Saturday, December 28, 2013

Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda Bersama Tok Guru Nik Aziz

Published by Unknown on Saturday, December 28, 2013  | No comments



Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda Bersama Tok Guru Nik Aziz | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Seperti yang kita ketahui, pada 10 November 2013 yang lalu, Fizo Omar dan Mawar Fareeda telah selamat dinikahkan.
Hari ini telah diadakan Majlis Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda di negeri kelantan dimana salah seorang tetamu VVIP jemputan adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Disini kami sediakan gambar perkahwinan Fizo Omar dan Mawar bersama Tok Guru Nik Aziz. Sebelum tu jom baca dulu laporan yang dipetik dari Sinar Harian.
HASRAT pelakon, Fizo Omar meraikan rakyat Kelantan yang menyokong perjuangannya dalam bidang seni tercapai selepas majlis kesyukuran sempena perkahwinannya berjalan lancar di kediamannya di Taman Sri Jawa, Selising, dekat Kelantan, hari ini.
Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, bersyukur kerana majlis itu dihadiri kira-kira 15,000 tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24, tiba dengan diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi. Turut menghadirkan diri, bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Pasangan pengantin yang berpakaian merah jambu ceria dan tidak jemu melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis bertemakan seri taman berlangsung.
Fizo berkata, kenduri yang diadakan khusus bagi meraikan warga Kelantan itu sebagai menghargai sokongan dan dorongan diberikan sehingga dia berjaya dalam dunia lakonan serta perniagaan.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat.
“Ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong saya dalam bidang lakonan dan juga menyokong penglibatan saya serta Mawar dalam dunia perniagaan,” katanya.
Berikut adalah gambar perkahwianan Fizo Omar dan Mawar Fareeda bersama Tok Guru Nik Aziz.




Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai. Semoga berbahagia hingga ke Jannah!

Sumber: Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Bersama Tok Guru Nik Aziz 

About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top