Tuesday, April 8, 2014

thumbnail

Petua Memicit Jerawat Dengan Betul

Posted by Unknown  | No comments

Petua Memicit Jerawat Dengan Betul 

Tidak berapa elok sangat untuk memicit jerawat sebenarnya, kerana mungkin akan terjadi lebih banyak jerawat akibat jangkitan kuman yang dah sedia ada itu. Dan ia juga boleh membengkak kerana luka yang dijangkiti bakteria, dan memakan masa yang lama untuk pulih.
Sebaiknya biarkan ia sembuh secara natural, asalkan tidak digaru atau dirobek-robekkan ia kerana dibimbangi jangkitan akan berlaku akibat darinya.
Tetapi jika hati dah kemaruk sangat nak picit, maka cuba lah langkah-langkah di bawah ini;
- Mandi air hangat atau mandi biasa supaya kulit anda lembut
- Buang semua mekap dan cuci muka anda dengan berhati-hati
- Basuh tangan anda dengan pembasmi kuman untuk mencegah jangkitan
- Sterilkan jarum yang bersih pada api
- Sekarang perlahan-lahan cucuk hujung jerawat dengan jarum
- Ambil kertas tandas atau tisu bersih dan balut di sekitar jari anda
- Perlahan-lahan tekan sisi jerawat itu dan perlahan-lahan keluarkan nanah. Berhenti apabila bendalir jernih atau darah yang jelas muncul.
Ingat, lakukan ini hanya untuk jerawat yang mempunyai 'kepala putih' terjulur keluar. Jangan cuba untuk memaksa 'kepala putih' yang di bawah permukaan kulit, kerana ia risiko menghantar bakteria jerawat kembali ke dalam kulit anda. Tunggu sehingga ia membesar keluar dari kulit anda atau gunakan kaedah berikut: 
Rendam sehelai kain kasa steril dalam campuran air garam suam dan pegang kain kasa dengan serta-merta selama 5-10 minit. Air garam akan membantu keringkan jerawat dan menariknya ke permukaan kulit. Cuba picit jerawat hanya jika anda lihat 'kepala putih' itu terjulur keluar./unikversiti.
Anda nak tenguk video cara memicit jerawat dengan betul sila klik disini.

Read More»

Monday, March 24, 2014

thumbnail

Misteri Pengkebumian Neil Armstrong Di Dasar Lautan !

Posted by Unknown  | No comments

Misteri Pengkebumian Neil Armstrong Di Dasar Lautan !

Neil Armstrong mengukir namanya sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan..Kematiannya angkasawan bernama Neil Armstrong sangat mengejutkan dunia.. Pilihan untuk mengebumikannya di dasar lautan kelihatan amat pelik sekali untuk Neil Armstrong..Tetapi itulah yang berlaku pada majlis pengebumiannya.. Kenapa dia di kebumikan di dasar lautan?



Keluarga Neil Armstrong semalam mengumumkan bahawa angkasawan terkenal itu dikebumikan di dasar lautan..Neil Armstrong dikebumikan di laut kerana beliau pernah berkhidmat sebagai seorang juruterbang pejuang tentera laut sebelum menjadi seorang angkasawan.. Pilihan untuk dikebumikan di dalam dasar lautan mungkin kelihatan agak ganjil bagi kita..

Neil Armstrong meninggal dunia pada umur 82 dari disebabkan komplikasi jantung..Sebuah majlis peringatan telah dijadualkan pada 12 September di Washington yang mana pengkebumian di laut adalah perkara biasa bagi veteran tentera laut yang telah meninggal dunia..

Isteri Neil Armstrong, cucunya dan beratus-ratus orang yang berkabung dan berkumpul untuk memberi penghormatan kepada Neil Armstrong, manusia pertama ke bulan,pada majlis yang telah diadakan pada Jumaat lepas. Beliau telah diberi penghormatan sebagai seorang wira dunia..



Neil Armstrong telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan dalam misi Apollo 11 pada 20 Julai 1969..Beliau merupakan manusia yang pertama ke sana dan telah disaksikan oleh penonton di seluruh dunia melalui kaca televisyen..

‘Amerika telah benar-benar hilang legenda,’ kata Eugene Cernan, angkasawan Apollo yang merupakan manusia terakhir yang telah berjalan di atas bulan.

Armstrong merupakan ikon dunia dan juga inspirasi kepada tentera, pelajar sekolah dan manusia di seluruh dunia..Kematiannya sangat memberi kesan yang mendalam kepada manusia sejagat.

Read More»

Friday, February 7, 2014

thumbnail

Maharaja Lawak Mega 2013 Akhir Final

Posted by Unknown  | No comments

Maharaja Lawak Mega 2013 Akhir,akhir maharaja,Juara Maharaja Lawak Mega 2013,lawak mega,Live Streaming Maharaja Lawak Mega Akhir 2013,Final Live Streaming MLM 2013,maharaja lawak,Maharaja Lawak Mega 2013,Pemenang Maharaja Lawak Mega 2013Maharaja Lawak Mega 2013 Akhir Final | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Tidak sampai beberapa  jam lagi, pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 final akan berlangsung.
Pertandingan peringkat Akhir Maharaja Lawak Mega 2013 Final ini akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam tepat jam 10 Malam. Bagi yang bakal menyaksikan secara Live & Exclusive di Stadium Melawati, Shah Alam, anda disarankan supaya hadir lebih awal bagi mengelak dari kesesakan jalan raya.
Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Jambu bakal berentap merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013. Setiap pasukan mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk bergelar juara namun, yang menentukannya adakah populariti atau prestasi?

Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2013 Final

Jika bersandarkan kepada persembahan peserta dari minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2013 hingga minggu terakhir jelas terserlah elemen populariti mengatasi prestasi setiap peserta yang bertanding.
Hal ini kerana kumpulan yang baharu ditubuhkan dan kurang dikenali sering kali kurang mendapat perhatian dari segi undian daripada penonton.
Berbeza pula dengan kumpulan-kumpulan yang terkenal mereka mempunyai aura tersendiri dan berjaya menarik sokongan pengundi dan juri walaupun menampilkan persembahan yang kurang memberangsangkan.
Setiap peserta yang bakal beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2013 mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang bakal memukau para penonton.
Siapakah yang bakal bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013 ini? Sama-sama kita saksikan secara langsung di saluran Astro Warna 132. Live Streaming juga boleh ditonton melalui Astro On The Go.
Kredit to Fuh
Read More»

Tuesday, January 28, 2014

thumbnail

MENARIK --> INGAT NI! 4 MAKANAN YANG DILARANG UNTUK PENGANTIN BARU!

Posted by Unknown  | No comments

Anak merupakan impian setiap pasangan yang baru berkahwin. Justeru itu, perancangan awal perlu dilakukan. Rasulullah S.A.W juga mahukan umatnya bertambah. Jom baca apa yang Rasulullah S.A.W cakap pasal 4 makanan yang dilarang kepada pengantin baru. Petua ini juga boleh digunakan buat pasangan yang ingin merancang kelahiran zuriat.



Stop jap, sebelum tu tgok ni dulu :- Panduan pengurusan pendaftaran perkahwinan untuk pasangan yang ingin berkahwin.

Adab Uz-Zifaf Ahmad telah menceritakan:-

"Rasulullah S.A.W telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib R.A di mana baginda telah bersabda: 

1. Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke rumahmu, maka(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Sesungguhnya Allah mengeluarkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu merantai setiap penjuru rumahmum pengantin itu bebas dari penyakit gila (sawan) dan sopak.

2. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini PADA MINGGU PERTAMA PERKAHWINAN iaitu:-

a) Susu


Bayangkan anda tengah makan cornflakes or koko crunch dengan susu. One word for that 'HEAVEN!' namun, susu adalah tidak sesuai untuk diminum oleh pasangan pengantin yang baru berkahwin. Ini adalah  kerana, rahim perempuan itu bersifat sejuk justeru, ia akan menghalang pasangan untuk mendapatkan zuriat.

b) Cuka


Apabila perempuan meminum cuka semasa haid, sesungguhnya haid itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

c) Ketumbar dan daunnya


Ia menganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kelahiran buat sesuatu pasangan.

d) Apple Masam


Keasidannya akan memotong haid di dalam badan dan menyebabkan rahim tidak bersih.

Kadang-kadang tgok baby gelak pon release tension kan.




Read More»

Monday, January 20, 2014

thumbnail

TERKINI GEMPAR BUDAK 10TAHUN CURI BERLIAN BERNILAI RM5.2 JUTA

Posted by Unknown  | No comments


TERKINI  GEMPAR  BUDAK 10TAHUN CURI BERLIAN BERNILAI RM5.2 JUTA
Budak Perempuan 10 Tahun Curi Berlian RM5.2 Juta di Bukit Bintang | Pihak polis kini sedang giat memburu satu sindiket yang didakwa mencuri berlian RM5.2 juta dengan menggunakan warga China yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak perempuan.

Budak Perempuan 10 Tahun Curi Berlian RM5.2 Juta di Bukit Bintang

Dalam kejadian jam 3.50 petang Khamis, sindiket yang didakwa telah menjalani latihan mencuri itu menggunakan seorang kanak-kanak untuk mengambil berlian berkenaan dari sebuah galeri emas terkemuka di Bukit Bintang.

Kedai emas yang berpangkalan di London itu mempamerkan emas dan berlian yang merupakan pilihan orang kenamaan dari serata dunia.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, polis berjaya mendapatkan bukti mengenai aktiviti mencuri itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan berikutan itu seorang perempuan warga China dikesan sebagai ketua sindiket.

“Kami akan meningkat usaha untuk mengesan sindiket terbabit dan kami juga telah bersedia dengan gambar suspek yang merupakan petunjuk untuk mengesan mereka," katanya.


Tambahnya, siasatan awal mendapati, ketua sindiket tersebut memainkan peranan penting dengan ahlinya yang licik apabila berjaya melarikan cincin bernilai jutaan ringgit itu dalam beberapa minit selepas memasuki galeri berkenaan.

“Kami telah melakukan pemeriksaan di hotel berdekatan selain mengadakan sekatan jalan raya di kawasan itu untuk mengesan suspek," kataya.

ACP Khairi berkata, tindakan sindiket itu menggunakan kanak-kanak dalam aktiviti jenayah merupakan sesuatu yang membimbangkan.

“Kami berharap orang ramai yang mempunyai maklumat dapat menyalurkan maklumat di balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya.


Dalam kejadian pada Khamis, kanak-kanak perempuan terbabit dikesan telah memberi isyarat kepada wanita yang datang bersamanya untuk melarikan diri selepas mereka berjaya mendapatkan berlian berkenaan pada jam 4.07.

Kehilangan berlian itu hanya disedari kakitangan galeri emas itu melalui CCTV.

Kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku di negara ini apabila terdapat kumpulan tempatan dikesan pernah melakukan jenayah sama beberapa tahun lalu ketika mereka berpura-pura membeli barangan kemas.

Read More»

thumbnail

GAMBAR PELIK 10 GAMBAR HIDUPAN LAUT YANG PELIK DAN MENAKUTKAN

Posted by Unknown  | No comments

GAMBAR PELIK 10 GAMBAR HIDUPAN LAUT YANG PELIK DAN MENAKUTKAN
Banyak misteri dalam dunia lautan yang kita tak tahu. Dalam keghairahan manusia terkinja-kinja ingin mengetahui sesuatu yang di luar perut bumi, masih banyak lagi ilmu dan khazanah di dalam bumi yang masih kita tiada pengetahuan mengenainya.
Benarlah, bahawa manusia ini hanya memiliki setitis dari selautan ilmu yang diberikan oleh Tuhan. Namun, terima kasih kepada mereka yang bersedia untuk menongkah segala risiko, segala cabaran untuk memberikan pengetahuan kepada orang lain.
Jika tidak kerana mereka, kita pasti tidak tahu apa lagi yang ada dalam dunia kita yang serba uzur ini.
Mari saksikan seleksi 10 hidupan lautan yang pelik dan mungkin menakutkan buat sesetengah dari anda.
Blob Fish
Chimaera Pup Fish
Chimaera Fish
Fangtooth
Gunard Fish
Lizard Fish



Oreo Dory
Prickley Shark
Red Stone Crab
Viper Fish
Read More»

thumbnail

KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBUR

Posted by Unknown  | No comments


KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBUR
                                    
                                                SEKADAR HIASAN
 KISAH BENAR PENGALAMAN MENAKUTKAN SEORANG PENGALI KUBURR "Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor. 

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan...azab kubur ...itu juga benarrrr..... Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita.... AMIN YA RABBAL A'LAMIN  


sumber
Read More»

Tokoh Kita Hari Ini

    If you would like to receive our RSS updates via email, simply enter your email address below click subscribe.

Discussion

Tags

Blogger template. Proudly Powered by Blogger.
back to top