Showing posts with label Negara Luar. Show all posts
Showing posts with label Negara Luar. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

thumbnail

KEJAM! SEORANG IBU CAMPAK 2 ORANG ANAKNYA DARI TINGKAT 15

Posted by Unknown  | No comments


Fuh Gila! Ibu Campak 2 Anaknya Dari Tingkat 15. Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15
KEJAM! SEORANG IBU CAMPAK 2 ORANG ANAKNYA DARI TINGKAT 15 | MOSCOW: Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15 kerana dia bosan dengan mereka.
Galina Ryabkova, 30, dilihat dalam keadaan selamba dalam video pengawasan yang diambil daripada blok flet di Moscow Russia selepas insiden itu. Jiran di kompleks perumahan itu dikejutkan dengan bunyi tubuh kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu jatuh ke tanah. Walaupun mereka berusaha untuk membantu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia sebelum petugas kecemasan tiba.
Menurut RT, Galina berkata, “dia bosan dengan anaknya” dan memutuskan “untuk menghapuskan mereka.” Galina yang suaminya keluar atas urusan perniagaan tinggal di tingkat lapan bangunan itu dan dipercayai membawa kanak-kanak berkenaan ke tingkat 15 sebelum mencampakkan mereka kelmarin. Seorang jiran di blok apartmen yang sama menceritakan kejadian ngeri itu kepada Life News.
Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari bangunan itu. Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks apartmen terbabit.
Lelaki itu berkata: “Pada waktu sama, ibu mereka meninggalkan bangunan itu. Kami bertanya kepadanya jika mereka adalah anaknya dan dia menjawab dengan selamba, “Ya, saya yang mencampakkan mereka.” CCTV dari blok apartmen itu sebagaimana dilaporkan New York Daily News menunjukkan seorang daripada kanak-kanak itu jatuh di depan bangunan itu.
Kemudian ia menunjukkan Galina turun ke bawah memakai jeans dan kemeja-T putih.
Dia duduk dengan tenang di lobi bangunan, mengejutkan jiran tetangga yang mengelilinginya bagi mengelakkan dia melarikan diri.
Video itu berakhir dengan pegawai polis tiba di bangunan itu untuk menyiasat kejadian ngeri berkenaan dan menahan ibu kanak-kanak malang terbabit.
Galina juga dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada masa lalu dan suaminya mungkin berlaku curang kepadanya.
Galina akan dihantar ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan manakala siasatan diteruskan.

Read More»

thumbnail

GEMPAR! LELAKI MINTA TOLONG 'PEDAJAL' ISTERI GUNA GPS

Posted by Unknown  | No comments

Nota Minta Tolong ‘Pedajal’ Isteri Guna Alat GPS
GEMPAR! LELAKI MINTA TOLONG 'PEDAJAL' ISTERI GUNA GPS |Seorang lelaki yang bosan dijejak isteri menggunakan alat pengesan GPS, meninggalkan alat berkenaan di tepi jalan bersama nota membenarkan sesiapa sahaja yang menemui untuk mengambilnya.
Bagaimanapun, tertera pesanan lanjut iaitu membawa alat itu pergi sejauh mungkin.
Seseorang yang menemui alat GPS bersama nota itu kemudian berkongsikannya di laman perkongsian gambar Imgur.
Sekelip mata, alat GPS dan nota ini menjadi topik bualan hangat.
Antara cadangan diberikan termasuk membawanya ke kelab gay, memasukkannya ke dalam bekas makanan haiwan dan melemparkannya ke dalam mana-mana trak.


Read More»

Monday, January 13, 2014

thumbnail

EKSKLUSIF..PUNCA BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL MENANGIS DALAM KOMA

Posted by Unknown  | No comments

seorang jururawat yang pernah menjaganya di pusat perubatan itu, Marina Lifshitz memberitahu para pemberita, Sharon pernah menyentuh tangannya dan mengangkat keningnya.Menurutnya, pada satu pagi, jururawat tersebut telah menunjukkan gambar isteri Sharon.

2
Ariel Sharon meninggal ketika usia 85 tahun

EKSKLUSIF..PUNCA BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL MENANGIS DALAM KOMA |“Air matanya kemudian menitis. Sukar untuk melupakan detik itu.
“Malangnya, saya tidak mengetahuinya bila beliau menjadi Perdana Menteri.
TEL AVIV – Bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon yang turut dikenali sebagai ‘Penyembelih Beirut’ akhirnya menemui ajal di Pusat Perubatan Shena di Tel Hashomer Sabtu lalu semasa berusia 85 tahun, lapan tahun selepas beliau berada dalam keadaan koma.
Anggota-anggota keluarganya berkumpul di pusat perubatan tersebut untuk berada bersamanya pada saat-saat akhir kematiannya.
Dua anak lelakinya, Omri dan Gilad kerap berada di sisinya sejak 1 Januari lalu selepas beberapa organ dalam tubuhnya tidak lagi berfungsi.
Mayat Sharon akan diletakkan di dalam bangunan Parlimen Israel sebelum ditanam di ladang miliknya di Negev di sebelah kubur isterinya, Lily yang meninggal dunia pada tahun 2000.
Beberapa organ penting Sharon termasuk ginjal dan paru-parunya gagal berfungsi sebelum beliau meninggal dunia.
Menurut akhbar Jerusalem Post, tekanan darah dan degupan jantungnya kembali normal pada Isnin lalu.
Namun, tekanan darah dan degupan jantungnya semakin lemah pada Khamis lalu.
Sharon diserang koma pada Januari 2006.
Sejak itu beliau hidup dengan menggunakan peralatan sokongan hayat.
Sharon yang pernah menjadi pegawai tinggi tentera Israel memainkan peranan penting dalam kemenangan regim Zionis di Sinai dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.
Ekoran kemenangan itu, beliau diberi gelaran Arik, Raja Israel.
Pada tahun 1982, semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan, beliau memantau Perang Lebanon yang melibatkan Israel.
Namun, beliau terpaksa meletakkan jawatan itu pada tahun 1983 selepas berlakunya kejadian pembunuhan melibatkan 800 dan 2,000 orang pelarian Palestin di kem Sabra serta Shatilla.
Penyingkiran itu berlaku selepas Suruhanjaya Siasatan Kahn mendapati, beliau terlibat secara langsung dalam serangan tersebut yang dilakukan kumpulan militan Kristian Phalangist di Lebanon.
Sharon menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 2001.
Dia bawah kepimpinannya, Israel mula membina tembok keselamatan di Tebing Barat.
Sharon menggunakan karier politiknya dan kedudukannya dalam Kabinet untuk membina puluhan penempatan haram di Tebing Barat dan Gaza walaupun terdapat bantahan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Beliau mendesak peneroka haram Yahudi untuk menduduki tanah di Palestin sebelum perjanjian dicapai dengan para pemimpin Palestin.
Sementara itu, penduduk Palestin menyambut dengan gembira kematian Sharon.
Seorang pegawai kanan pergerakan Fatah di Palestin, Jibril Rajub berkata, Sharon merupakan seorang penjenayah yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
“Sharon merupakan seorang penjenayah dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat,” katanya.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris pada 11 November 2004.
Terdapat dakwaan yang dibuat beberapa pegawai kanan Palestin bahawa Arafat mati kerana terkena bahan radioaktif.
Dalam pada itu, pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza turut menyambut baik kematian Sharon dengan menggelarkannya sebagai penjenayah.
“Sharon merupakan seorang penjenayah dan beliau merupakan antara orang yang menyebabkan malapetaka berlaku ke atas penduduk Palestin,” kata jurucakap pergerakan itu, Salah el-Bardaweel.
“Kami berdoa kepada Allah supaya Sharon dan semua pemimpin regim Zionis dihantar ke neraka kerana melakukan pembunuhan ke atas penduduk kami.
“Apabila penduduk Palestin mengingati Sharon, mereka akan mengingati kesakitan, darah, penyeksaan dan jenayah.
“Kami tidak akan berasa kesal dengan kematiannya,” tambah Salah. – Agensi

Read More»

thumbnail

Gambar Barang Pelik Yang Dicampakkan Oleh Penyokong Bola Ke Padang++JOM LIHAT

Posted by Unknown  | No comments

Gambar Barang Pelik Yang Dicampakkan Oleh Penyokong Bola Ke Padang++JOM LIHAT |Pernahkah anda menonton perlawanan bola sepak di stadium? Mesti ramai penyokong/peminat yang fanatik dan sampai membaling benda-benda seperti botol air dan sebagainya.

Tapi kami senaraikan 10 Benda Pelik Yang Dicampak Ke Dalam Padang Bola Sepak.

Inilah beberapa benda yang pernah ‘menghiasi’ padang bola sepak sepanjang catatan sejarah:

1. Kepala Babi


“Eeeee.”, mungkin adalah kata pertama yang keluar jika anda menyaksikan peristiwa ini. Ya, satu kepala babi dicampakkan ke dalam padang oleh penyokong Barcelona sebagai bentuk kekesalan terhadap Luis Figo yang berpindah kelab.

Memang beralih kelab adalah hal yang biasa terjadi tetapi yang disesalkan oleh penggemar Barcelona adalah kenapa harus Luis Figo pindah ke Real Madrid, sebagaimana diketahui Real Madrid adalah musuh ketat Barcelona.

2. Bom Tangan


Memang menakutkan jika salah satu benda ekstrim ini berada di stadium, tapi memang benda inilah yang dilemparkan penyokong ke padang bila pertandingan Milwall dan Brentford di Den Lama kepada penjaga gol Brentfors, Brodie Chic .

Ketika itu Brodie meminta penjaga garisan untuk memeriksa benda apa yang dicampakkan untuknya itu. Setelah penjaga garisan memeriksanya dan memastikan ternyata bahawa benda itu adalah bom tangan. Pertandingan yang terjadi pada tahun 1966 itu membuatkan satu stadium heboh dan dengan cepat penjaga garisan mengarahkan kepada semua pemain untuk meninggalkan padang dengan kadar sesegera.

3. Scooter


Siapa sangka benda sebesar scooter menjadi sasaran para penyokong untuk dicampakkan ke padang? Insiden ini terjadi ketita pertandingan Inter Milan melawan Atalanta. Sebelum kick off babak pertama dimulakan penyokong Inter Milan mencuri scooter dari penyokong Atalanta dan memasukkannya ke dalam stadium dan dilempar ke padang.

4. Arnab


Binatang comel ini pun pernah masuk ke padang bola sepak ketika pertandingan antara Apoel vs Omonia Nicosia berlangsung, di Greece.

5. Bola pantai


Pelik jika di stadium bola sepak ternampak bola pantai, tapi bola pantai ini tidak menjadi objek untuk ditendang oleh para pemain, namun ini adalah tindakan peminat. Peristiwa ini terjadi ketika pertandingan Celtics vs Glasgow di Scotland.

6. Babi


Jika kepala babi pernah dilempar ke padang oleh peminat Bercelona kerana kekesalannya terhadap Luis Figo, penyokong pernah memasukkan babi ke padang di pertandingan salah satu kelab di Poland.

7. Botol whisky


Botol whisky yang habis diminum oleh penyokong ini dicampakkan ke padang begitu sahaja ketika perlawanan Atletico dan Sevilla pada tahun 2006.

8. Donat


Mungkin kita berfikir rasa sayang sekali untuk buang donat begitu sahaja ke padang bola sepak. Namun inilah yang dilakukan oleh pendukung Hajduk Split (Croatia) kepada presiden kelab mereka yang kebetulan memiliki perusahaan kuih donat.

9. Vibrator


Gila jika menyaksikan beberapa vibrator ini dicampakkan ke padang, benda sensitif ini pun menjadi sasaran oleh penyokong fanatik Argentina.

10. Bola tenis


Dengan misi ingin mencuri perhatian media, para peminat Hull City melakukan aksi nekad melempar bola tenis pada pertandingan Piala Liga di Stadium Reebox ketika menentang Bolton.

Walaupun lucu, pelik dan mengerikan tindakan melempar sesuatu ke padang adalah suatu yg tidak patut di contohi kerana dapat merugikan pasukan kesayangan kita sendiri, bila dikenakan denda maka pasukanlah yg menanggungnya bukan penyokong.


SUMBER
Read More»

Saturday, January 11, 2014

thumbnail

TERKINI BEKAS PM ISRAEL SHARON DISAHKAN MATI SELEPAS 8 TAHUN KOMA

Posted by Unknown  | No comments


GAMBAR fail menunjukkan Sharon (kanan) dan Presiden Palestin, 
Mahmoud Abbas di sebuah resort di Sharm el-Sheikh, Mesir pada 8 Februari 2005.


TERKINI BEKAS PM  ISRAEL SHARON  DISAHKAN MATI  SELEPAS 8 TAHUN KOMATEL AVIV - Bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon yang turut dikenali sebagai 'Penyembelih Beirut' akhirnya menemui ajal di Pusat Perubatan Shena di Tel Hashomer semalam semasa berusia 85 tahun, lapan tahun selepas beliau berada dalam keadaan koma.
Anggota-anggota keluarganya berkumpul di pusat perubatan tersebut untuk berada bersamanya pada saat-saat akhir kematiannya.
Dua anak lelakinya, Omri dan Gilad kerap berada di sisinya sejak 1 Januari lalu selepas beberapa organ dalam tubuhnya tidak lagi berfungsi.
Mayat Sharon akan diletakkan di dalam bangunan Parlimen Israel sebelum ditanam di ladang miliknya di Negev di sebelah kubur isterinya, Lily yang meninggal dunia pada tahun 2000.
Beberapa organ penting Sharon termasuk ginjal dan paru-parunya gagal berfungsi sebelum beliau meninggal dunia.
Menurut akhbar Jerusalem Post, tekanan darah dan degupan jantungnya kembali normal pada Isnin lalu.
Namun, tekanan darah dan degupan jantungnya semakin lemah pada Khamis lalu.
Sharon diserang koma pada Januari 2006.
Sejak itu beliau hidup dengan menggunakan peralatan sokongan hayat.
Seorang jururawat yang pernah menjaganya di pusat perubatan itu, Marina Lifshitz memberitahu para pemberita, Sharon pernah menyentuh tangannya dan mengangkat keningnya.
Menurutnya, pada satu pagi, jururawat tersebut telah menunjukkan gambar isteri Sharon.
"Air matanya kemudian menitis. Sukar untuk melupakan detik itu.
"Malangnya, saya tidak mengetahuinya bila beliau menjadi Perdana Menteri.
Sharon yang pernah menjadi pegawai tinggi tentera Israel memainkan peranan penting dalam kemenangan regim Zionis di Sinai dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.
Ekoran kemenangan itu, beliau diberi gelaran Arik, Raja Israel.
Pada tahun 1982, semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan, beliau memantau Perang Lebanon yang melibatkan Israel.
Namun, beliau terpaksa meletakkan jawatan itu pada tahun 1983 selepas berlakunya kejadian pembunuhan melibatkan 800 dan 2,000 orang pelarian Palestin di kem Sabra serta Shatilla.
Penyingkiran itu berlaku selepas Suruhanjaya Siasatan Kahn mendapati, beliau terlibat secara langsung dalam serangan tersebut yang dilakukan kumpulan militan Kristian Phalangist di Lebanon.
Sharon menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 2001.
Dia bawah kepimpinannya, Israel mula membina tembok keselamatan di Tebing Barat.
Sharon menggunakan karier politiknya dan kedudukannya dalam Kabinet untuk membina puluhan penempatan haram di Tebing Barat dan Gaza walaupun terdapat bantahan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Beliau mendesak peneroka haram Yahudi untuk menduduki tanah di Palestin sebelum perjanjian dicapai dengan para pemimpin Palestin.
Sementara itu, penduduk Palestin menyambut dengan gembira kematian Sharon.
Seorang pegawai kanan pergerakan Fatah di Palestin, Jibril Rajub berkata, Sharon merupakan seorang penjenayah yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
"Sharon merupakan seorang penjenayah dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat," katanya.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris pada 11 November 2004.
Terdapat dakwaan yang dibuat beberapa pegawai kanan Palestin bahawa Arafat mati kerana terkena bahan radioaktif.
Dalam pada itu, pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza turut menyambut baik kematian Sharon dengan menggelarkannya sebagai penjenayah.
"Sharon merupakan seorang penjenayah dan beliau merupakan antara orang yang menyebabkan malapetaka berlaku ke atas penduduk Palestin," kata jurucakap pergerakan itu, Salah el-Bardaweel.
"Kami berdoa kepada Allah supaya Sharon dan semua pemimpin regim Zionis dihantar ke neraka kerana melakukan pembunuhan ke atas penduduk kami.
"Apabila penduduk Palestin mengingati Sharon, mereka akan mengingati kesakitan, darah, penyeksaan dan jenayah.
"Kami tidak akan berasa kesal dengan kematiannya

sumber
Read More»

Thursday, January 9, 2014

thumbnail

18sx Suami Merakam Aksi Seks Isteri Bersama Anjing

Posted by Unknown  | No comments

                                                                   Gambar hiasan

18sx Suami Merakam Aksi Seks Isteri Bersama Anjing |Raeford (Carolina Utara): Seorang wanita dituduh mengadakan seks dengan anjing sementara suaminya, anggota tentera di Fort Bragg merakam adegan itu.

Pasangan itu turut memuatnaik rakaman itu di Internet, kata polis.
“Wanita itu melakukan seks dengan anjing sama seperti yang anda boleh bayangkan dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang wanita,” kata Ketua Polis Raeford Franklin Crumpler kepada akhbar Huffington Post.

Ruben Chance James Fox dan isteri, Amber Nicole Fox, masing-masing 23, dihadapkan ke mahkamah kelmarin selepas ditangkap Isnin lalu.
Mereka berdepan dengan tuduhan melakukan seks dengan haiwan dan bersekongkol untuk mengedarkan bahan lucah. Amber juga berdepan dengan tuduhan tambahan - melakukan jenayah yang bertentangan dengan tabiat semula jadi.
Kumpulan Humane Society mendedahkan perbuatan suami isteri itu kepada unit jenayah siber Jabatan Polis Fairfax County di Virginia yang kemudian menghubungi pihak berkuasa Raeford selepas alamat IP komputer itu mengaitkan pasangan suami isteri berkenaan dengan video terbabit. - Agensi
Read More»

thumbnail

KEJAM..Kambing Disuntik Dengan Bahan Tercemar Untuk Pertambahan Berat Badan++Mesti baca

Posted by Unknown  | No comments



KEJAM..Kambing Disuntik Dengan Bahan Tercemar Untuk Pertambahan Berat Badan++Mesti baca| Tujuh individu ditahan selepas didakwa menyuntik ratusan kambing dengan air kolam tercemar bertujuan menambahkan berat pada dagingnya. Stesen Televisyen China (CCTV) melaporkan, mereka dipercayai menyuntik air kolam mengandungi 6 kilogram bakteria pada 100 kambing sehari. Daging itu kemudiannya dijual di pasar, gerai dan restoran di Guangzhou dan Foshan.

“Pihak berkuasa menyerbu rumah penyembelihan haram itu dan mendapati 30 kambing mati akibat suntikan manakala 335 kambing siap sedia untuk disuntik,” menurut laporan itu kepada Daily Mail. Skandal makanan di China makin serius selepas pihak berkuasa mengenal pasti terdapat pengusaha mengitar semula air longkang bagi menghasilkan minyak masak dan terdapat campuran daging musang pada daging lembu di pasaran.




Read More»

Wednesday, January 8, 2014

thumbnail

PELIK! TABIAT BURUK WANITA INI SUKA MEMAKAN DAGING MANUSIA [GAMBAR]

Posted by Unknown  | No comments


PELIK! TABIAT BURUK WANITA INI SUKA MEMAKAN DAGING MANUSIA [GAMBAR] |Seorang perempuan dari Filipina telah membunuh banyak orang dan menyimpan daging mereka dalam peti sejuknya. Dia sangat suka menikmati hidangan daging manusia. Dia juga menegaskan bahawa dia telah banyak mengadakan pesta dan menjamu rakan-rakan serta saudaranya.

Dia menghidangkan daging manusia tersebut untuk dimakan tanpa pengetahuan mereka. Rakan-rakannya mengatakan bahawa daging yang dimasak wanita tersebut sangatlah enak tapi mereka tidak tahu daging apakah itu. 

Dalam masa yang sama, teman-temannya tidak tahu bahawa mereka juga akan menjadi sasaran wanita itu selanjutnya.


Yang paling mengejutkan wanita tersebut mengaku telah membunuh suaminya dan juga telah memakan dagingnya. Perlakuan aneh wanita tersebut akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa.

**Gambar terpaksa dikaburkan kerana tidak menutup aurat

Read More»

thumbnail

KEJAM Mayat Bayi Kembar Dibunuh Dijumpai Dalam Besen [GAMBAR]

Posted by Unknown  | No comments

KEJAM Mayat Bayi Kembar Dibunuh Dijumpai Dalam Besen [GAMBAR] |Peristiwa kematian dua bayi kembar berusia 6 bulan Ralva dan Raldo, gempar di kampung Winangun, Manado, Indonesia. Ia menimbulkan tanda tanya.


Ibu dua bayi comel ini Nova Wurangian, 43 masih tidak banyak bercakap. Matanya masih bengkak, petanda kehilangan yang amat dalam atas kehilangan dua daripada bayi kembar tiga.

''Saya belum dapat menerima kehilangan dua anak saya,'' kata Nova.

Kejadian pelik ini menggegarkan warga setempat Winangun. Ada yang berpendapat, bayi kembar tersebut dikatakan sengaja dibunuh. Pelaku adalah orang terdekat si kembar Ralva-Raldo yang mati dalam kedudukan saling membelakangi di dalam besen berisi air.

''Kejadian ini masih di siasat. Apakah ada hubungan dengan orang terdekat atau bukan,'' kata Kasat Reskrim Polresta.


sumber
Read More»

Tuesday, January 7, 2014

thumbnail

MESTI TENGOK KERETA MEWAH MILIK ORANG KAYA ARAB YANG TERBIAR DAN TERBUANG DI DUBAI

Posted by Unknown  | No comments


MESTI TENGOK KERETA MEWAH MILIK ORANG KAYA ARAB YANG TERBIAR DAN TERBUANG DI DUBAI | Orang-orang Arab sang raja minyak memang terkenal kaya raya. Hartanah  dan kereta mewah sudah menjadi perkara biasa untuk mereka.

Lihat saja kereta-kereta mewah yang 'dibuang' dan terbiar begitu sahaja di tempat-tempat awam di Dubai. 

Kereta-kereta mewah ini sebenarnya masih lagi elok dan boleh dipakai, namun mungkin kerana dah terlalu kaya dan dah tak tau nak buat apa dengan duit yang berkepul-kepul, inilah jadinya...









SUMBER

Read More»

Sunday, January 5, 2014

thumbnail

Gempar! Lelaki Dihukum Kerana Memfitnah Artis [GAMBAR]

Posted by Unknown  | No comments

Gempar! Lelaki Dihukum Kerana Memfitnah Artis [GAMBAR] |Mahkamah Arab Saudi telah menghukum seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan memfitnah seorang penyanyi Saudi-Kuwait, Shams, 33 tahun, dengan menuduh beliau telah melakukan perbuatan zina dan fitnah itu dilemparkan di laman sosial Twitter. Lelaki tersebut telah dihukum tiga bulan penjara dan 80 sebatan serta didenda 10,000 riyal (RM8,000).

Menurut laman web Arab Sabq, Peminat bintang pop itu dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana menuduh Shams berzina tanpa menyediakan bukti.

Keputusan ini berdasarkan undang-undang syariah Islam yang menetapkan sebatan bagi orang-orang yang menuduh orang lain melakukan hubungan seks luar nikah tanpa memberi bukti.

Shams telah memfailkan kes fitnah terhadap orang yang memiliki akaun Twitter dalam bahasa Arab iaitu ‘peguam Ratu Ahlam’.

Laman web microblogging adalah sangat popular di Arab Saudi, yang juga merupakan salah satu daripada 10 negara ditapis dalam kontek penggunaan media sosial, dan kira-kira 41 peratus daripada pengguna internet di negara itu menggunakan Twitter.





Read More»

thumbnail

Hobi Pelik..Manusia Sanggup Berhabis Duit Kerana Mahu Jadi Seekor Harimau [GAMBAR]

Posted by Unknown  | No comments


Hobi Pelik..Manusia Sanggup Berhabis Duit Kerana Mahu Jadi Seekor Harimau [GAMBAR] |Dennis Avner seorang veteran Marin US adalah seorang lelaki berketurunan Amerika-Indian yang telah menghabiskan wang yang sangat banyak dengan membuat pelbagai pembedahan untuk membuatkan dirinya dilihat seperti seekor harimau.

Lelaki berusia 54 tahun ini telah menjalani beberapa pembedahan plastik ditubuhnya, seperti merubah bentuk bibir atas, meruncingkan bentuk telinga, menanam silikon di pipi dan kening, menanam gigi, serta mentatoo dan menindik wajahnya.

Dennis yang lebih suka dipanggil dengan nama Indian-nya, ‘Stalking Cat’, juga gemar memanjat pohon dan memakan daging mentah setiap harinya, sama seperti apa yang dilakukan harimau.

“Saya keturunan Huron (salah satu bangsa Indian) dan mengikuti tradisi lama untuk mengubah diri menjadi harimau”, kata Dennis Avner.

Cuma yang membezakannya dengan harimau ialah Dennis bekerja disebuah pejabat, sedangkan harimau bekerja dan duduk didalam hutan.

Walaubagaimanapun pada tahun lepas (2012) Dennis Avner telah membunuh diri kerana sangat kecewa kerana dia tidak dapat benar-benar menjadi harimau dan ada yang mengatakan dia mati disebabkan oleh penyakit ‘tigerphobia’.

Sudah dijadikan manusia tetapi hendak jadi binatang............ pelik manusia kat dunia ini........... jom saksikan gambar-gambar dan video sebelum kematiannya.













Read More»

Saturday, January 4, 2014

thumbnail

TERKINI Seorang Wanita Berlari Sambil Berbogel Dalam Train Dan Mengaku Dirinya Tuhan

Posted by Unknown  | No comments



TERKINI Seorang Wanita Berlari Sambil Berbogel Dalam Train Dan Mengaku Dirinya Tuhan |CHICAGO – Aktiviti harian penduduk di Chicago yang menggunakan komuter, telah dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang menyerbu masuk ke dalam komuter itu dalam keadaan bogel.

Kejadian berlaku di stesen Granville.Wanita yang mengalami sakit mental itu, turut menjerit dan menampar beberapa penumpang komuter berkenaan.

Dia kemudiannya mengaku dirinya adalah `tuhan’ komuter itu dan mengarahkan semua penumpang turun, kerana dia telah mengambil alih keretapi tersebut.

Keadaan itu menyebabkan komuter tersebut tergendala selama 15 hingga 30 minit.Wanita tidak siuman yang berusia 31 tahun itu mahu memandu keretapi terbabit.

Polis kemudiannya berjaya mengarahkan wanita itu keluar daripada keretapi berkenaan dan dia dibawa ke hospital untuk penilaian mental.



sumber
Read More»

thumbnail

GEMPAR! PENEMUAN IKAN PEMBUNUH YANG PALING MENAKUTKAN [MESTI BACA]

Posted by Unknown  | No comments



Ikah Pelik, Ikan Bahaya, Ngeri


GEMPAR! PENEMUAN IKAN PEMBUNUH YANG PALING MENAKUTKAN [MESTI BACA] |Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan keli. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha. Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.
Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati
Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.
Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.
candiru4 Fuh Ngeri!! Ikan Kecil Ini Paling Ditakuti Di Brazil. Kenapakah?
Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian sebelum Candiru dapat dibuang.


Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top