Tuesday, January 14, 2014

BERITA TERKINI GEMPAR PASANGAN WARGA EMAS MAUT DI LANGAR KOMUTER

Published by Unknown on Tuesday, January 14, 2014  | No comments


BERITA TERKINI GEMPAR PASANGAN WARGA EMAS MAUT DI LANGAR KOMUTER   KAJANG: Cubaan sepasang suami isteri warga emas melintasi landasan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) membawa padah apabila kedua mereka maut selepas dirempuh komuter dalam kejadian di Jalan Reko, hari ini.
Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, pasangan terbabit dipercayai dalam perjalanan kembali rumah selepas membeli beberapa barangan dapur di kedai runcit bersebelahan landasan berkenaan.
Mangsa, Md Nor Lian, 69, yang tidak bekerja bersama isterinya Noriah Mat Ani, 65, maut selepas mengalami kecederaan parah akibat dirempuh komuter terbabit.

Kedua mayat mangsa ditemui kira-kira lima meter berhampiran longkang di tepi landasan berkenaan dipercayai tercampak akibat impak perlanggaran terbabit.

Difahamkan pemandu komuter terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang selepas insiden berkenaan.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top