Thursday, December 26, 2013

Dr M Kritik Kerajaan Isu Kenaikan Tarif Elektrik

Published by Unknown on Thursday, December 26, 2013  | No comments

Dr M Kritik Kerajaan Isu Kenaikan Tarif ElektrikSHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan ekoran kenaikan tarif elektrik pada kadar 15 peratus yang menurutnya, agak tinggi.


Beliau berkata, tarif elektrik tidak seharusnya dinaikkan secara mendadak kerana akan membebankan pengguna.

“Ini akan memberikan bebanan kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri,” katanya dalam satu entri blognya, semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tarif elektrik jika perlu dinaikkan, boleh dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar,” katanya.


SH

Filed in : ,
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top