Tuesday, January 14, 2014

Pesakit Mental Bertindak Ala - Rambo Ditahan Bersama M16 Tiruan

Published by Unknown on Tuesday, January 14, 2014  | No comments



Pesakit Mental Bertindak Ala - Rambo Ditahan Bersama M16 TiruanIPOH - Seorang pemuda yang memakai baju celoreng ala tentera dan membawa senapang M16 tiruan ditahan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, pesakit mental berumur 28 tahun itu ditahan sebaik polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 2 petang tadi.

"Suspek dipercayai membawa senjata itu dari rumahnya di Desa Tambun Indah untuk bermain kerana sejak kecil dia dikatakan bercita-cita menjadi seorang askar," katanya.

Suspek didapati membeli senjata tiruan itu di sini pada tahun 2012 dan baju tentera di Sitiawan empat bulan lepas.

Chang berkata semakan dengan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan mendapati dia mempunyai rekod pesakit mental dan kali terakhir dimasukkan ke pusat perubatan tersebut ialah pada 2005. - Bernama

About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top