Sunday, December 29, 2013

MENARIK...SEBATANG POKOK EPAL BOLEH MENGHASILKAN PELBAGAI WARNA EPAL

Published by Unknown on Sunday, December 29, 2013  | No comments

MENARIK...SEBATANG POKOK EPAL BOLEH MENGHASILKAN PELBAGAI WARNA EPALAssalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Seorang lelaki di Amerika Syarikat mengambil tempoh masa selama 20 tahun untuk menanam sebatang pokok buah epal untuk menghasilkan 250 jenis epal dibelakang rumahnya.

 

Bagi melakukannya, Paul Barnett telah mencantumkan 250 jenis tunas pokok epal berlainan jenis pada ranting sebatang pokok epal yang bertindak sebagai induk. Melalui teknik itu, dia kini memiliki banyak pilihan buah epal dari pelbagai jenis untuk dimakan, dimasak dan dijadikan cuka.

 

 
 

Barnett turut melabelkan setiap dahan epal untuk memudahkan dirinya mengingati dahan bagi jenis epal yang dicantumkan pada pokok berkenaan.

 

 

“Saya mula bekerja di sebuah tapak semaian yang mengandungi 90 jenis pokok epal pada setiap batas,” kata lelaki berusia 40 tahun itu.

“Saya mahu menanam pokok-pokok saya sendiri, namun saya tidak memiliki kawasan untuk melakukannya. Oleh itu saya menggunakan kaedah pencantuman tunas untuk tujuan tersebut,” tambahnya.


Filed in : , ,
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top