Wednesday, January 1, 2014

thumbnail

[JOM BACA] Benarkah Raja Noor Jan Diiktiraf Sultan Melaka Oleh Mahkamah Antarabangsa?

Posted by Unknown  | No comments

[JOM BACA] Benarkah Raja Noor Jan Diiktiraf Sultan Melaka Oleh Mahkamah Antarabangsa? | Siapa masih ingat lagi dengan individu yang dikenali sebagai Raja Noor Jan? Individu ini mula muncul dan menjadi popular sekitar tahun 2005 apabila mendakwa ia merupakan waris pemegang takhta kesultanan Melayu Melaka. Pengakuan yang dibuat ini telah menggemparkan seluruh negara terutama negeri Melaka yang pada ketika ini tidak ada sultan sejak beratus tahun dahulu. Namun pada hari ini Raja Noor Jan telah membuat satu kenyataan bahawa dirinya telah diiktiraf sebagai sultan oleh pihak Mahkamah Agung Antarabangsa. Benarkah?
sultan2
Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.
Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.
Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.
Dalam statusnya menyebut;
”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”
Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.
Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa itu diterima pada 25 Disember lalu.
sultan
Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.
Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.
Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.
Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob.

Read More»

thumbnail

Best Sangat Ke Buat Macam Pasangan Ini? [GAMBAR]

Posted by Unknown  | No comments

Best Sangat Ke Buat Macam Pasangan Ini? [GAMBAR]
Apa yang best sampai nak buat macam tu di tempat awam? Ke style sekarang badan jadi tempat letak kaki pompuan?



Read More»

thumbnail

SENSASI..Linda Onn Tidak Mahu Jumpa Wartawan,Pagar Rumah Ditutup Rapat

Posted by Unknown  | No comments

linda onn kahwin
SENSASI..Linda Onn Tidak Mahu Jumpa Wartawan,Pagar Rumah Ditutup Rapat |Ampang – Penyampai radio yang baru bergelar pengantin baru, Linda Onn enggan bertemu media bagi memberi sebarang kenyataan berhubung majlis pernikahan di kediamannya di Setia Hills, Bukit Indah di sini, petang semalam.
Linda atau nama sebenar Rozlindah Onn, 36, yang hanya diwakili ahli keluarga juga pengarah filem, Razif Rashid berkata, penyampai Suria FM itu tidak bersedia berkongsi butiran majlis kerana sibuk melayan sanak-saudara.
Menurut Razif, butiran pernikahan itu akan dikongsi menerusi akaun Twitter miliknya menjelang malam nanti (malam tadi) bagi berlaku adil kepada semua.
“Sebenarnya kita tak jemput media pun. Majlis ini terlalu tertutup dan saya minta maaf tak dapat nak beritahu apa-apa maklumat.
“Untuk hari ini, minta maaf dia (Linda) tak bersedia jumpa (media). Dia akan kongsi (maklumat nikah) nanti,” katanya.
Terdahulu, jurugambar yang membuat liputan tidak dibenar merakamkan sebarang gambar majlis terbabit manakala wartawan pula diminta menunggu di pekarangan rumahnya sehingga majlis selesai.
Bagaimanapun, selepas majlis selesai Linda enggan bertemu media untuk ditemu ramah.
Malah, pintu pagar tertutup rapat sedangkan majlis keramaian berlangsung di dalam rumah.
Difahamkan, Linda bernikah dengan lelaki berdarah kerabat diraja Johor berstatus duda dikenali sebagai Ungku Azhar, 40-an.
Majlis pernikahan itu dipercayai berlangsung selepas solat Asar secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Tiada sebarang pengesahan mengenai maklumat pengantin lelaki dan majlis terbabit diperoleh. – Harian Metro


    sumber

    Read More»

    thumbnail

    KISAH BENAR PONDAN MENYESAL BUAT PEMBEDAHAN SERUPA WANITA

    Posted by Unknown  | No comments

    KISAH BENAR PONDAN MENYESAL BUAT PEMBEDAHAN SERUPA WANITA | Kuala Terengganu: “Semuanya sudah terlambat, saya kini mahu menjadi lelaki semula, tetapi alat kelamin saya perempuan, saya menyesal, sangat menyesal, tetapi sudah tiada guna,” kata Lianti (bukan nama sebenar).
    Dia yang kini berusia 26 tahun sanggup berhabis lebih RM100,000 untuk melakukan pembedahan membuang kemaluan lelaki dan menggantikannya dengan kemaluan wanita semata-mata mengikut naluri kewanitaan yang ada pada dirinya sejak remaja.
    Selain itu dia mengakui mahu menjadi ‘wanita’ cantik yang mampu memikat mana-mana lelaki kaya untuk mendapatkan wang mudah.

    Kata Lianti, keputusan melakukan pembedahan jantina dibuat pada 2003 dan sanggup terbang dan tinggal di Jepun untuk pembedahan dan rawatan susulan selama sebulan.
    Foto
    SUSUK paku bersadur emas yang dimasukkan di pipi.



    “Ketika itu apa yang saya fikirkan untuk menjadi wanita dan mencari duit mudah, saya ikutkan hati dan sanggup menempuh cabaran dan berhabis duit untuk mencapainya,” katanya kepada Harian Metro.

    Read More»

    thumbnail

    GURU TADIKA MAUT DALAM KELAS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH

    Posted by Unknown  | No comments

                                              
                                                            gambar sebagai hiasan
    GURU TADIKA MAUT DALAM KELAS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH | CHUKAI: Seorang guru Tadika KEMAS di Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, meninggal dunia pada hari pertama persekolahan kira-kira jam 9 pagi tadi.
    Mangsa, Nor Aina Sulong, 43, sebelum itu memujuk seorang kanak-kanak yang menangis di dalam kelas pada jam 8.45 pagi. 
    Beberapa minit kemudian, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak mengalami kekejangan otot dan terus rebah di situ. 

    Rakan mangsa, Che Wan Ajariah Arifin, 30, cuba memberi bantuan namun mangsa gagal memberi respon dan dia terus menghubungi suami mangsa, Kamarudin Salim, 41.

    Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9 pagi, suami mangsa terus menghantar isterinya ke Klinik Kesihatan Kijal namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.

    Read More»

    thumbnail

    Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Pada Malam Tahun Baru 2014

    Posted by Unknown  | No comments

    Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014. Himpunan TURUN 2014, Himpunan Gulingkan Kerajaan, Ambang Tahun Baru 2014, Selamat Tahun Baru 2014

    Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Pada Malam Tahun Baru 2014 | Assalamuaalikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Alhamdulillah kita sudah pun melangkah ke tahun baru tahun 2014. Tahun 2013 memberi 1001 kenangan yang pelbagai dan ada diantaranya mungkin tidak akan dilupakan oleh kita semua.
    Seperti biasa, setiap tahun akan diadakan sambutan bagi mengalukan kehadiran tahun baru. Namun, pada malam tadi, buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari.
    Detik itu digantikan dengan sambutan  bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.
    Perkara ini terjadi dek kerana kejayaan peserta Turun memberhentikan konsert  KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.
    Disini ada beberapa keping gambar HIMPUNAN TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014 yang penulis ambil dari laman facebook dan beberapa laman blog.

    Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka

    himpunan turun dataran merdeka Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    turun 2014 Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    turun Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    himpunan turun ambang 2014 Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    himpunan turun Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    himpunan dataran merdeka 2014 Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    himpunan 2014 turun Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    ambang 2014 Gambar Himpunan TURUN Di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014

    SUMBER

    Read More»

    thumbnail

    KISAH SEDIH..LUAHAN HATI PELAJAR MISKIN DI TERENGGANU

    Posted by Unknown  | No comments

    adiksfqh
    Beginilah keadaan bilik air tanpa dinding digunakan Azemah serta dua anaknya
    KISAH SEDIH..LUAHAN HATI PELAJAR MISKIN DI TERENGGANU | DUNGUN – “Mak saya miskin, tak mampu nak beli alat tulis. Jadi, saya pinjam dengan kawan-kawan. Impian saya kalau ada duit, saya cuma nak beli alat tulis untuk memudahkan saya buat kerja sekolah.”
    Demikian luahan hati adik Intan Syafiqah, 11, seorang murid miskin yang terpaksa meneruskan persekolahan dalam serba kepayahan kerana ibunya, Kembang Mohd, 54, yang berstatus ibu tunggal, tidak mampu untuk menyediakan kemudahan diperlukannya.
    Lebih menyedihkan apabila anak bongsu daripada empat beradik itu kadangkala tidak membawa wang saku ke sekolah sehingga berminggu-minggu dan hanya bergantung harap kepada Rancangan Makan Tambahan (RMT) untuk mengisi perut yang kosong.
    Syafiqah berkata, kadangkala terdetik di hatinya untuk menikmati makanan lazat dan kemudahan persekolahan mencukupi seperti murid lain, namun dia hanya memendamkan hasrat itu setelah memikirkan ketidakmampuan ibunya.
    “Duit ibu ada cuma untuk beli beras sahaja. Jadi, tak bawa duit ke sekolah pun tak apa, yang penting saya dapat meneruskan persekolahan.
    “Cuma saya sedih sebab tak ada alat tulis yang lengkap seperti kawan lain. Nak minta dengan ibu, dia tidak mampu beli,” kata murid tahun lima SK Delong itu.
    Kakaknya, Intan Shahirah, 13, yang bersekolah di SMK Padang Pulut turut menghadapi situasi sama apabila dia gagal menjelaskan yuran asramanya.
    Menurutnya, dia tetap tabah menghadapi situasi itu walaupun sebagai pelajar perempuan, kegagalan menjelaskan yuran asrama sedikit sebanyak menjejaskan keyakinannya untuk belajar.
    “Kadang-kadang sahaja saya bawa wang saku ke sekolah. Kebanyakannya, saya pergi sekolah dengan poket kosong.
    “Yuran asrama pula banyak tertangguh. Nak suruh ibu bayar pun dia tidak bekerja, hanya mengharapkan wang bantuan bulanan untuk bayar yuran. Duit itu juga untuk beli keperluan asas lain. Jadi, saya tak boleh minta lebih daripada ibu,” katanya.
    adiksfqh1
    Kembang bersama dua anaknya tabah walaupun hidup susah
    adiksfqh2
    Keadaan dapur rumah Kembang Mohd yang rosak teruk selepas ditenggelami air dalam kejadian banjir besar, tahun lalu
    Hanya bergantung bantuan RM200 sebulan
    Sementara itu, Kembang berkata, akibat kemiskinan hidup, dia bersama dua anaknya terpaksa tinggal di rumah kosong peninggalan bekas suaminya, biarpun rumah tersebut sebenarnya tidak layak dijadikan kediaman kerana tidak mempunyai kemudahan air dan elektrik.
    Menurutnya, dia cuba sedaya upaya untuk keluar daripada situasi memeritkan itu, namun tidak berkemampuan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
    “Saya cuma dapat duit bantuan JKM sebanyak RM200 sebulan. Dengan duit itulah, saya buat belanja anak sekolah dan beli beras.
    “Jumlah itu tidak mencukupi, nasib baik sekali-sekala ada jiran tampil menghulurkan makanan. Jika tidak, kami tiga beranak pasti mati kelaparan,” katanya.
    Kembang juga berkata, dia amat berharap ada insan bersimpati untuk membantu terutama bagi membaiki rumah peninggalan didiami mereka tiga beranak itu yang tidak mempunyai pintu dan tingkap bilik air, selain bilik air serta tandas tidak sempurna.
    “Saya sudah beberapa kali memohon bantuan rumah daripada pihak berkenaan, namun sehingga kini permohonan itu masih tidak mendapat maklum balas sewajarnya.
    “Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, kehidupan kami sekeluarga akan berubah,” katanya.


    Read More»

    Tokoh Kita Hari Ini

      If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

    Discussion

    Tags

    Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
    back to top