan perbuatan itu setelah menuduh isterinya menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain.

Suspek yang menggunakan pisau menikam isterinya beberapa kali di bahagian belakang badan berada dalam keadaan mabuk.
 
Mangsa sempat melarikan diri ke rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan sebelum meninggal dunia. 


Read More»

thumbnail

MELAMPAU..HONG LEONG BANK HINA ISLAM DAN BERTINDAK KEJAM KEPADA STAFF ISLAM

Posted by Unknown  | No comments


MELAMPAU..HONG LEONG BANK HINA ISLAM DAN BERTINDAK KEJAM KEPADA STAFF ISLAM | Isu Hong Leong Bank dikatakan hina islam menjadi semakin viral dan hangat dibualkan di media sosial. Sejauh mana Hong Leong Bank hina islam, anda baca sendiri apa kata mereka.

Aku dh beberapa kali tgk byk banner dipasang kt dpn Wisma Hong Leong, Jalan Perak. Kalo korang pegi lalu situ, mmg akan nmpk setiap hari tanpa henti staf bank sana buat piket bantahan.

Hati terdetik nk gi bertanya, jawapan yg aku dpt sgt menyedihkan dan mcm xpecaya.

Pengurusan Hong Leong bertindak biadap dgn sengaja menutup bilik / ruang solat di pejabat mereka. Bukan ini je isunya, selain daripada tu ;

1. Pengurusan menyuruh staf Melayu / Islam pegi cari Surau lain (di luar Wisma Hong Leong)

2. Kdg2 staf Melayu / Islam yg tpaksa pegi cari Surau di luar diberikan masa terhad. Jika dipersoalkan bkenaan masa, staf td akan diherdik kerana mencuri waktu bekerja utk menunaikan solat Zohor & Asar.

Ini realiti yg tpaksa diharungi staf Melayu / Islam di Hong Leong. Biadap pengurusan tak kenang budi. Ini permulaan umat Islam dihina walaupun di negara sendiri, Malaysia.

Cubalah boikot dan jgn beri peluang kedua kpd bank Hong Leong. Biarlah mereka bangkrap jgn kita sbg umat Islam bangkrap solat kpd Allah S.W.T


Read More»

thumbnail

KEJAM Seorang Ibu Memasukkan Cili Ke Dalam Kemaluan Anaknya

Posted by Unknown  | No comments

                                                     
                                                        gambar sekadar hiasan
KEJAM Seorang Ibu Memasukkan Cili Ke Dalam Kemaluan Anaknya |KAJANG: Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya, 11, dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri, 31, terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.
Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.
"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini.

Read More»

Sunday, January 5, 2014

thumbnail

TERBARU Mahkamah Keadilan Antarabangsa Tiada Hak Iktiraf Sultan Kepada Melaka

Posted by Unknown  | No comments

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah menunjukkan carta salasilah keturunannya di Kuala Lumpur pada 16 Julai 2010.


TERBARU Mahkamah Keadilan Antarabangsa Tiada Hak Iktiraf Sultan Kepada Melaka |MELAKA 5 Jan. - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka seperti didakwa sendiri oleh individu berkenaan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa.
Menurutnya, tidak berlaku isu perebutan dalam masalah ini, cuma Melaka telah mengguna pakai Perlembagaan negara yang menyatakan negeri ini adalah Negeri Selat.
"Justeru, Melaka ditadbir oleh wakil Persekutuan selaku ketua negeri yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri atau dahulunya dikenali gabenor yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Raja Noor Jan yang telah diiktiraf oleh ICJ sebagai Sultan Melaka pada 25 November lalu.
Menurut Idris lagi, beliau bagaimanapun turut meragui kesahihan tandatangan surat dari mahkamah berkenaan.
Katanya, beliau meminta individu berkenaan supaya menyedari tindakannya kerana rakyat di negeri ini sememangnya mengenali ilmu tentang sejarah Melaka dengan mendalam.
"Bagi saya, sesiapa pun boleh buat seperti itu dan menyuruh sesiapa untuk menurunkan tandatangan. Saya juga tidak nampak bahawa mahkamah berkenaan boleh menentukan Melaka mempunyai sultan atau tidak," tegasnya.


SUMBER
Read More»

thumbnail

TERKINI Pelawak Shiro Digam Oleh Pihak RTM Kerana Mempersenda Menteri

Posted by Unknown  | No comments


TERKINI Shiro Maharaja Lawak Mega Digam Oleh Pihak RTM Kerana Mempersenda Menteri |Penulis dapat tahu pelawak Shiro bakal digam oleh RTM gara-gara membuat lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sewaktu Konsert Jubli Emas TV Malaysia di Angkasapuri baru-baru ini.

Biarpun lawak Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, orang kenamaan dan artis veteran yang datang menyuarakan rasa tak puas hati dengan lawak mengampu Shiro itu.

Maklumlah peserta Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) dikatakan terlalu 'mencuba' menarik perhatian Pak Menteri dengan memanggilnya 'bapa mentua' setiap kali muncul di pentas.

Kalau sekali tak mengapa. Tapi disebabkan berkali-kali Shiro guna lawak yang sama sampai pengunjung yang hadir jadi panas hati. Cubaan kali pertama mungkin dipanggil lawak. Tapi apabila sudah masuk kali kedua dan ketiga, lawaknya jadi mempersenda-senda pula!

Sepatutnya tugas Shiro sewaktu acara selingan itu adalah untuk menghiburkan pengunjung. Tapi Shiro menjadikan tempat itu sebagai medan mengitar semula lawak.

penulis tak pasti sejauh mana kebenaran cerita nak kena gam ini. Kena tanya RTM sebab mereka penganjur program dan kena tanya Shiro juga apa jenis lawak yang diguna pakai malam itu!

Read More»

thumbnail

[EKSKLUSIF] PENGAKUAN IKHLAS REMAJA DAHAGA MEMADU KASIH DI 'RANJANG'

Posted by Unknown  | No comments

Pengakuan Jujur Dua Pelajar Telanjur Seawal Usia 13 Tahun
[EKSKLUSIF] PENGAKUAN IKHLAS REMAJA DAHAGA MEMADU KASIH DI 'RANJANG' |Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur. Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.
Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.
Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.
Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.
KES 1 – ADILAH, 13:
“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.
Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.
Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.
Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.
Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.
Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.
Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.
Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.
Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.
Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.
Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.
Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.
Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.
Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.
Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.
Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.
Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.
Pengakuan Jujur Dua Pelajar Telanjur Seawal Usia 13 Tahun
KES 2 – RAHMAN, 15:
“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.
Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).
Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.
Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.
Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.
Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.
Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.
Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).
Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.
Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.
Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.
Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.
Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).
Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.
Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.
Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.
Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.
Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.
Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.
Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.
Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.
Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.
Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.” – Metro

Read More»

Wednesday, January 1, 2014

thumbnail

6 Gambar Diyana Halik Ayu Bertudung

Posted by Unknown  | No comments

diyana halik bertudung
6 Gambar Diyana Halik Ayu Bertudung |  PENGHUJUNG kepada tahun 2013 menyaksikan beberapa selebriti mula berhijrah ke arah yang lebih baik iaitu berhijab.
Selain Mizz Nina, isteri kepada pelakon Aaron Aziz merangkap pengurusnya, Diyana Halik juga telah mengikut langkah yang sama, baru-baru ini.
Memang ayu sekali penampilan terbarunya melalui gambar-gambar yang dikongsikan di akaun Instagram.
Betullah kata orang, berhijab bukan penghalang untuk anda terus bergaya asalkan tidak melampaui batasan yang ditetapkan.
Semoga jejak Diyana ini akan menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain yang mahu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik selepas ini.
diyana halik bertudung 01 diyana halik bertudung 02 diyana halik bertudung 03 diyana halik bertudung 04 diyana halik bertudung 05


Read More»

thumbnail

SENSASI..Linda Onn Tidak Mahu Jumpa Wartawan,Pagar Rumah Ditutup Rapat

Posted by Unknown  | No comments

linda onn kahwin
SENSASI..Linda Onn Tidak Mahu Jumpa Wartawan,Pagar Rumah Ditutup Rapat |Ampang – Penyampai radio yang baru bergelar pengantin baru, Linda Onn enggan bertemu media bagi memberi sebarang kenyataan berhubung majlis pernikahan di kediamannya di Setia Hills, Bukit Indah di sini, petang semalam.
Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 36, yang hanya diwakili ahli keluarga juga pengarah filem, Razif Rashid berkata, penyampai Suria FM itu tidak bersedia berkongsi butiran majlis kerana sibuk melayan sanak-saudara.
Menurut Razif, butiran pernikahan itu akan dikongsi menerusi akaun Twitter miliknya menjelang malam nanti (malam tadi) bagi berlaku adil kepada semua.
“Sebenarnya kita tak jemput media pun. Majlis ini terlalu tertutup dan saya minta maaf tak dapat nak beritahu apa-apa maklumat.
“Untuk hari ini, minta maaf dia (Linda) tak bersedia jumpa (media). Dia akan kongsi (maklumat nikah) nanti,” katanya.
Terdahulu, jurugambar yang membuat liputan tidak dibenar merakamkan sebarang gambar majlis terbabit manakala wartawan pula diminta menunggu di pekarangan rumahnya sehingga majlis selesai.
Bagaimanapun, selepas majlis selesai Linda enggan bertemu media untuk ditemu ramah.
Malah, pintu pagar tertutup rapat sedangkan majlis keramaian berlangsung di dalam rumah.
Difahamkan, Linda bernikah dengan lelaki berdarah kerabat diraja Johor berstatus duda dikenali sebagai Ungku Azhar, 40-an.
Majlis pernikahan itu dipercayai berlangsung selepas solat Asar secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Tiada sebarang pengesahan mengenai maklumat pengantin lelaki dan majlis terbabit diperoleh. – Harian Metro


    sumber

    Read More»

    thumbnail

    KISAH BENAR PONDAN MENYESAL BUAT PEMBEDAHAN SERUPA WANITA

    Posted by Unknown  | No comments

    KISAH BENAR PONDAN MENYESAL BUAT PEMBEDAHAN SERUPA WANITA | Kuala Terengganu: “Semuanya sudah terlambat, saya kini mahu menjadi lelaki semula, tetapi alat kelamin saya perempuan, saya menyesal, sangat menyesal, tetapi sudah tiada guna,” kata Lianti (bukan nama sebenar).
    Dia yang kini berusia 26 tahun sanggup berhabis lebih RM100,000 untuk melakukan pembedahan membuang kemaluan lelaki dan menggantikannya dengan kemaluan wanita semata-mata mengikut naluri kewanitaan yang ada pada dirinya sejak remaja.
    Selain itu dia mengakui mahu menjadi ‘wanita’ cantik yang mampu memikat mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan wang mudah.

    Kata Lianti, keputusan melakukan pembedahan jantina dibuat pada 2003 dan sanggup terbang dan tinggal di Jepun untuk pembedahan dan rawatan susulan selama sebulan.
    Foto
    SUSUK paku bersadur emas yang dimasukkan di pipi.



    “Ketika itu apa yang saya fikirkan untuk menjadi wanita dan mencari duit mudah, saya ikutkan hati dan sanggup menempuh cabaran dan berhabis duit untuk mencapainya,” katanya kepada Harian Metro.

    Read More»

    thumbnail

    Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Pada Malam Tahun Baru 2014

    Posted by Unknown  | No comments

    Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014. Himpunan TURUN 2014, Himpunan Gulingkan Kerajaan, Ambang Tahun Baru 2014, Selamat Tahun Baru 2014

    Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Pada Malam Tahun Baru 2014 | Assalamuaalikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Alhamdulillah kita sudah pun melangkah ke tahun baru tahun 2014. Tahun 2013 memberi 1001 kenangan yang pelbagai dan ada diantaranya mungkin tidak akan dilupakan oleh kita semua.
    Seperti biasa, setiap tahun akan diadakan sambutan bagi mengalukan kehadiran tahun baru. Namun, pada malam tadi, buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari.
    Detik itu digantikan dengan sambutan  bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.
    Perkara ini terjadi dek kerana kejayaan peserta Turun memberhentikan konsert  KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.
    Disini ada beberapa keping gambar HIMPUNAN TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014 yang penulis ambil dari laman facebook dan beberapa laman blog.

    Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka

    himpunan turun dataran merdeka Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    turun 2014 Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    turun Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    himpunan turun ambang 2014 Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    himpunan turun Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    himpunan dataran merdeka 2014 Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    himpunan 2014 turun Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    ambang 2014 Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    SUMBER

    Read More»

    Tuesday, December 31, 2013

    thumbnail

    KUALA LIMPUR SAMBUTAN TAHUN BARU DIBATALKAN PESERTA PERHIMPUNAN REMPUH PENTAS

    Posted by Unknown  | No comments

    Sambutan Ambang Tahun Baru dibatalkan, peserta perhimpunan rempuh pentas utamaPESERTA perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Baru, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin
    KUALA LIMPUR SAMBUTAN TAHUN BARU DIBATALKAN PESERTA PERHIMPUNAN REMPUH PENTAS KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama di Dataran Merdeka, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

    Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan. Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi. 


    Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram.


    Read More»

    Monday, December 30, 2013

    thumbnail

    KEJAM..ISTERI LETAK CECAIR PELUNTUR DALAM UBAT TITIS SUAMI

    Posted by Unknown  | No comments

                                           

    KEJAM..ISTERI LETAK CECAIR PELUNTUR DALAM UBAT TITIS SUAMI | MICHIGAN : Seorang suami berair mata selepas bergaduh dengan isterinya. Matanya berair bukan kerana sedih dengan pergaduhan itu sebaliknya kerana isterinya memasukkan peluntur dalam ubat titis matanya.

    Isterinya, Kristy Ryan McDermed telah menukar ubat mata suaminya itu pada pertengahanOktober lalu.
    Nasib baik, insiden itu tidak menyebabkan kerosakan kekal kepada mata lelaki berkenaan, meskipun dia menahan kesakitan yang amat sangat.
    “Dia dapat merasakan bau terbakar.

    “Saya tidak pernah melihat kes seperti ini sepanjang 18 tahun saya bekerja, Sungguh menakjubkan bagaimana mangsa hanya mengalami kecederaan ringan,’’ kata jurucakap polis.
    Berikutan itu, Kristy telah dihadapkan ke mahkamah dan dia kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 93 hari dan denda $500 dolar.

    Polis bagaimanapun menyiasat dakwaan Kristy bahawa dia adalah mangsa keganasan rumah tangga. 



    Read More»

    thumbnail

    PESANAN...SILA PERIKSA MANGKUK TANDAS SEBELUM MENGGUNAKANNYA++HATI-HATI ADA KAMERA YANG MERAKAM

    Posted by Unknown  | No comments



    PESANAN...SILA PERIKSA MANGKUK TANDAS SEBELUM MENGGUNAKANNYA++HATI-HATI ADA KAMERA YANG MERAKAM | Utk kali ini blog penulis ingin berkongsi Info yang Menarik tentang Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di kawasan sekeliling. Ini bukti apa yang terjadi pada masa kini. Saya terpaksa muat naik gambar ini agar anda tahu kedudukan kamera tersebut.

    P/S : Berita ini baru saja saya terima dari seorang rakan baik saya. Dia terkejut apa yang dia lihat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya manusia akan rasageli jika terdapat kotak kecik, kotak rokok, kotak tisu, pembalut tisu, tuala wanita dan sebagainya.
    Mesti anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu. Bagi anda adalah ia seperti sampah bukan. Tetapi awas!!! ia benar-benar terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika berada dalam tandas.






    Read More»

    thumbnail

    NGERI!! SUPERBIKE PUTUS DUA DI ULU YAM

    Posted by Unknown  | No comments



     
    NGERI!! SUPERBIKE PUTUS DUA DI ULU YAMSeorang penunggang Ducati Monster terlibat dalam kemalalngan ngeri di Ulu Yam. Beliau sudah pun dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Penunggang tersebut yang dilaporkan telah hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan yang menyebabkan jentera mangsa terputus dua. Alhamdulillah, penunggang tersebut diberitakan cuma cedera ringan. 











    SUMBER

    Read More»

    Sunday, December 29, 2013

    thumbnail

    [GAMBAR] LUAHAN HATI IBU BILA TENGOK ANAK DIPUKUL PENGASUH++SEBESAR MANALAH DOSA SI KECIL

    Posted by Unknown  | No comments

                                Rintihan Hati Seorang Ibu Apabila Lihat Anak Dipukul Pengasuh
    [GAMBAR] LUAHAN HATI IBU BILA TENGOK ANAK DIPUKUL PENGASUH++SEBESAR MANALAH DOSA SI KECIL |Sebaik penulis membuka Facebook petang ini, ternampak sebuah status tentang luahan hati seorang ibu yang kecewa apabila anaknya dipukul oleh pengasuh tempat dia menghantar anaknya itu.
    Penulis pun sebak pasal ada anak sendiri dan tak terbayang kalau benda yang sama berlaku kepada anak penulis.
    Kepada ibu kanak-kanak ini, penulis hendak nasihat beberapa perkara.
    Pertama, pergilah buat laporan polis kerana pengasuh itu tidak ada hak untuk memukul anak anda sampai begitu sekali.
    Kalau kejadian ini berlaku di pusat asuhan, apa nasib anak-anak orang lain… mungkin lagi teruk. Biarlah ibu bapa lain mula beringat.
    Ini nasib baik sempat tengok bekas kat muka anak… yang tak sempat tengok berapa banyak agaknya?
    Tak guna buat laporan kat Facebook… buat laporan kepada pihak berkuasa.
    Keduanya, berhentilah dari menghantar anak ke pengasuh itu. Penulis cakap ini berdasarkan pengalaman.
    Baru beberapa hari lepas penulis membaca kisah seorang budak mati akibat didera pengasuh. Malangnya, abang kepada kanak-kanak itu pernah memberitahu kepada ibunya bahawa adik didera di tempat itu tetapi ibunya tidak bertindak.
    Kalau ikut penulis, ibu seperti ini seharusnya dibicarakan atas tuduhan bersubahat membunuh kerana anaknya didera berulang kali oleh pengasuh… mustahil dia tak perasan luka-luka yang wujud.
    Namun itulah, tak nak susah sikit…. budaya sesetengah perempuan ni… kalau demi jantan boleh buat apa sahaja, demi anak… sikit slow.
    Pernah juga masa berkerja di syarikat lain sebelum ini, seorang pekerja syarikat yang sama dengan penuh niat menghantar anaknya ke pusat asuhan haram kerana dia kata murah.
    Itu lulusan universiti tu… tapi otak tahap mangkuk jamban aje.
    Percayalah… bukan soal dia takda duit dia cakap camtu… laki bini gaji boleh tahan besar… sorang tu aje anak… tetapi keutamaan kepada gajet dan telefon lebih pada keselesaan anak.
    Kalau dia memang susah, penulis tak buat contoh kat sini.
    So, berbalik kepada ibu dalam kes gambar di atas… diharap anda bukan dalam kategori esok hantar balik anak kepada pengasuh yang sama atau mahu yang murah.
    Demi anak, ikat perut la kalau terpaksa… tapi pastikan mereka dapat yang terbaik.
    Sedikit silap, nyawa pun boleh melayang.


    Jadi kepada ibu yang berkenaan, sila la bertindak dengan sewajarnya dan jangan bersikap ala takpe… lepas tak buat dah KOT.

    Read More»

    thumbnail

    GOSIP PANAS! FAZURA DEDAHKAN SKANDAL NEELOFA DENGAN TOKOH KORPORAT

    Posted by Unknown  | No comments



    GOSIP PANAS! FAZURA DEDAHKAN SKANDAL NEELOFA DENGAN TOKOH KORPORAT | Semalam, kita dikejutkan dengan cerita khalwat pelakon dan pengacara jelita, Noor Neelofa Mohd Noor dengan seorang ahli korporat.
    Namun, Neelofa dan pengurusnya sudah menafikan dakwaan tersebut, malah pelakon itu meminta semua pihak menghentikan cerita yang tidak berasas itu.
    Apa yang menariknya, selepas berita itu tersebar meluas di dada-dada akhbar, seorang lagi pelakon jelita yang kini sedang bercuti di Los Angeles iaitu Fazura sempat memuat naik status yang seakan-akan memerli seseorang.
    Fazura menulis, “rasanya sudah sampai masa orang di luar sana mengetahui perkara sebenar tentang kamu dan juga suami M seperti mana yang kami tahu. ALLAH maha besar. shameonyou”.

    Adakah tweet itu ditujukan buat Neelofa dan seorang tokoh perniagaan yang merupakan suami kepada seorang selebriti popular itu?
    Entahlah, hanya Fazura yang mengetahui kepada siapa pesanan itu ditujukan.
    Seperti yang peminat sedia maklum, hubungan di antara Fazura dan Neelofa memang tidak berapa baik sejak dari dahulu lagi ketika Fazura sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja dari selatan tanah air.

    Read More»

    Tokoh Kita Hari Ini

      If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

    Discussion

    Tags

    Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
    back to top