Showing posts with label kisah lawak. Show all posts
Showing posts with label kisah lawak. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

thumbnail

[18SX] KISAH MALAM PERTAMA NIKAH SUAMI ISTERI++JOM LAYAN

Posted by Unknown  | No comments



[18SX] KISAH MALAM PERTAMA NIKAH SUAMI ISTERI++JOM LAYAN |Sepasang pengantin baru sedang bersiap-siap untuk menikmati malam pertama mereka. Pengantin perempuan berkata,"Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang malam pertama. Boleh abang terangkan dulu sebelum kita melakukannya?"

"Ohh, itu senang sangat! Kita ni anggap jer macam penjara. Yang ayang 'punya' tu selnya dan yang abang 'punya' adalah penjahatnya. Kat penjara,
penjahat kan ke harus dimasukkan ke dalam sel." Terang pengantin lelaki sambil tersengih-sengih.

Lalu mereka pun mulai bercumbu-cumbu mengharungi lautan asmara...

Ketika semuanya sudah selesai, si pengantin lelaki terbaring kepenatan lalu cuba untuk memejamkan mata. Tiba-tiba si pengantin perempuan berkata, "Bang, 'penjahatnya' terlepas."

Mendengarkan itu, pengantin lelaki pun mulai memasukkan 'penjahatnya' sekali lagi.

Rupa-rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama kali dirasakannya. Setiap kali selesai, dia mengatakan bahawa penjahatnya lepas atau melarikan diri keluar dari 'selnya'.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata,"Yang, 'penjahat' yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup!

sumber
Read More»

thumbnail

18SX..'TAHAN SIKIT B.'++KISAH MALAM PERTAMA

Posted by Unknown  | No comments

18SX..'TAHAN SIKIT B.'++KISAH MALAM PERTAMA |Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik.
 Selang 15 minit si isteri mengerang.

"Adui.. Sakitnya B… !”

Si suami cuba menenangkan isterinya.

"Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."

Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.

“Sakitnyerrr B………"

Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.

"Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut."

Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya
 mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. 
Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.
Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.

"Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!"

Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata
 kepada papa nya..

"Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"

Nota kaki:
Jangan otak kuning ye...


Read More»

Monday, December 30, 2013

thumbnail

GEMPAR! KARANGAN YANG TERBAIK DI DUNIA MEMBUAT KITA GELAK TERGULING-GULING [LAWAK]

Posted by Unknown  | No comments

GEMPAR! KARANGAN YANG TERBAIK DI DUNIA MEMBUAT KITA GELAK TERGULING-GULING [LAWAK] | Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.  Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Read More»

Thursday, December 26, 2013

thumbnail
Posted by Unknown  | No comments


KELAKAR!!! KOLEKSI KISAH-KISAH LUCU!!!

TEMUDUGA

                                  

Satu sesi temuduga dijalankan untuk mencari seorang jurujual. Malangnya daripada 15 calon yang hadir, tiada seorangpun ada pengalaman, hinggalah masuk calon yang terakhir…

Pengurus Jualan : Awak ada pengalaman? Maksud saya pengalaman sebagai jurujual dan mendapat hasil jualan yang membanggakan…


Calon : Ada, tuan. Saya jual rumah, kereta dan barang kemas isteri saya.

Pengurus Jualan : !!!!??????


PENING KEPALA

Suatu malam minggu, seorang lelaki keluar dari kelab malam dalam keadaan mabuk gila. Sudah dua tiga kali dia muntah hijau. Dia berjalan melelong-lelong menuju ke arah teksi yang sedia menunggu di tepi jalan dan …”BAMMM!!!” tutup pintu, terus terbongkang di kerusi belakang.

Pemandu teksi : Incik….mana mau pigi?

Jantan mabuk : Hik…hik…Hotel Park Royal…hikkk.

Pemandu teksi : (Geleng kepala, kemudian berkata dengan marah) Aiyaa…itu hotel sebelah kelab malam tadi maa!!

Jantan mabuk : (Keluarkan dompet dan kemudian beri RM50 kepada pemandu teksi) Hikkk…..Tengkiu….hikkk….lain kali…hikkk….jangan bawak laju-laju sangat, okey….pening kepala saya…hikkk.


TIMBANG BERAT

Di sebuah pasaraya yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat penimbang berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM1, kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Seorang gadis dan temannya mencuba alat penimbang itu ditengah kerumunan orang. KLINGG!! Duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer pun menjawab : “47kg!”

Gadis kedua pula mencuba. “52kg!” komputer itu memberitahu.

Setelah itu, datang pula seorang wanita yang cukup gemuk dan montel, cuba menimbangi dirinya di mesin itu. KLINGG!! Duit RM1 dimasukkan dan mesin komputer itu pun berkata, “Tolong naik sorang-sorang ya, jangan ramai-ramai!”


BARANG KEMAS

Hamidah bercadang mengabadikan wajahnya dalam sebuah potret. Dia pergi ke galeri untuk mencari pelukis terbaik.
“Boleh lukis potret saya dengan cincin dan rantai berlian, gelang tangan bertatah batu zamrud, kerongsang delima dan jam tangan Rolex di tangan kiri saya,” kata Hamidah.
“Tapii…puan tak pakai pun semua barang tu,” jawab pelukis itu sambil memerhatikan Hamidah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
“Kalau saya mati dulu, suami tentu kahwin lain. Saya nak isteri barunya separuh gila mencari barang kemas yang saya pakai, itu saja,” jawab Hamidah dengan selamba.

Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top