Tuesday, December 31, 2013

thumbnail

Hadiahkan Mayat Untuk Ibu Saudara

Posted by Unknown  | No comments

Hadiahkan Mayat Untuk Ibu Saudara. Chicago: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun direman tanpa ikat jamin selepas disyaki membunuh dan memotong mayat teman lelaki ibu saudaranya Ahad lalu.

Pihak berkuasa semalam berkata, Alexis Valdez menghubungi talian kecemasan 911 selepas membunuh Silvestre Diaz-Hernandez, 41, di tingkat bawah apartmen tempat mereka tinggal bersama-sama dengan ibu saudara remaja itu di Belmont Gardens. Sementara itu, pendakwa raya berkata, Valdez tinggal di apartmen itu sejak enam bulan lalu dengan syarat dia menyambung persekolahannya, bekerja dan menyumbang wang untuk barangan dapur. Apabila Valdez gagal berbuat demikian, ibu saudaranya menyuruh dia berpindah.

                                                 Sekadar Hiasan

Tindakan wanita berkenaan menimbulkan kemarahan remaja terbabit.

Ketika ibu saudaranya keluar menghadiri satu parti, Valdez minum arak hingga mabuk. Dia kemudian menemankan Diaz-Hernandez ke kedai untuk membeli lebih banyak bir.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah, remaja itu mengetuk kepala lelaki berkenaan berulang kali dengan penukul besi yang disembunyikannya.

Akhbar Chicago Sun Times melaporkan Valdez kemudian mengambil pisau pemotong daging dan mengerat telinga, hidung, mulut dan lengan mangsa.

Dia dikatakan turut mencungkil mata mangsa menggunakan tangannya dan membiarkan kepala dan bahagian lain tubuh mangsa di atas katil ibu saudaranya sebagai hadiah kepada wanita itu, kata pendakwa raya sebagaimana dipetik daripada DNAinfo Chicago. - AFP

Read More»

0 comments:

thumbnail

SERAM!!! MAYAT BERASAP!!!

Posted by Unknown  | No comments

Kisah Seram Mayat Berasap – Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun. Peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang telah dilaknati Allah S.W.T.


Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik, aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.

Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut. AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula terkejut dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku. Tubuhku seperti terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang menyeringai memandang tepat ke mukaku.

Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat ke kiri dan ke kananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.

Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah ke hari ini.



Read More»

0 comments:

thumbnail

KISAH MISTERI WAD BERSALIN

Posted by Unknown  | No comments

KISAH MISTERI WAD BERSALIN. Assalamualaikum admin ni lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.

Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.

Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.

Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..

Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…

Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.

Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…

Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.

Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..

Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.

Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..

Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. “Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot..” Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye.. Cuba fahamkan ye..

Macam mana kisah seram wad bersalin yang penuh misteri ni?? Korang boleh faham ke tak cara dia nak menyampaikan cerita seram ni?? Aku harap korang dapat la apa yang cuba dia sampaikan ye. Kesimpulannya, jangan ingat kalau kita jumpa seseorang tu dia adalah manusia. Kita tak tahu sama ada dia manusia ataupun jelmaan semata-mata. Sekian, terima kasih.



Read More»

0 comments:

thumbnail

KUALA LIMPUR SAMBUTAN TAHUN BARU DIBATALKAN PESERTA PERHIMPUNAN REMPUH PENTAS

Posted by Unknown  | No comments

Sambutan Ambang Tahun Baru dibatalkan, peserta perhimpunan rempuh pentas utamaPESERTA perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Baru, malam ini. - Foto Khairull Azry Bidin
KUALA LIMPUR SAMBUTAN TAHUN BARU DIBATALKAN PESERTA PERHIMPUNAN REMPUH PENTAS KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama di Dataran Merdeka, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.

Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan. Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi. 


Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram.


Read More»

0 comments:

thumbnail

INFO TENTANG PENGGUNAAN MINYAK MASAK BERPELUANG MENEMPAH MAUT

Posted by Unknown  | No comments

INFO TENTANG PENGGUNAAN MINYAK MASAK BERPELUANG MENEMPAH MAUTPenulis pasti ramai yang tidak tahu apakah keburukan menggunakan minyak masak berulang kali. Sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika diambil ringan masalah ini. Nak tahu apakah bahayanya? 


Amalan menggunakan semula minyak masak terpakai sudah menjadi amalan biasa kerana ia lebih menjimatkan. Tapi tahukah anda, tanpa cara dan tips yang betul, amalan ini boleh menyebabkan anda mendapat pelbagai penyakit berbahaya!

Untuk mengetahui lebih lanjut bahaya guna semula minyak masak terpakai, adalah lebih baik jika anda memahami konsep Smoke Point.

Smoke point ialah suhu titik permulaan minyak berpecah menjadi gliserol dan asid lemak, seterusnya menghasilkan asap kebiruan yang boleh menyebabkan mata pedih dan tekak mengalami iritasi. Minyak masak boleh rosak apabila dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi melebihi smoke point. Minyak masak yang rosak berasa pahit, hangus dan kandungan nutrisi pula semakin merosot.

Minyak masak yang rosak sangat berbahaya kerana;
  • Mengandungi radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser
  • Menurut kajian, tikus yang diberi makan minyak masak yang rosak mengalamikerosakan hati atau ginjal.


Semakin rendah smoke point, semakin cepat ia rosak. Minyak sayuran seperti zaitun, bunga matahari, jagung, soya dan kanola mempunyai smoke point yang rendah dan mudah rosak apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi . Oleh itu, anda tidak disarankan untuk menggunakan minyak sayuran tersebut untuk menggoreng kerana minyak masak mudah rosak dan membahayakan. Gunakan minyak sayuran untuk menyediakan salad atau memasak pada suhu yang rendah.

Semasa minyak masak dipanaskan, smoke point akan mula menurun. Suhu tinggi seperti menggoreng menyebabkan smoke point minyak masak turun dengan mendadak dan sudah tidak selamat digunakan semula kerana smoke point-nya sangat rendah. Jika digunakan semula, minyak masak akan rosak, dan berbahaya kepada kesihatan. Kajian menunjukkan, minyak masak yang diguna semula mengandungi bahan kimia 4-hydroxy-trans-2-nonenal (HNE)yang boleh meningkatkan risiko sakit jantung, strok, Alzheimer (penyakit nyanyuk), hati rosak dan kanser.

Minyak masak juga cepat rosak jika disimpan terlalu lama dan terdedah dengan haba (seperti cahaya matahari). Apatah lagi menyimpan minyak masak terpakai. Anda membahayakan diri dan keluarga!

Tapi, bagaimana pula dengan penggunaan minyak masak semasa menggoreng? Bukankah sangat membazir membuang minyak masak yang banyak itu?

Mujurlah kita di Malaysia, ramai menggunakan minyak kelapa sawit untuk memasak. Menurut kajian seorang jurutera makanan yang berbangsa Jerman, Kurt G. Berger; minyak kelapa sawit boleh digunakan semula kerana mempunyai smoke point yang tinggi. Walaupun ia diguna semula, warna dan rasa minyak tetap tidak berubah. Oleh itu, minyak kelapa sawit sangatsesuai digunakan untuk menggoreng dan digunakan semula.

Berikut adalah tips menggunakan semula minyak masak:
  • Jangan gunakan semula minyak sayuran yang sudah dipakai
  • Tapis minyak masak yang sudah digunakan menggunakan kain untuk memastikan tiada sisa makanan tertinggal. Bakteria boleh hidup di dalam makanan dan merosakkan minyak masak.
  • Elak gunakan minyak masak terpakai untuk menggoreng kerana smoke point minyak masak terpakai sangat rendah. Menggoreng menggunakan minyak terpakai boleh meningkatkan kadar pembentukan toksik HNE. Gunakan untuk menumis atau memasak sup.
  • Matikan api sejurus masakan sudah siap. Haba api boleh merosakkan minyak masak terpakai
  • Jangan guna minyak masak terpakai yang mengeluarkan asap kebiruan yang memedihkan mata, berbuih, bertukar warna menjadi gelap atau mengeluarkan bau seperti ikan busuk apabila dipanaskan. Ia adalah tanda minyak masak sudah rosak.
  • Simpan minyak terpakai dalam bekas gelap dan tidak terdedah dengan haba daripada gas api dan cahaya matahari. Haba boleh merosakkan minyak dengan lebih cepat
  • Sentiasa pastikan minyak masak terpakai anda masih elok. Bau dan lihat warnanya. Jika ia sudah berwarna gelap atau berbau masam, jangan gunakan lagi. BUANG
  • jangan gunakan semula minyak masak banyak kali 

Mungkin anda boleh elak menggunakan minyak masak yang rosak di rumah. Tetapi bagaimana pula dengan minyak masak yang digunakan restoran? Adakah mereka mengambil berat tentang perkara ini? Lihat minyak masak mereka. Sudah hitam entah berapa ratus kali sudah diguna semula. Ew.


ew

Kurangkan memesan makanan bergoreng di restoran. Anda pasti tidak mahu mendapat kanser, hati rosak atau ginjal gagal berfungsi bukan?

Sayangi tubuh badan anda. Ambil berat tentang cara penyediaan makanan!


Read More»

0 comments:

thumbnail

SEPASANG REMAJA PROJEK DALAM MRT++APA NAK JADI DA

Posted by Unknown  | No comments



SEPASANG REMAJA PROJEK DALAM MRT++APA NAK JADI DA SERING melihat sepasang kekasih bercumbu di dalam pawagam? Ada yang lebih mencabar dari itu.
Sepasang remaja Taiwan nekad melakukan aksi xxx di dalam Mass Rapid Train (MRT) di Kaohsiung, Taiwan.

Tanpa mereka sedari, aksi nekad ini divideokan oleh seorang pelancong berasal dari Hong Kong, dan dimuat naik ke akaun Facebook.

Tentunya video ini dengan cepat menjadi topik perbincangan. Video ini sudah mendapat likes hampir 30 ribu, dan di-share lebih dari 30 ribu kali.

Video tak sampai dua minit ini memperlihatkan seorang lelaki sedang membaca. Sementara teman wanitanya, tidur di pangkuannya dengan ditutupi jaket berwarna biru.

Gila la budak-budak sekarang ni!!


Read More»

0 comments:

thumbnail

Gambar Perhimpunan Ambang 2013 - TURUN

Posted by Unknown  | No comments

Gambar Perhimpunan Ambang 2013 - TURUN | Gambar sekitar perhimpunan ambang 2013 -TURUN yang di adakan oleh beberapa NGO untuk menyatakan ketidakpuashatian mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi. Perhimpunan ini telah berlangsung secara aman dan terkawal.

Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari.

Detik itu digantikan dengan sambutan bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.

Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.

Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.

Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan.

Setakat ini, peserta Turun masih kekal berada di hampir keseluruhan kawasan Dataran Merdeka, seperti tadi keadaan masih terkawal.

Jom tengok gambar-gambar perhimpunan ambang 2013 - TURUN yang diambil daripada banyak sumber
























Read More»

0 comments:

thumbnail

ISTERI PERTAMA SERANG MADU DI TEMPAT AWAM [GAMBAR]

Posted by Unknown  | No comments

ISTERI PERTAMA SERANG MADU DI TEMPAT AWAM [GAMBAR] | Seorang wanita yang juga merupakan isteri pertama telah bertindak di luar batasan apabila menyerang madunya di tepi jalan yang dipenuhi dengan khalayak umum di China, baru-baru ini.
Tindakan wanita itu dipercayai akibat ketidakpuasan hatinya terhadap suaminya yang tetap ingin berkahwin dengan madunya itu.


Menurut si isteri muda, suaminya yang sangat tergila-gilakannya sehingga mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Read More»

0 comments:

thumbnail

Ibu Tiri Yang Sangat Kejam !! - Ibu Gunting Bibir, Lidah Dan Kemaluan Anak !

Posted by Unknown  | No comments


Ibu Tiri Yang Sangat Kejam !! - Ibu Gunting Bibir, Lidah Dan Kemaluan Anak !Mungkin ada yang sudah membacanya berita yang dikongsikan di Sindo News ini sekitar awal Disember lalu tetapi kisah ini boleh dijadikan iktibar buat anda semua. Seorang kanak-kanak yang diberi nama Adit yang berusia 6 tahun berasal dari Tanjung Batu Kabupaten Rokan Hulu, Riau, Indonesia, dijumpai oleh seorang peniaga sayur pada 15 Disember lalu di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di dalam keadaan menyayat hati dan berdarah-darah. Apabila ditanya, rupanya kanak-kanak malang ini telah didera dan diseksa oleh ibu tirinya. Seluruh tubuh Adit kelihatan penuh dengan luka dan lebih teruk lagi apabila bibir,lidah dan kemaluan Adit telah digunting dan dilukai oleh wanita itu. Dari pengakuan Adit ibu tirinya bernama Ervina dan ayahnya bernama Isam. Ibu kandung Adit tinggal di Medan bersama suami barunya dan juga kakak kepada Adit yang berusia 9 tahun.


Apabila dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, terdapat kesan bengkak pada bibir dan lidah Adit kerana didera dan apabila jururawat menyuap makanan ke dalam mulut Adit, kanak-kanak ini menangis, kerana merasa pedih  di bahagian lidah dan bibirnya. Tak cukup dengan itu, di kepalanya ada empat bekas luka dan berlubang dan salah satu luka itu sudah bernanah. Namun, ada juga bekas luka yang sudah mengering.
Terkini, pihak polis sudah memberkas ibu tirinya dan menyatakan bahawa mungkin ibu tiri Adit mengalami sakit jiwa. Hal ini diketahui setelah pihak polis melakukan ujian psikologi terhadapnya. Selepas ditemubual mengenai penganiayaan yang dilakukan terhadap anak tirinya, dia tak sedikit pun menunjukkan penyesalan dan tak mengaku salah sama sekali.

Read More»

0 comments:

thumbnail

KISAH SERAM SELEPAS TRAGEDI PESAWAT MH653 TERHEMPAS

Posted by Unknown  | No comments

KISAH SERAM SELEPAS TRAGEDI PESAWAT MH653 TERHEMPAS. Pada hari Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan rakyat Malaysia dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) apabila salah sebuah pesawat miliknya terhempas dan mengorbankan banyak nyawa termasuk orang kenamaan. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Peristiwa yang berlaku 34 tahun lalu itu juga meninggalkan memori hitam kepada sejarah negara apabila ia turut mengorbankan Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri seminar di Pulau Pinang.

Berdasarkan kisah yang dinyatakan kepada umum, pada pukul 7.21 malam hari kejadian, pesawat Boeing 737 yang dikendalikan Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Sebelum sempat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Subang, Ganjoor sempat memberitahu menara kawalan mengenai kehadiran pengganas di dalam pesawat yang sedang dikendalikannya. Selepas mengetahui perkara tersebut, pihak berkuasa Lapangan Terbang Subang segera mengosongkan laluan 33 bagi membolehkan pesawat Boeing 737 kendalian Ganjoor dan Kamarulzaman mendarat dengan selamat. 

Bagaimanapun, pesawat tersebut tidak sempat untuk melakukan pendaratan di lapangan terbang itu, sebaliknya Ganjoor bertindak terbang semula ke awan dan memberitahu menara kawalan yang dia diarahkan oleh pengganas untuk menuju ke Singapura. Peristiwa ini mempunyai kisah misteri dan seramnya tersendiri, untuk mengetahui kisah misteri dan seram tersebut, teruskan membaca dengan klik link dibawah ni.
Kira-kira pukul 8.15 malam, pesawat yang membawa 93 penumpang bersama tujuh krew penerbangan itu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Selain mengorbankan Mario Garcia dan usahawan Jepun, Tomio Gotto, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) secara konsesi dan dirizabkan sebagai zon bebas aktiviti manusia. Paya yang hangus dan menjadi saksi kepada 100 jiwa yang terkorban itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder.


Peristiwa Misteri dan Seram

Bagaimanapun, kejadian itu terus mewujudkan pelbagai andaian, cerita dan kenangan. Pelbagai cerita aneh turut diceritakan pelbagai pihak selepas kejadian itu. Antaranya, kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi. Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu. Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya. Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

“Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah,” katanya. 
Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.

“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya. “Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.“Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu,” katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan. Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

“Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel. “Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara,” katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.

“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya. “Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia. “Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja,” katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu. Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

“Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan. “Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan,” katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur,” katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan. Kawasan itu kini diambil alih dan menjadi sebahagian tanah milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu).

Read More»

0 comments:

thumbnail

[KISAH BENAR] Kisah Tukang Gantung Di Jabatan Penjara Malaysia.

Posted by Unknown  | No comments

"Hukuman Gantung".

Mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang "tugas khas"nya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau terlibat atau menjalankan sendiri penggantungan 103 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Tugasnya terkini ialah warganegara Nigeria, kira-kira tiga tahun lepas akibat kesalahan dadah.

"Bukan mudah nak mengambil nyawa orang", ujar pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa yang berusia 48 tahun itu dan telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia. Sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Samuel banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang hukuman gantung serta pelaksanaannya. Beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.


Bukan Glamor

Samuel menganggap tugas khas yang dilakukannya hanya sebagai satu tugas dan sudah tentunya bukan "tugas glamor".

"Saya suka tugas yang mencabar. Di dalam penjara ini, ada dua jenis kerja yang mencabar iaitu tukang sebat dan tukang melaksanakan hukuman gantung. Kalau kita boleh buat dua kerja tu, maknanya kita telah sampai ke peringkat akhir, kalau belajar telah sampai ijazah kedoktoran," kata Samuel.

Ada satu sifatnya yang diberitahu yang mungkin memberi kelebihan untuknya menjalankan tugas khas iaitu sejak kecil, dia tidak boleh menangis dan dia dengan mudah boleh mengatasi perasaan sedih. Seperti katanya,"nak buat kerja tugas khas ni, tak boleh ada rasa kasihan dan tak boleh cakap besar."

Pemilihan Rapi

Ramai pegawai penjara yang ingin menjalankan tugas khas ini tetapi prosesnya bukan mudah.
Yang memohon juga hanya mempunyai satu peluang, sekali ditolak, mereka tidak boleh memohon lagi. Menurut Samuel, jika 30 yang memohon dan mencuba, akhirnya yang tinggal mungkin tiga atau empat orang sahaja dan ada kalanya tiada langsung.

"Sebelum dipanggil temuduga, rekod kerja kita akan diteliti, kedudukan kewangan kita juga penting. Nak buat tugas ini, fikiran tak boleh berserabut. Pandai menyimpan rahsia juga amat penting kerana pegawai yang melaksanakan tugas ini ada kalanya mendapat tahu mengenainya seminggu lebih awal," jelas Samuel.

Beliau sendiri diperhalusi "sifu-sifu"nya sebelum dibawa masuk ke bilik gantung.

" Hukuman gantung ini bukan ada tiap-tiap hari. Kadang-kala satu tahun ada satu atau tiga kali sahaja. Masa itulah kita akan dibawa sama untuk berada di dalam bilik gantung. Kalau mereka tengok kita OK, baru mereka akan beri penjelasan lanjut. Kita bukan ada kelas khas, banyak praktikal dan latihan sambil kerja," jelasnya.

Tahun-Tahun Awal

Samuel yang mula menjalankan tugas khas ini semasa beliau di Pulau Jerejak di mana beliau juga menjalankan tugas sebat berkata kesempurnaan kerja bukan boleh dicapai semalaman.
Pada tahun-tahun awal dipilih untuk menjalankan tugas khas ini, beliau hanya sekadar memerhatikan hukuman dijalankan.

"Saya sudah mengikuti pasukan pelaksana hukuman gantung ini dari 1986 lagi tetapi pada masa itu saya cuma memerhatikan. Saya mula terlibat dan menjadi pembantu pada 1989," jelasnya. Sebagai pembantu, beliau akan bersemuka dengan banduan akhir (banduan yang dijatuhi hukuman gantung) dan membawanya keluar dari bilik menanti untuk menjalani hukuman. Banduan yang digari kedua belah tangan ke belakang dan ditutup kepalanya dengan kain "hood" akan dibawa ke bilik gantung. Samuel akan berdiri di belakang banduan akhir dan memegang badannya.

"Biasanya banduan yang akan digantung ini tidak stabil, badannya bergoyang-goyang, jadi kita kena guna tenaga yang banyak untuk membawanya ke bilik gantung," tambah Samuel. Beliau mengakui tidak dapat tidur di tahun-tahun awal menyertai pasukan pelaksana hukuman gantung.

"Diganggu semasa tidur, benda ni biasa berlaku, bukan tak biasa. Ada orang datang minta rokok, saya kata nanti, saya tidur dulu. Ada juga yang kejut saya minta nak balik. Begitu juga kalau masuk ke dalam bilik gantung tu, perasaan tu ada lain sikit, rasa macam ada benda yang lalu. Selepas 10 tahun, pengalaman dah banyak, saya katakan pada diri saya kalau orang dah mati, matilah, macam mana dia nak datang (ganggu lagi)," cerita Samuel.

Beliau juga mengakui antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menggantung banduan wanita yang disifatkannya lebih "tenang" dan diserang banduan yang agresif.

Kekuatan Mental Dan Fizikal

Bagi mereka yang menjalankan tugas khas ini, kekuatan mental dan fizikal perlu mantap dan kental sepanjang masa. Mereka ini sudah tentunya akan berhadapan dengan tekanan yang amat tinggi terutamanya kerana mahukan kesempurnaan tugas. Bagi Samuel, beliau banyak berbasikal untuk mengekalkan kecergasan. Semasa pelaksanaan hukuman gantung dibacakan kepada banduan hukuman mati, beliau dan pasukannya turut hadir di bilik pengarah. Ketika itulah, mereka akan menilai perangai atau sikap dan tahap penerimaan banduan. Katanya, maklumat ini penting untuk mereka melaksanakan hukuman nanti.

"Kerja mempersiapkan bilik gantung ini memakan masa antara tiga hingga empat jam. Keselamatan dalam bilik gantung dan pemilihan tali gantung yang sesuai adalah di antara tugas yang perlu dibuat dengan teliti," katanya.

Tali Gantung

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas Samuel. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

Apabila Rayuan Ditolak

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.

Hari Penggantungan

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, 'Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah'. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. 'Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

Bila Pintu Perangkap Renggang

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Read More»

0 comments:

thumbnail

[PENJAGAAN PEMAKANAN] 5 MAKANAN YANG ELOK UNTUK DI MAKAN SEBELUM TIDUR

Posted by Unknown  | No comments

[PENJAGAAN PEMAKANAN] 5 MAKANAN YANG ELOK UNTUK DI MAKAN SEBELUM TIDUR | Mengaku sajalah bahawa kadang-kadang sebelum masuk tidur, terbit satu perasaan di mana anda mahu makan sesuatu yang lazat dan menikmatinya di depan TV.
Namun begitu, kebanyakan makanan tersebut tidak sesuai untuk di makan pada waktu tengah malam dan akan meyebabkan berat badan anda naik. Sangat tidak meyeronokkan, bukan?
Jangan risau kerana kami telah senaraikan beberapa makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengaal berat badan seperti berikut:
1. Ceri.
Antara makanan yang terbaik untuk di makan sebelum tidur untuk mengurangkan berat badan adalah ceri. Ia adalah salah satu daripada makanan semulajadi yang mengandungi melatonin yang mana membantu mengawal ‘masa badan’. Ceri, buah yang manis dan segar, dan jika anda mengalami insomnia, sangatlah disyorkan untuk minum jus ceri kerana ia mungkin dapat memperbaiki keadaan anda.
2. Susu.
Anda mungkin mempunyai kenangan di mana ibu atau nenek memberikan anda segelas susu panas sebelum waktu tidur. Ya, satu fakta yang anda perlu tahu bahawa susu mengandungi ‘tryptophan’, sejenis asid amino yang merupakan pelopor serotonin.
3.Beras ‘Jasmine’.
Apakah makanan yang terbaik untuk dimakan sebelum tidur? Nah, inilah jawapannya; beras ‘jasmine’. Badan anda akan mencernanya perlahan-lahan, dan akan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam saluran darah .
4. Bijirin.
Bijirin adalah satu makanan yang baik untuk dimakan sebelum tidur untuk mengawal berat badan. Ia mengandungi karbohidrat yang baik untuk badan anda. Anda boleh mencuba bijirin yang berasaskan gandum, quinoa atau barli, dan campurkan mereka dengan susu untuk snek ringan pada waktu malam.
5. Pisang.
Pisang juga bagus untuk dimakan sebelum tidur. Ini kerana pisang mengandungi magnesium dan potassium yang akan membantu merehatkan otot. Tambahan lagi, potassium. Kita perlu kalium untuk kesihatan kardiovaskular dan fungsi kognitif.
P/S: haaa.. jgn makan benda yang berat2 dah lah sebelum tidur tuh..bahaya tau.. boleh jadi gout..
Read More»

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top