Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

thumbnail
Posted by Unknown  | No comments

10 Sebab Kemungkinan Mat Rempit Masuk Syurga




1. Bukankah Allah Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat dan berazam betul-betul utnuk tidak buat lagi perbuatan sia-sia dan berdosa. Insya Allah mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah Mat Rempit di Malaysia sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan 'amali istisyshadiah' atau berjihad di Palestin. Peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan hak agama dan harta orang Islam.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tak sedarkan diri. Antara 'basic knowledge' seorang Mat Rempit ialah CILOK. Mat Rempit mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang yang kemalangan. Kalau pesakit tidak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan secepat mungkin.

4. Berluma-lumba untuk solat berjemaah. Solat berjemaah yang menepati masa adalah lebih afdal daripada melengah-lengahkannya. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan-jalan) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid atau surau berhampiran dengan tepat. Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pak cik yang ditemui di tepi jalan untuk ke masjid.

5. Bincang masalah umat sejagat. Kebiasaan Mat Rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincangkan masalah umat Islam, isu politik, berbincang tentang kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Pendek kata perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.

6. Qiamulail. seorang Mat Rempit telah terdidik selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta, terutama malam-malam minggu. Keliling masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor EX-5, 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamulail. mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah, khusyu' dalam berzikir dan beristighfar.

7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seprang yang 'ribat' ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku tengah malam. Macam super hero lah Mat Rempit ini.

8. Menghiburkan isteri dan keluarga. jika dahulu, Mat Rempit sinonim dengan bohsia dan bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dahulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor. Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain. Mafhum hadith, 'sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya'.

9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan tidak dapat dinafikan. Dalam apa jua keadaanpun, seorang Mat Rempit selalu 'alert' dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Kes ragut disiarkan dalam TV dapat dikurangkan jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu. Selain itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu 'sense' yang istimewa (six sense lah tu). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

10. Tawakal yang tinggi. Sentiasa berzikir, sentiasa mengingati kematian. Mat Rempit akan membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya. Mat Rempit sentiasa sedar bahawa ajal maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha esa.

Mat rempit yang mempunyai sikap, sifat dan hal-hal berkaitan dinyatakan, adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke Syurga.

Read More»

Saturday, December 7, 2013

thumbnail

23 Gambar Yang Menyentuh Hati

Posted by Unknown  | No comments

Kadang-kadang ada kenangan yang sukar untuk dilupakan sebab mempunyai nilai estetika yang tersendiri (cewah). Kadang-kadang kenangan itu amat pahit, malah ada juga yang mengembirakan. Sesetengah orang mengabadikan kenangan dalam sekeping gambar. Jom tengok..



1.  Lucas Hembree (Pesakit Sindrom Sanfilippo) memeluk anjingnya Juno


2. Mangsa terselamat dari gempa bumi menjumpai album gambar milik keluarganya dari sisa runtuhan di Sichuan, China.


3. Luka, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini mempunyai penyakit Muscular Dystrophymengimpikan untuk menghabiskan masa seperti kanak-kanak lelaki lain. Tetapi Luka tidak mampu melakukannya oleh kerana penyakit yang dihadapi. Namun, seorang jurugambar :- Matej Peljhan telah berjaya merealisasikan impian Luka.



4. Hawkeye (seekor anjing) sentiasa di sisi tuannya sepanjang upacara memperingati kematian tuannya, seorang Tentera Laut Seal.


5. Perasaan seorang askar baru pertama kali menemui anak perempuannya yang baru lahir.


6. Arnulfo Castorena memenangi pingat emas pertama dalam acara renang mewakili Mexico untuk Kejohanan Paralimpik.


7. Anjing yang sudah tua ini dibawa oleh tuannya berehat di dalam air untuk mengurangkan kesakitan Arthritis yang dihadapi oleh anjing tersebut.


8. Seorang lelaki mengajar abjad kepada teman wanitanya yang hilang ingatan.


9. Christian Golczynski, kanak-kanak berusia 8 tahun menerima bendera untuk ayahnya Marine Staff Sgt. Marc Golczynski yang meninggal ketika berkhidmat di Iraq.


10. Guru di India mengajar kanak-kanak yang tidak berumah.


11. Seorang suami yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan nyawa isterinya.


12. Apabila seorang kanak-kanak menemui kawan baiknya…..


Terpaksa mengucapkan selamat tinggal dan melepaskannya.


13. Brian O’Driscoll, seorang pemain Rugby Irish, berkongsi kemenangannya pada Heineken Cup dengan salah satu peminat ciliknya.


14. Wanita tersebut mencium kereta mayat yang membawa mayat sepupunya yang berusia 20 tahun di makam pengebumian tentera.


15. Saat indah  Dean Oldt, seorang pakar menembak yang bekerja untuk 101 Airborne berjumpa bapanya.


16. Pesakit kanser yang melukis harapan dan impiannya pada cermin.


17. Sarjan Frank Praytor memberi makan kepada anak kucing berusia 2 minggu setelah ibunya terbunuh.


18. Nick Vujicic memberi inspirasi kepada kita tentang kehidupan kerana beliau hidup tanpa anggota yang sempurna.




19. Seorang lelaki menngenang kembali kenangan bersama isterinya yang telah mati.


20. Sudah menjadi rutin harian, wanita tua ini akan makan bersama suaminya setiap hari.


21. Seorang ibu yang tenat tidak dapat menghadiri perkahwinan anak perempuannya  cuma berpeluang menyaksikan majlis itu melalui Skype.


22. Cinta itu buta? Taylor dan Danielle Morris membuktikan cinta sejati itu kekal!


23. Budak lelaki yang tenat ini kemungkinan tidak akan merasai musim sejuk pada tahun hadapan. Kerana kasih saying, ibunya cuba meraikannya. Apabila Mason melihat ada Winter Wonderland. Beliau sangat gembira dan teruja.


Dengan bantuan beberapa orang kawannya, Melodie William (ibu) mengubah tamannya. Beberapa syarikat tempatan juga ada memberi sumbangan.



Amacam? Ada goose bump (meremang bulu roma) x? hehehe

Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top