Thursday, October 31, 2013

Pelik !! Petua Panjang Umur Daripada Lelaki Tertua Di Dunia !

Published by Unknown on Thursday, October 31, 2013  | No comments

Pelik !! Petua Panjang Umur Daripada Lelaki Tertua Di Dunia !

 Pelik juga, dengan makan cicak boleh memanjangkan usia? Satu fakta yang boleh disangkal kerana tiada sebarang kajian membuktikannya.

Namun tidak kepada lelaki ini yang berpendapat amalan memakan cicak boleh memanjangkan usia seseorang itu. Buktinya, lelaki ini telah diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia dan mengamalkan memakan cicak hampir setiap hari. Peliknya! Jom lihat gambar dan video di bawah ini.


Bolivia – Rahsia umur panjang bagi seorang lelaki di Bolivia, iaitu manusia paling tua di dunia ialah dengan makan cicak.


Flores Laura yang berketurunan Aymara itu, berusia 123 tahun dan menetap di kawasan tasik Titicaca.

Dia yang kematian isteri sejak sedekad lalu, tidak pernah jatuh sakit.


Flores mempunyai tiga anak dan satu-satunya anaknya yang masih hidup adalah Cecilla yang kini sudah berusia 67 tahun.

Meskipun hidup sendirian namun Flores mempunyai keluarga yang besar dan dikelilingi oleh 40 cucu serta, 19 cicit. Lihat video dokumentari di bawah:


The Guinness World Records sebelum ini menyatakan bahawa manusia paling tua di dunia adalah seorang wanita dari Jepun iaitu Misao Okawa yang berusia 115 tahun.

Bagaimanapun selepas sijil lahir Flores Laura ditemui, ia tertulis bahawa lelaki itu dilahirkan pada 16 Julai 1890, sekali gus membolehkannya diisytihar sebagai lelaki paling tua di dunia.

Allah Maha Mengetahui ..


Sumber

Filed in :
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blog Archive

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top