Showing posts with label ngeri. Show all posts
Showing posts with label ngeri. Show all posts

Monday, January 20, 2014

thumbnail

GAMBAR PELIK 10 GAMBAR HIDUPAN LAUT YANG PELIK DAN MENAKUTKAN

Posted by Unknown  | No comments

GAMBAR PELIK 10 GAMBAR HIDUPAN LAUT YANG PELIK DAN MENAKUTKAN
Banyak misteri dalam dunia lautan yang kita tak tahu. Dalam keghairahan manusia terkinja-kinja ingin mengetahui sesuatu yang di luar perut bumi, masih banyak lagi ilmu dan khazanah di dalam bumi yang masih kita tiada pengetahuan mengenainya.
Benarlah, bahawa manusia ini hanya memiliki setitis dari selautan ilmu yang diberikan oleh Tuhan. Namun, terima kasih kepada mereka yang bersedia untuk menongkah segala risiko, segala cabaran untuk memberikan pengetahuan kepada orang lain.
Jika tidak kerana mereka, kita pasti tidak tahu apa lagi yang ada dalam dunia kita yang serba uzur ini.
Mari saksikan seleksi 10 hidupan lautan yang pelik dan mungkin menakutkan buat sesetengah dari anda.
Blob Fish
Chimaera Pup Fish
Chimaera Fish
Fangtooth
Gunard Fish
Lizard Fish



Oreo Dory
Prickley Shark
Red Stone Crab
Viper Fish
Read More»

Wednesday, January 15, 2014

thumbnail

MENAKUTKAN! KISAH BENAR TUKANG GUNTING YANG KEJAM

Posted by Unknown  | No comments


MENAKUTKAN! KISAH BENAR TUKANG GUNTING YANG KEJAM |Pada awal kurun ke19, ada sebuah kedai gunting rambut. kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap hari tokey kedai ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, “Mahu potong kepala?”. Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawap, “Tak lah, saya nak potong rambut” akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawap “Ya” dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntikkan ubat Anesthesia secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak.

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Tidah boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.

Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.

 takmungkinbenar

Read More»

Tuesday, January 14, 2014

thumbnail

BERITA TERKINI GEMPAR PASANGAN WARGA EMAS MAUT DI LANGAR KOMUTER

Posted by Unknown  | No comments


BERITA TERKINI GEMPAR PASANGAN WARGA EMAS MAUT DI LANGAR KOMUTER   KAJANG: Cubaan sepasang suami isteri warga emas melintasi landasan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) membawa padah apabila kedua mereka maut selepas dirempuh komuter dalam kejadian di Jalan Reko, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, pasangan terbabit dipercayai dalam perjalanan kembali rumah selepas membeli beberapa barangan dapur di kedai runcit bersebelahan landasan berkenaan.
Mangsa, Md Nor Lian, 69, yang tidak bekerja bersama isterinya Noriah Mat Ani, 65, maut selepas mengalami kecederaan parah akibat dirempuh komuter terbabit.

Kedua mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter berhampiran longkang di tepi landasan berkenaan dipercayai tercampak akibat impak perlanggaran terbabit.

Difahamkan pemandu komuter terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang selepas insiden berkenaan.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Read More»

thumbnail

PENGALAMAN NGERI YANG DICERITAKAN OLEH PEMANDU KOMUTER DI KUALA LUMPUR

Posted by Unknown  | No comments

komuter
PENGALAMAN NGERI YANG DICERITAKAN OLEH PEMANDU KOMUTER DI KUALA LUMPUR |Kuala Lumpur: “Selama tiga hari saya demam dan seminggu hidung asyik menghidu bau mayat hingga tidak lalu makan terutama daging kerana terbayang seolah-olah mayat itu berdiri di depan mata,” kata Zaid Ibrahim, 43, menceritakan pengalaman pahitnya ketika menjadi pemandu komuter di ibu negara dari 1995 hingga 2009.
Dalam kejadian pada 1996 itu, kereta api yang dipandu lelaki itu merempuh tujuh pejalan kaki yang hendak melintas rel dari jarak dekat hingga dia tidak mampu mengelak lalu melanggar semua mangsa di laluan Kepong-Sungai Buloh. “Apa yang menyedihkan, enam daripada mangsa meninggal dunia manakala seorang cedera dan ia menghantui hidup saya seketika kerana sejak itu saya trauma untuk makan daging.
“Lama juga saya cuba melupakan kejadian itu akhirnya saya anggap ia pengalaman yang mematangkan diri,” katanya yang kini menjawat tugas sebagai Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di kawasan Tumpat dan Manik Urai, Kelantan.
Selain itu, menurut lelaki berasal dari Pasir Puteh ini, dia juga pernah berdepan kejadian lelaki warga emas yang menyorok di bawah pagar untuk cubaan membunuh diri dengan terjun secara tiba-tiba di lintasan kereta api ketika membawa penumpang ke stesen Kajang. Katanya, dia bernasib baik sempat menekan brek secara mengejut, sekali gus menyelamatkan lelaki itu daripada terbunuh.
“Melihat dia terbaring, saya segera mendekati lelaki itu. Saya memarahinya dengan mengatakan dia menyusahkan orang lain, tapi dia langsung tidak melawan. “Lelaki itu kemudian menyatakan dia mengalami masalah rumah tangga kerana isterinya berkeras mahu menetap di Sarawak dan enggan ke Semenanjung sedangkan dia bekerja di ibu kota, bahkan semua anaknya belajar dan bekerja di Kuala Lumpur.
“Selepas itu lelaki berkenaan menangis terisak-isak kerana kesal dengan perlakuannya yang tidak matang kerana cuba membunuh diri. Dia kemudian berkali-kali memohon maaf kepada saya serta insaf dengan perbuatannya itu,” katanya.
Menariknya beberapa tahun kemudian, lelaki itu menjadi rakan baik Zaid dan menyatakan sudah menceraikan isteri serta berkahwin lain, selain menghantar hamper pada setiap musim perayaan sebagai pernyataan terima kasih kerana pernah menyelamatkannya.

Read More»

Monday, January 13, 2014

thumbnail

SADIS! WANITA MEMBUNUH SAHABAT BAIK SENDIRI++KISAH BENAR

Posted by Unknown  | No comments


Allahyarham Juliana Md. Fuzi
SADIS! WANITA MEMBUNUH SAHABAT BAIK SENDIRI++KISAH BENAR | Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!


hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu
bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati
namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
 “Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan ituadalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.

panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki

Mengapa aku bercakap mengenai kes ini?
pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!
pusara Allahyarham

kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam blog http://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut
korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini…http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html

akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua


Read More»

Saturday, January 11, 2014

thumbnail

KEJAM..Mayat Remaja Perempuan Dibunuh Dan Dibakar

Posted by Unknown  | No comments

KEJAM..Mayat Remaja Perempuan Dibunuh Dan Dibakar |Batu Gajah: Seorang gadis ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila mangsa yang berusia awal 20-an dipercayai dipukul di kepala sebelum dibakar hingga tinggal tulang.
Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang dan dibakar di kawasan pembuangan sampah berhampiran jalan Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh orang awam yang terserempak dengan mayat mangsa sekitar jam 2.15 petang semalam.

Menurutnya, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat seorang gadis yang terbakar seluruh tubuh hampir 95 peratus.
Foto
LOKASI mayat mangsa ditemui rentung berhampiran tempat pembuangan sampah di Kawasan Perindustrian Pengkalan 2, Batu Gajah, Perak.



“Siasatan mendapati kawasan pembuangan sampah berhampiran Kampung Sri Rahmat, di sini, agak terpencil dan lengang terutama pada waktu malam.

Read More»

thumbnail

Hotel Berhantu Yang Paling menyeramkan Di Amerika++Roh Berkeliaran

Posted by Unknown  | No comments


Hotel Berhantu Yang Paling menyeramkan Di Amerika++Roh Berkeliaran |Dibangunkan tahun 1886, hotel ini dirancang oleh arkitek terkenal Isaac L. Taylor dan diberi nama Mecca pada awal abad 19.



"Hotel Cresent" ini dipercayai sebagai hotel paling seram di Amerika kerana berhantu.

Menurut cerita, ketika hotel ini mengalami kejatuhan, hotel ini telah dijadikan sebagai sebuah sekolah. Pada  tahun 1937 hotel tersebut telah dibeli oleh seorang doktor bernama Norman Baker. Dia telah mendirikan sebuah yayasan untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Walau bagaimanapun, para pesakit yang datang untuk berubat dikatakan tidak ada yang sembuh dan akhirnya meninggal di hospital tersebut.

Sejak itulah, bayangan hantu pesakit yang meninggal di hospital tersebut dilihat sering berkeliaran dan sering muncul dihadapan para pengunjung.

sumber
Read More»

Wednesday, January 8, 2014

thumbnail

SERAM Misteri Sumpahan Pocong++MESTI BACA

Posted by Unknown  | No comments


SERAM Misteri Sumpahan Pocong++MESTI BACA |Sumpah pocong yang konon merupakan tradisi masyarakat pedesaan adalah sumpah yang dilakukan oleh seseorang dengan kondisi terbalut kain kafan layaknya orang yang telah meninggal.

Sumpah ini diamalkan dengan tata cara yang berbeza, misalnya pelaku sumpah tidak dipocongi tapi hanya diselubungi kain kafan dengan posisi duduk.
Sumpah pocong biasanya dilakukan oleh pemeluk agama Islam dan dilengkapi dengan saksi dan dilakukan di rumah ibadah (masjid). Di dalam hukum Islam sebenarnya tidak ada sumpah dengan mengenakan kain kafan seperti ini. Sumpah ini merupakan tradisi tempatanyang masih kental menerapkan norma-norma adat. Sumpah ini dilakukan untuk membuktikan suatu tuduhan atau kes yang sedikit atau bahkan tidak memiliki bukti sama sekali.

Smpah ini dikenal sebagai sumpah mimbar dan merupakan salah satu pembuktian yang dijalankan oleh pengadilan dalam memeriksa perkara-perkara perdata, walaupun bentuk sumpah pocong sendiri tidak diatur dalam peraturan Hukum Perdata dan Hukum Acara Perdata. Sumpah mimbar lahir kerana adanya perselisihan antara seseorang sebagai penggugat melawan orang lain sebagai tergugat, biasanya berupa perebutan harta warisan, hak-hak tanah, hutang-piutang, dan sebagainya.

Dalam suatu kes perdata ada beberapa tingkatan bukti yang layak diajukan, pertama adalah bukti surat dan kedua bukti saksi. Ada kalanya kedua belah pihak sulit menyediakan bukti-bukti tersebut, misalnya soal warisan, turun-temurunnya harta, atau hutang-piutang yang dilakukan antara almarhum orang tua kedua belah pihak beberapa puluh tahun yang lalu.

Bila hal ini terjadi maka bukti ketiga yang diajukan adalah bukti persangkaan iaitu dengan meneliti rentetan kejadian di masa lalu. Bukti ini agak rawan dilakukan. Bila ketiga macam bukti tersebut masih belum cukup bagi hakim untuk memutuskan suatu perkara maka dimintakan bukti keempat iaitu pengakuan. Mengingat letaknya yang paling akhir, sumpah pun menjadi alat satu-satunya untuk memutuskan sengketa tersebut. Jadi sumpah tersebut memberikan kesan langsung kepada pemutusan yang dilakukan hakim.
Sumpah ada dua macam iaitu Sumpah Suppletoir dan Sumpah Decisoir. Sumpah Supletoir atau sumpah tambahan dilakukan apabila sudah ada bukti permulaan tapi belum boleh meyakinkan kebenaran fakta, kerananya perlu ditambah sumpah. Dalam keadaan tanpa bukti sama sekali, hakim akan memberikan sumpah decisoir atau sumpah pemutus yang sifatnya, menyelesaikan perkara. Dengan menggunakan alat sumpah decisoir, putusan hakim akan semata-mata tergantung kepada bunyi sumpah dan keberanian pengucap sumpah.

Agar memperoleh kebenaran yang hakiki, kerana keputusan berdasarkan semata-mata pada bunyi sumpah, maka sumpah itu dikaitkan dengan sumpah pocong. Sumpah pocong dilakukan untuk memberikan dorongan psikologis pada pengucap sumpah untuk tidak berdusta.



Read More»

Sunday, January 5, 2014

thumbnail

SERAM BERDASARKAN KISAH BENAR..Misteri Sumpahan Aisyah++Fikir Banyak Kali Sebelum Membaca Cerita Ini

Posted by Unknown  | No comments

SERAM BERDASARKAN KISAH BENAR..Misteri Sumpahan Aisyah++Fikir Banyak Kali Sebelum Membaca Cerita Ini |Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.


Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

sumber
Read More»

thumbnail

Kisah Mistik..Gangguan Penunggu Homestay Di UUM Sintok Kedah

Posted by Unknown  | No comments


                   gambar sekadar hiasan

Kisah Mistik..Gangguan Penunggu Homestay Di UUM Sintok Kedah
|Rasanya tak banyak cerita mengenai pengalaman seram di Homestay. Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman
 seram kami sekeluarga ketika menginap di sebuah homestay di Jitra, Kedah ketika menghadiri majlis konvokesyen
 di UUM.

Memandangkan adik saya sekeluarga ingin menghadiri majlis konvokesyen saya, jadi kami berpendapat adalah lebih
jimat sekiranya kami menyewa Homestay daripada hotel. Kami sampai di homestay tersebut dalam pukul 4 petang
 dan homestay berkenaan merupakan rumah teres 2 tingkat. Rumah tersebut memang cantik dan bersih.

Sekembalinya daripada makan malam di kawasan berhampiran, kami perasan ada bau wangi dalam rumah tersebut
 tapi kami beranggapan mungkin ianya bau pewangi yang diletakkan di dalam rumah tersebut. Selepas berborak, bapa
saya naik ke atas untuk merehatkan diri dan saya dan adik saya terus berborak di bawah. Semasa saya sedang
 mencuci cawan di dapur, tercium bau seperti bau pandan yang agak kuat dari bilik mandi yang terletak di dapur.
Tak semena sema bulu roma saya berdiri dan kaki terasa lain sahaja. Percaya atau tidak, saya nampak lembaga putih
 keluar drpd lorong kecil yang terletak bersebelahan dengan bilik mandi tersebut. Yang saya ingat, lembaga putih tu
 tak solid, mcm cahaya lampu kalimantang sahaja tapi di bahagian muka, nampak hitam sahaja.Saya terus berlari naik
 ke atas.

Malam tu, saya bermimpi yang lembaga tu marah sebab saya ganggu tempat dia. Bapa saya pula kena ganggu semasa
 tidur. Lembaga tu datang dan berdiri sebelah bapa saya dan suruh bapa saya bawa kami sekeluarga keluar dari
 rumah tu. Adik saya sekeluaga pun tak boleh nak tidur. Laki dia bagitau yang dia nampak lembaga putih sedang
 merenung mereka kat penjuru bilik. Malah, ketika beliau turun ke dapur pada waktu malam, dia nampak ada lembaga
 tu sedang berdiri di singki dan menyebabkan beliau tidak jadi minum.

Memandangkan sessi konvokesyen saya pada waktu pagi, saya memandu sorang diri ke UUM selepas waktu subuh
 manakala bapa dan keluarga yang lain akan menyusul kemudian. Percaya atau tidak, semasa saya memandu keluar
 dari kawasan rumah berkenaan, saya nampak ada lembaga hitam duduk di kerusi belakang. Yang lebih teruk,saya
 langsung tak nampak jalan apabila saya melihat cermin pandang belakang. Yang saya nampak, cuma hitam sahaja
 walhal di kiri kanan lampu jalan menyala sampai saya tersesat dan memandu menghala arah pulang ke Kuala Lumpur. Sampai di tol Hutan Kampung, baru saya perasan ada yang tak kena dan saya terus membaca ayat kursi dan 3 Qul dan berdoa akan segalanya dipermudahkan. Syukurlah saya
berjaya juga ke UUM Sintok tepat pada masanya.

Esoknya, semasa kami bertolak balik ke Kuala Lumpur, jiran sebelah rumah bertanya kepada saya samada kami ada
 mengalami benda pelik atau pun tidak semasa menginap di homestay tersebut. Menurutnya, memang mereka
 perasan ada yang tak kena dengan rumah tersebut dan tuan rumah tersebut pun hanya tinggal di rumah berkenaan
 tak sampai setahun sebab ada gangguan. Malah, banyak penyewa
 homestay berkenaan yang kena ganggu. Mcm mana pun, bagi saya homestay berkenaan memang selesa cuma
 gangguan drpd 'penghuni' yang tidak nampak sahaja yang menyebabkan kami tidak selesa.

sumber
Read More»

thumbnail

KISAH SERAM PENGALAMAN DIGANGGU HANTU DI ASRAMA MRSM

Posted by Unknown  | No comments



        Gambar sebagai hiasan

KISAH SERAM PENGALAMAN DIGANGGU HANTU DI ASRAMA MRSM |PENGALAMAN SERAM?PASTI KORANG PUN PERNAH MERASA YE DAK?TERUTAMA BUDAK-BUDAK YG TINGGAL KAT ASRAMA...

MEH AKU CERITA SERBA SEDIKIT PENGALAMAN AKU SEPANJANG BERGELAR PELAJAR ASRAMA..

NAK DIJADIKAN CERITA, ADELA SEHARI NI AKU BELAJAR KAT TANGGA TINGKAT 4(seriously tak dapat belajar dalam bilik,pasal roomate sumer jenis yang melalak2 waktu malam),MASE TU AGAK2 DALAM PUKUL 12 MALAM KOT(aku ni jenis yang belajar waktu malam,pagi petang aku tido,even dalam kelas Madam Sahlawati Guru Cemerlang mathematics yang garang(er,ye ke,..tegas je kot) pun aku tido..haha)..

TENGAH SYOK2 BELAJAR,TETIBA TERTIDUR KAT TANGGA..ESOKNYA,DALAM PUKUL 4 PAGI,AKU TERBANGUN..DAN AKU MENDAPATI DIRIKU BERADA DI ATAS KATIL..tapi aku tetap fikir positive,mungkin aku berjalan balik bilik dalam keadaan tak sedarkan diri...think positive think positive..


MALAM KEESOKAN HARINYA, MAKTAB DIGEMPARKAN DENGAN KES BUDAK POMPUAN FORM 2 KENA RASUK!!!

DAN ORANG YANG PALING TAKUT MASA TU ADALAH AKU (sebenarnya aku bukanla penakut, tapi aku cuma takut kes ni ada kaitan dengan kes aku malam sebelumnya)

ORANG KATA ADA "BUDAK BUNIAN"(FAHAM2 JE LA) YANG NAK BERKAWAN NGAN BUDAK MAKTAB AKU TU,SO DIA BAWAK LA LARI BUDAK POMPUAN TU..CIKGU2 PUSING SATU MAKTAB CARI,LAST2 JUMPA DEKAT KAWASAN TANGKI AIR (TEMPAT TU MEMANG AGAK KERAS LA)..

I BET,KALAU KORANG JADI AKU,CONFIRM AKAN TERLINTAS KAT KEPALA HOTAK KORANG,

"entah-entah budak bunian tu yang bawak aku masuk bilik semalam...ataupun..
entah2 budak bunian tu nak larikan aku,tapi tak jadi sebab mungkin aku ni tak sesuai jadi kawan dia,sebab tu dia hantar aku masuk bilik dan culik budak lain"


AKU TAK PERNAH CERITAKAN PENGALAMAN NI KAT SAPA2,KECUALI BESTFRIEND AKU MASA TU,LINA

SEJAK HARI TU,KITORANG PUN "PAGARKAN" SEMULA ASRAMA KITORANG YANG KONON2 DAH BOCOR DISEBABKAN BATCH KITORANG(AH,FITNAH!) DENGAN BACAAN2 SURAH TERTENTU..

DAN SEJAK HARI TU, AKU DAH TAK BERAPA BERANI NAK BELAJAR DEKAT TANGGA LAGI DAH..(TAPI AKU MASIH TETAP BUAT..hihi)

ITU KES PERTAMA,KES KEDUA?
NAH!

ORANG KATA AKU KUAT BELAJAR?YA MUNGKIN..TAPI AKU TAK DAPAT APA2 ANUGERAH MASA MAJLIS GRADUASI..MUNGKIN KALAU ADE ANUGERAH PELAJAR PALING BERDISIPLIN,AKU SALAH SORANG CALONNYA..
HAHA?PERASAN SUNGGUH..

KES KEDUA NI PUN BERLAKU MASA AKU TENGAH BELAJAR DI BILIK REKREASI ARAS 1..

NAK DIJADIKAN CERITA,HARI TERSEBUT AKU BELAJAR SAMPAI PUKUL 4 PAGI..(AKU WAJIB BELAJAR SEBAB SEPANJANG HARI AKU TIDUR)..

DALAM BILIK TERSEBUT CUMA ADA AKU DAN FARAH..

HAMPIR SETIAP MALAM,PELAJAR2 YANG SEDANG BELAJAR AKAN DIKEJUTKAN DENGAN BUNYI PINTU YANG DIKETUK..(EH BUKAN,DIGONCANG SOUNDS BETTER)..DAN BUNYINYA AMAT KUAT..DAN KITORANG YANG DAH TERBIASA BUAT TAK TAU JE BUNYI TU..

KEMUDIAN,DALAM PUKUL 3 LEBIH A.M, FARAH KELUAR UNTUK KE TANDAS,TINGGALLAH AKU SORANG DALAM BILIK TERSEBUT..

SEJURUS SAJA FARAH KELUAR,BUNYI GONCANGAN PINTU SEMAKIN MENJADI2..MACAM ORANG MENGAMUK PULAK BUNYINYA..DAN APA YANG AKU PERASAN, BUNYI TERSEBUT AKAN MENGGILA APABILA KITA BERSEORANGAN .. KALAU ADA TEMAN,BUNYINYA TAK LAH TERLAMPAU KUAT MACAM YANG AKU RASA PAGI TERSEBUT.. 

MULA2 AKU BIARKAN JE, TAPI LAMA KELAMAAN AKU DAH FED UP, AKU KEMAS BUKU2 DENGAN CARA YANG AGAK KASAR (MARAH BENO RASENYE MASE TU)..YE LA SAPA TAK MARAH,TENGAH SYOK2 BERSEMANGAT NAK BELAJAR TETIBA ADE BENDE GANGGU..DAN AKU MELURU KE ARAH PINTU YANG SEDANG MENGGILA BUNYINYA(ADE BUNYI JE,PINTU TAK BERGONCANG PON)..FUH,NASIB BAIK TAKDE BENDE PUTIH LALU KAT DEPAN..

AKU TUNGGU FARAH KAT LUAR,THEN AKU TANYE FARAH,NAK TERUSKAN LAGI KE ATAU NAK MASUK TIDO?

FARAH KATA DIA NAK TERUSKAN,SO AKU PUN FOLLOW LA..

MASUK BALIK BILIK REKREASI,PINTU BERBUNYI LAGI..MUNGKIN PENUNGGU MARAH SEBAB GANGGU KAWASAN DIA KAN..AKU PANDANG FARAH,FARAH PANDANG AKU..THEN AKU KATA..

"FARAH,BIARKAN JE"

KITORANG PEKAKKAN TELINGA DALAM SETENGAH JAM, KEMUDIAN MASUK BILIK PUKUL 4.30AM ,DAN TIDO..
AKU TAK TAHU PUKUL BERAPA FARAH BANGUN DARI LENANYA..AKU AGAK2 PUKUL 6 KOT..HAHA..SUBUH DAH NAK ABEH DAH FARAH OII..BIAR BETIK KO FARAH..DEKAT SWK NI PKUL 6 DAH TERANG MENDERANG DAH..AKU OK LA JGK SBLM PKUL 5.30 AKU DAH BANGUN DAH..

MORAL OF THE STORY:SEMANGAT BELAJAR YANG BERKOBAR-KOBAR MAMPU MELAWAN PERASAAN TAKUT DALAM DIRI,TAK KESAH LA WAKTU TU TERNAMPAK BENDA PUTIH KE,BUDAK KECIK SESAT KE..INSYAALLAH TAKKAN RASA TAKUT..


Read More»

Friday, January 3, 2014

thumbnail

Ngeri !! Gambar Ular Makan Manusia Hidup-Hidup !

Posted by Unknown  | No comments

Ngeri !! Gambar Ular Makan Manusia Hidup-Hidup ! | Gambar-gambar di bawah merupakan gambar sebenar kejadian ular memakan manusia hidup-hidup.Kisah ini berlaku di Kalimantan, Indonesia di mana tiga adik-beradik tidur di dalam hutan.

Apabila dua orang adik-beradik ini terjaga,mereka mendapati yang sorang lagi sudah 'bertukar' menjadi ular sawa.

Anda boleh melihat dua gambar dengan isi dalamnya orang,dan gambar terakhir adalah gambar semasa di lapah/dipotong ular tersebut..memang ngeri !

Jadi, berhati-hatilah jika nak bermalam/camping dalam hutan..







Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top