Showing posts with label gempar. Show all posts
Showing posts with label gempar. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

thumbnail

KISAH BENAR SEORANG LELAKI DI TEGUR PUTERI BUNIAN DI GUNUNG NUANG

Posted by Unknown  | No comments


               

KISAH BENAR SEORANG LELAKI DI TEGUR PUTERI BUNIAN DI GUNUNG NUANG |  Seorang  lelaki di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, Rozi Sarip memiliki pengalaman selama 13 tahun menjadi pemandu arah pendaki-pendaki yang ingin mendaki Gunung Nuang melalui kampung kelahirannya.

Lelaki yang gemar tersenyum ini pernah melakukan pelbagai pekerjaan seperti pekerja kontrak, juruukur jalan dan pemetaan hutan.

Namun, selepas lebih 10 tahun merantau sekitar Semenanjung Malaysia mencari rezeki, lelaki yang mempunyai lima orang zuriat ini kembali ke kampung asalnya.

Hidupnya agak sederhana. Selain mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, pendapatan utamanya ialah sebagai pemandu arah.

“Jika ada tetamu yang datang ke rumah, saya minta mereka bawa sahaja buah-buahan milik saya pulang kerana kuantitinya terlalu banyak setiap kali tiba musim buah,” cerita Rozi.

Namun, lelaki ini ada kisahnya yang tersendiri. Jika mendaki gunung, pasti dia akan memakai baju sejuk dan seluar jean.

Selain itu, Rozi hanya menggunakan selipar sebagai alas kakinya.


Orang bunian

Namun, Rozi juga teruja berkongsi kisah misteri yang pernah dialaminya di Gunung Nuang.

Pada tahun lepas, dia membawa sekumpulan pelajar universiti tempatan mendaki Gunung Nuang.

“Pendakian itu berlaku seperti biasa dan para peserta dapat bermesra dengan Orang Asli yang menetap di kaki bukit yang terletak 5,000 meter dari aras laut.

“Sebelum sampai ke puncak, mereka sempat bermandi-manda di kawasan air terjun selain berkhemah pada waktu malam,” ujarnya.

Namun, semasa dalam perjalanan pulang, dia terdengar suara wanita memberikan salam selain bertanya tujuan mereka mendaki gunung itu.

“Suara itu memberikan salam sebanyak tiga kali dan dia bertanyakan tujuan kami ke hutan itu. Pada mulanya, saya hanya mendiamkan diri sebelum menjawabnya.

“Saya berkata dalam hati bahawa rombongan saya sekadar ingin menumpang lalu dan tidak mempunyai niat lain,” kata Rozi.

Tambahnya, di hutan belantara itu bukan sahaja dipenuhi dengan flora dan fauna tetapi ia turut didiami makhluk halus dan jin.

“Justeru, adalah sebaik-baiknya kita meminta izin selain membaca doa tertentu (ketika berada di dalam hutan). Bukan menyekutukan Allah SWT tetapi berdoa supaya aktiviti yang dilakukan itu menjadi mudah tanpa sebarang gangguan,” katanya.


Rozi juga tidak dapat melupakan pengalamannya semasa dia menjala ikan di sebuah sungai di Janda Baik.

“Semasa itu, saya pergi menjala ikan bersama sepupu tetapi selepas dua jam, saya masih belum mendapat hasilnya.

“Saya dan sepupu berasa pelik kerana sebelum ini kami mendapat banyak tangkapan ikan kerana sungai itu sememangnya kawasan lubuk ikan,” katanya.

Namun, secara tiba-tiba, mereka ternampak kelibat seorang wanita berpakaian warna putih yang sedang membasuh baju.

“Wanita itu memakai baju berwarna putih sambil membasuh baju. Tetapi, saya tidak dapat melihat wajahnya kerana cuaca yang gelap.

“Paling mengejutkan, sepanjang wanita itu membasuh baju, tiada terdapat buih serbuk pencuci sedangkan berdasarkan fikiran logik, jika seseorang itu membasuh pakaian pastinya dia akan menggunakan serbuk pencuci,” katanya.

Rozi menganggap wanita itu ialah orang bunian.

“Saya kemudian berkata dalam hati meminta kebenaran untuk menjala ikan di kawasannya untuk menyara keluarga. Secara tiba-tiba wanita itu ghaib.

“Saya kemudian menjala ikan di kawasan wanita tadi dan agak mengejutkan saya dan sepupu memperolehi ikan sebanyak tiga guni beras selain bersaiz besar.

“Tetapi, ada juga syaratnya iaitu tidak boleh ditebar melebihi tiga kali kerana mungkin orang bunian itu juga memakan ikan di kawasan terbabit

“Sebenarnya hutan belantara ini memang banyak misteri yang tersembunyi,” katanya.

Read More»

thumbnail

KISAH BENAR BAYI PEREMPUAN 7 BULAN TERKENA BADI MAYAT

Posted by Unknown  | No comments


KISAH BENAR BAYI PEREMPUAN 7 BULAN TERKENA BADI MAYAT | Terdapat sebuah kisah mengenai seorang bayi kecil yang terkena badi mayat apabila salah seorang dari ahli keluarganya telah menziarahi jenazah yang telah meninggal dunia di salah satu tempat. Kemudian apabila pulang tempat ziarah, ia terus menegur bayi yang dimaksudkan ini. Ikuti kisah ini yang mungkin boleh kita jadikan iktibar di kemudian hari.
Badi Mayat
Tragedi ini menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan. Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu didatangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50 an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu Hari Raya Aidil Adha.
Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut.
Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah..katanya).
Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi tujuh, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat Hospital Shah Alam, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (takut ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Allah SWT. Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.
Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu.
Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.
Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kepada bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man.
Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat di situ cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang ke rumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri.
Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih, saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar

Read More»

Tuesday, January 14, 2014

thumbnail

GEMPAR Datuk Yusof Haslam Mengesahkan Merisik Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin

Posted by Unknown  | No comments

PUTERI SARAH LIYANA

GEMPAR Datuk Yusof Haslam Mengesahkan Merisik Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin
 KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah, 28, dirisik oleh keluarga pengarah terkenal, Syamsul Yusof kelmarin.
Perkara itu disahkan oleh bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi Kosmo! semalam.
"Betul. Kami merisik Sarah semalam (Ahad). Alhamdulillah keluarga Sarah menerima kunjungan kami. Seterusnya kami berbincang lebih lanjut mengenai tarikh perkahwinan mereka.
"InsyaAllah dalam bulan Februari atau Mac ini, majlis pernikahan antara Syamsul dan Puteri Sarah bakal diadakan, manakala majlis resepsi pula menyusul kemudiannya," ujar Yusof yang mewakili Syamsul.


sumber
Read More»

Monday, January 13, 2014

thumbnail

SADIS! WANITA MEMBUNUH SAHABAT BAIK SENDIRI++KISAH BENAR

Posted by Unknown  | No comments


Allahyarham Juliana Md. Fuzi
SADIS! WANITA MEMBUNUH SAHABAT BAIK SENDIRI++KISAH BENAR | Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!


hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu
bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati
namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
 “Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan ituadalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.

panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki

Mengapa aku bercakap mengenai kes ini?
pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!
pusara Allahyarham

kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam blog http://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut
korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini…http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html

akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua


Read More»

Friday, January 10, 2014

thumbnail

Gempar !! Wanita Dakwa Kandungan Ghaib

Posted by Unknown  | No comments



Gempar !! Wanita Dakwa Kandungan GhaibPARIT BUNTAR - Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai  Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.

Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.

“Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.

“Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.

Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.

“Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.

“Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin,” katanya.

Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.

Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.

“Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.

“Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini,” katanya.

Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.

“Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain,” katanya.


SH
Read More»

thumbnail

Gempar! Pekerja SPA Berbogel Bersama Teman Lelaki Dalam Surau

Posted by Unknown  | No comments

Gambar hiasan

Gempar! Pekerja SPA Berbogel Bersama Teman Lelaki Dalam Surau |Ipoh –  Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.

Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.

Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.

“Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.

“Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta PERODUA Myvi didepan kedai.

Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.

“Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

“Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta,” katanya.

Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.

Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.

“Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu. – Harian Metro



Read More»

Thursday, January 9, 2014

thumbnail

GEMPAR GAMBAR SAMI BUDDHA SOLAT DI MASJID??

Posted by Unknown  | No comments

GEMPAR GAMBAR SAMI BUDDHA SOLAT DI MASJID??

Gambar: Sami Buddha Solat Di Surau




Sekeping gambar boleh mencetus bermacam-macam andaian.
Dalam gambar ini, kelihatan dua lelaki berpakaian seperti sami Buddha dilihat ikut sama bersolat jemaah di sebuah surau.
sami1

Sumber memetik kejadian berlaku apabila sami-sami Buddha tersebut takjub melihat surau yang berada dalam pasar di Rantau Panjang, Kelantan tidak terjejas dalam kebakaran besar baru-baru ini hingga terbuka hati untuk mendalami Islam. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.
Apa yang pasti, dua lelaki yang bersolat dan berada dalam saf ini sememangnya berpakaian seperti sami namun tidak diketahui jika mereka sudah memeluk Islam atau pun tidak.
Wallahua’lam

SUMBER
Read More»

Wednesday, January 8, 2014

thumbnail

Pelik-Pelik Je ! Mumia Anak Untuk Dijadikan Model Pakaian Pengantin

Posted by Unknown  | No comments




Pelik-Pelik Je ! Mumia Anak Untuk Dijadikan Model Pakaian PengantinLegenda tentang "Si Kecil Pascualita" ini bermula pada 25 Mac 1930. Kedai bridal @ pakaian pengantin di Bandar Chihuahua tersebut memaparkan boneka model pakain terbaik pada masa itu. Pada awalnya, ramai orang yang terpaku melihat kecantikan boneka bergaun pengantin tersebut. Namun, lama-kelamaan apabila diperhatikan La Pascualita semakin mirip dengan manusia. Boneka model ini juga mempunyai garis telapak tangan dan kuku. Bahkan mirip dengan pemilik kedai, Pascuala Esparza

Persamaan itu membuat penduduk setempat semakin yakin kalau manekin tersebut dulunya manusia.
Mereka percaya boneka yang berusia sekitar 75 tahun tersebut adalah mayat anak Esparza yang dijadikan mumia. Konon, "Little Pascuala" meninggal di hari perkahwinannya akibat terkena gigitan labah-labah hitam beracun. Rasa sayang Esparza terhadap anaknya membuat ia tidak rela melepas kematiannya. Ramai yang percaya tentang keanehan ini. Kerana, Boneka ini secara rutin diperiksa oleh pakar khas, seupaya keadaan La Pascualita tetap utuh.

Sejumlah penduduk setempat mengaku pernah melihat La Pascualita berkeliaran di tengah malam. Ada yang berkata, pekerja kedai akan menemui boneka berubah kedudukan di pagi harinya .. Khabarnya, sesiapa yang melihatnya akan terus mengeluarkan keringat di dahi bila bertatapan mata dengan boneka misteri ini. Selepas itu, mereka akan merasa seolah sentiasa dipandang oleh "Si Kecil Pascualita" selama berada di dalam kedai. 


Read More»

thumbnail

Gempar !! Gambar Jasad Bayi Terapung Bukan Rekaan - Harian Metro

Posted by Unknown  | No comments

JASAD BAYI TERAPYNG

Gempar !! Gambar Jasad Bayi Terapung Bukan Rekaan - Harian Metro | ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.

Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.



“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.

"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.



Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya.[myMetro]

Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top